
Gara-gara fenomena perubahan cuaca. ratusan ikan yang masih lagi hidup dilaporkan timbul secara mendadak di perairan Naic di wilayah Cavite ,Filipina sejak pagi kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.Datuk Bandar Naic, Edwina Mendoza berkata, penduduk di empat buah kampung bergegas menangkap sejumlah ikan itu.
Bukan sahaja ikan tetapi hidupan laut lain seperti ketam, ikan pari dan udang turut boleh ditangkap dengan mudah.
Seorang pakar pertanian tempatan menyalahkan perubahan cuaca sebagai penyebab kejadian itu. Menurutnya, fenomena itu berlaku disebabkan faktor perubahan iklim apabila suhu di laut meningkat.
Peningkatan suhu itu menyebabkan ikan terpaksa berenang mendekati permukaan laut bagi mendapatkan oksigen.
Fenomena itu merupakan kali kedua dilaporkan pernah berlaku di perairan Cavite.



August 20, 2010 1:29 PM
fenomena seperti ini jarang berlaku, mungkin ia merupakan satu petanda bahwa sesuatu akan berlaku.
August 20, 2010 1:38 PM
mungkin ini peluang bagi penduduk di sana untuk menangkap ikan-ikan dengan mudah. namun sebaliknya kita kena berfikir bagaimana perubahan cuaca memberi kesan kepada hidupan di bumi.
August 20, 2010 2:05 PM
My guess, that's what happen when the environment is polluted..
August 21, 2010 8:57 AM
Kita dah berhadapan dengan pelbagai fenomena di seluruh dunia. Semuanya disebabkan kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar. Bertaubatlah, jika kita bermula sekarang, masih sempat lagi menyelamatkan bumi kita.
Post a Comment