SUARA BEBAS TUARAN

Mereka Bersikap Racis Perlu Diambil Tindakan Tegas

Labels:

Dikatakan baru-baru ini Pengetua sebuah sekolah di Kulai Jaya, Johor yang didakwa menyebut pelajar Cina tidak diperlukan di sini dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang keagamaan Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing adalah amat menjijikkan.
Justru itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengarah agar Sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pelajaran perlu ditubuhkan bagi menyiasat kenyataan Pengetua tersebut.
  • Menurut beliau, "Kita mesti dapatkan fakta yang betul kerana ada juga maklumat yang diterima agak berbeza tentang apa yang disebut, apa yang dinyatakan dan ada juga pihak yang telah membuat laporan kepada polis,".
  • Namun itu, beliau berkata setakat ini, reaksi berhubung kenyataan itu mungkin begitu emosional namun apa juga langkah susulan yang hendak diambil oleh pihak kementerian perlu dibuat dengan adil.
Dalam hal yang sama, Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang mengeluarkan kenyataan yang berupa racis agar hukuman itu menjadi pengajaran kepada yang lain.
Katanya mereka yang didapati bersalah hendaklah didakwa mengikut Akta Hasutan dan bukan hanya dipindahkan jika mereka kakitangan kerajaan.
Sumber: mStar, BERNAMA
10 comments:

pekara ini perlu disiasat. sebagai masyarakat dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum, kita hendaklah saling menghormati. tindakan perlu dikenakan ke atas pengetua tersebut jika benar seperti diperkatakan.


sebagai seorang guru dan pengetua sekolah, ia tek seharusnya bersikap racis, kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadapnya. sikap racis hnya memecah belahkan perpaduan kaum di negera kita.


Sesiapa sahaja yang bersikap racis harus diambil tindakan tegas kerana ia melanggarkan konsep 1Malaysia.


Betul, kita mahukan 1 Malaysia, bersatu dengan semua rakyat tidak kira bangsa dan agama. Jangan kerana setitik nila rosakkan susu sebelanga. Sebagai pengetua, dia sepatutnya menjadi contoh kepada muridnya, tapi sebaliknya, dia telah mendorong muridnya untuk bersifat racis. Macam mana kita hendak mencapai 1 Malaysia tanpa kerjasama daripada semua pihak? Terutamanya pihak yang mempunyai daya pengaruh terhadap orang lain.


The headmistress shouldn't had act the way she did. She should be punish for her racist remarks. We are civilize people, we shouldn't be racist. If we want others to respect our race and religion, we should also respect theirs.


memang wajar dikenakan tindakan tegas lebih2 lagi jika orang itu merupakan kakitangan kerajaan yang sepatutnya menjadi penggerak kepada dasar2 kerajaan dan menegakkan konsep 1Malaysia. mereka dibayar untuk menyumbang kepada masyarakat, kerajaan dan negara, bukannya menjadi rasis.


Principal or not, she shouldn't have said those derogatory remarks to the students and causing a furrow among the parents. We have enough racist in this country and we really don't need another one. To live in peace and harmony with other races and religion is to tolerate and respect each other.


Kalau samapi terlebih sudah tu perkataan, bah hukum ja la supaya jadi pengajaran!


Pengetua ni pun, satu juga.. napa lah tak nasihatkan budak tu bagus2.. Ini marah2 lagi, tengok apa jadi??? kan da kontoversi!


Tindakan tegas perlu dijatuhkan terhadap sesiapa yang bersifat racis. Jika dibiarkan sahaja, ia menunjukkan bahawa bersifat racis adalah tindakan yang boleh diterima dan ia akan menjadi lebih teruk.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails