

Larangan berpolitik ke atas mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kekal, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin."Setakat hari ini mereka (pelajar) masih terikat dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang sudah pun dipinda bagi memberikan mereka lebih kebebasan bersuara.
- "Malah di kampus juga telah diwujudkan semula sudut pidato bagi membolehkan pelajar mengeluarkan idea dan pandangan mereka dalam pelbagai isu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran buku 'Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia' di Kompleks Kraf Jalan Conlay di sini pada Selasa.
Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas cadangan supaya AUKU dipinda bagi membolehkan mahasiswa terbabit dalam politik kepartian.
- "Perkara ini tidak menghalang mahasiswa membicarakan soal politik kerana mereka juga rakyat Malaysia.
- "Yang kita tidak benarkan adalah bergiat aktif dalam parti politik," katanya.
- Jelasnya, perkara tersebut tidak boleh disamakan dengan kelonggaran yang diberikan kepada guru-guru untuk terlibat dengan politik kerana pelajar sekolah masih lagi mentah dan tidak faham mengenai politik sedangkan jika mahasiswa dibenarkan berpolitik ia bakal mengundang kesan negatif kepada mereka.
- "Di kebanyakan negara-negara maju ada yang menyekat dan menghalang pelajar mereka daripada terlibat dengan politik.
- "Ini kerana mereka mahu mahasiswa memberi tumpuan yang lebih kepada soal pencapaian akademik. Ia tidak bermakna kita menyekat kebebasan berpolitik secara total," katanya.



August 11, 2010 9:39 AM
bagi saya inilah keputusan yang terbaik untuk kebaikan pelajar. ingatlah, ibubapa meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka untuk belajar, bukan untuk berpolitik. fahami kesannya sebelum membuat keputusan.
August 11, 2010 9:53 AM
pelajar tak perlulah terlibat dalam politik, mereka perlu tumpukan kepada pelajaran.
August 11, 2010 9:54 AM
ada baiknya jika mahasiswa dilarang bergiat aktif dalam politk. ini membolehkan mahasiswa memberikan fokus kepada akademik dan aktiviti kemahasiswaan mereka.
August 11, 2010 10:07 AM
Saya memang kurang bersetuju membenarkan pelajar turut berpolitik. Semua orang ada peranan masing-masing, peranan pelajar adalah mendapatkan ilmu dan biarkan saja orang politik yang berpolitik.
August 11, 2010 11:19 AM
pelajr tak perlu nak terlibat daam politik, ia hnya menjejaskan pelajara mereka. jgn kerana politik, pelajaran musnah. ingat akan misi sebenar anda.
August 11, 2010 3:19 PM
Mahasiswa tidak patut dibenarkan untuk berpolitik. Pada pendapat saya, jikalau mahasiswa dibenarkan berpolitik, mereka akan kehilangan fokus untuk belajar dan akan berjuang untuk parti pilihan mereka.
August 11, 2010 3:26 PM
Its better that the students are not involve in politics. Students need to focus on their studies. Parents work hard to send them to study and not for other reason.
August 11, 2010 9:42 PM
They should focus more on their studies instead being actively involve in politics. Nanti lain benda pula yang jadi. Susah tue.
August 12, 2010 10:00 AM
pelajar yang beriya2 mahu terlibat politik tolong akur dengan keputusan ini. jangan bertindak ikut suka hati, tetapi kaji dahulu kesannya kepada masyarakat serta IPT. keputusan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri ini adalah untuk kebaikan pelajar.
August 12, 2010 10:10 AM
Apa-apa pun, kita haruslah memahami mengapa sesuatu tidak dibenarkan. Pasti ada alasan yang baik untuk keputusan tersebut.
Post a Comment