
Nor Syafiqah menjalani pembedahan dan kini penglihatannya kabur. -- Foto BHM
Seorang kanak-kanak perempuan cedera di mata kanan akibat terkena mercun roket jirannya dalam kejadian berhampiran rumahnya di Taman Seri Abadi Kota Setar, Kedah baru-baru lalu.
'Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan boleh juga disebat,' katanya.
Sumber: Bernama.
- Dalam kejadian pada 8.30 malam selesa itu, Nor Syafiqah Abdul Halim, 10 tahun, cedera mata kanannya dan dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini.
- Ketika ditemui di hospital itu kelmarin, ibu Nor Syafiqah, Cik Noraishah Mohd Saad, 47 tahun, berkata bahawa kejadian itu berlaku selepas anaknya keluar rumah untuk pergi solat tarawih.
- 'Anak saya menunggu kawannya di bawah pokok berhampiran. Saya diberitahu remaja itu (yang bermain mercun) menghalakan mercun roket ke arah anak saya,' katanya.
- Cik Noraishah berkata beberapa kanak-kanak cuba melarang remaja itu tetapi dia terus menyalakan mercun itu yang kemudiannya terkena mata kanan Nor Syafiqah, menyebabkan darah mengalir dengan banyak.
- 'Selepas kejadian, mereka (kanak-kanak di situ) membawa Nur Syafiqah ke rumah jiran sebelum jiran saya membawanya balik ke rumah saya,' kata Noraishah.
- Beliau berkata seorang anaknya telah menelefon suaminya memaklumkan kejadian itu dan apabila suaminya pulang, beliau membawa anaknya ke hospital.
- 'Anak saya menjalani pembedahan malam itu juga selama empat jam. Keadaan anak saya stabil tetapi penglihatannya kabur,' katanya.
'Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda dan boleh juga disebat,' katanya.



August 27, 2010 8:32 AM
remaja yang bermain mercun berkenaan tidak sepatutnya, menghalakan mercun roket ke arah kanak-kanak. mercun boleh mendatangkan kecederaan. ibu bapa perlu melarang anak-anak mereka daripada bermain mercun.
August 27, 2010 8:52 AM
teruknya remaja tersebut, jika nak main mercun pun jgnlah nak libatkan dan cederakan orang lain. remaja terbabit perlu ditahan dan dihukum.
August 27, 2010 8:54 AM
Mercun-mercun ini sudah pun diharamkan oleh kerajaan negara. Jika mematuhi undang-undang, mungkin kecelakaan seperti ini boleh dielakkan. Tapi bagaimanapun, diharapkan budak ini akan sembuh sepenuhnya.
August 27, 2010 10:22 AM
Parents should supervise their kids when they are playing fire crackers to avoid any injuries. Hopefully Nor Syafiqah will recover.
August 27, 2010 11:05 AM
saya bersimpati dgn nasib malang yang menimpa kanak2 ini, remaja yang bertanggungjawab bermain mercun dan mencederakannya perlu bertanggungjawab dan diberi tindakan segera.
August 27, 2010 11:03 PM
Kesian.. bukan dia yang main mercun tapi dia pula yang jadi mangsa!!! huhuhu
August 27, 2010 11:06 PM
Kalau boleh kenakan hukuman yang sewajarnya supaya jadi pengajaran kepada orang lain juga. kalau ya pun nak sangat main mercun, hati2lah... Jangan sampai jadi punca kecedaraan orang lain.
August 28, 2010 9:51 PM
Those who played the firecrackers should be careful not to injure anyone in process. Otherwise, this is what exactly happen.
August 29, 2010 6:51 PM
Memang tidak mendengar nasihat orang tua. Kena jadi begitu baru tahu. Kasihan budak perempuan itu. Harap dia masih okay....
August 30, 2010 9:42 AM
Mercun seperti ini memang bahaya, jika kerajaan dah mengharamkannya, maka janganlah mahu juga bermain dengan mercun tersebut. Tengoklah, sampai budak yang tidak bersalah juga turut menjadi mangsa. Adakah anda rasa gembira bila berlaku perkara macam ni?
Post a Comment