SUARA BEBAS TUARAN

Lelaki Mengamuk Bunuh Isteri Dan Cederakan Anak Di Tembak Mati


Polis menembak mati seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman kira-kira tiga jam selepas menetak mati isterinya dengan sebilah parang di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini, Sabtu.
  • Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.
  • Katanya, sebelum itu lelaki itu telah mengamuk dan menyerang isteri dan dua anak perempuan mereka pada kira-kira 5.15 pagi.
  • Isterinya Khairul Bariah Mohd Ariffin, 36, seorang pekerja kilang, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang anak mereka, Najihan, 13, cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan, kata Goh ketika dihubungi.
  • Seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, terselamat daripada sebarang kecederaan, katanya.
  • Menurut Goh, selepas mendapat maklumat mengenai insiden itu, polis bergegas ke tempat kejadian dan berusaha memujuk Mohd Natri menyerah diri tetapi beliau terus mengurung diri di dalam rumah.
  • Katanya, anggota polis telah menembak mangsa dengan menggunakan senjata taser tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif.
  • Polis terpaksa menggunakan pistol apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau, katanya.
  • Menurut Goh, mangsa yang terkena dua das tembakan meninggal dunia di tempat kejadian.
Siasatan awal mendapati lelaki itu memang mempunyai masalah mental dan pernah menjalani rawatan di hospital, katanya.
Mayat pasangan berkenaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihan pula dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan, katanya.
Sumber: BERNAMA
10 comments:

takziah...kejadian ini amat menyedihkan..


kejadian ini sungguh menyayat hati, tergamak dia membunuh isterinya dan mencederakan anaknya.


Jika ada pesakit mental yang bersikap ganas di rumah, baik memberikan rawatan yang sewajarnya di hosiptal sakit mental supaya tidak membahayakan orang ramai ataupun keluarga sendiri.


I wonder what suddenly triggered Mohd Natri to become a wacko and cause him to hurt his family.


These girls must be in a trauma. Hopefully the responsible authorities will arrange them for a counseling session once they are well enough. Please assure that they will be taken good care by the child welfare service.


tindakan kejam ini berlaku kerana lelaki tersebut dikatakan kurang siuman sehingga seanggup membunuh isteri dan mencederakan anaknya. harap nasib anak yang malang ini dpt dijaga.


lelaki ni memang mempunyai masalah mental yang kritikal. tapi kenapa tidak dihantar ke mana2 pusat pemulihan kalau pihak hospital sudah mengesahkan bahawa lelaki ni mengalami masalah mental?


Thank God the children are okay. Hope they are okay now. The man must be having some problem with work or family. Why suddenly become insane?


Memang sedih bila nampak perkara macam ni. Diharapkan anak-anak diberikan kepada penjaga yang baik.


Pagi ini saya terbaca lagi kes dimana seorang bapa yang ketagihan dadah menyiram asid ke arah anak dan isterinya bila mengamuk kerana isteri enggan memberikannya wang. Susah hati betul bila nampak masalah rumah tangga seperti ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails