SUARA BEBAS TUARAN

Musa nafi UMNO Tidak Setia Pada Rakan Dalam BN

Labels: ,

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman memberitahu parti-parti dalam komponen Barisan Nasional Sabah bahawa kejujuran Umno terhadap rakan-rakan dalam gabungan itu tidak wajar diragui.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Kabinet di sini, beliau memberikan jaminan kepada para pemimpin BN Sabah bahawa mereka tidak perlu bimbang kerana Umno Sabah sentiasa setia dan jujur terhadap rakan-rakan parti dengan semangat BN sebenar.
  • “Saya sudah nyatakan kepada rakan-rakan dalam BN agar tidak meragui atau bimbang mengenainya. Anda tidak perlu bimbang tentang kejujuran dan keikhlasan Umno terhadap rakan-rakannya dalam BN,” tegasnya.
  • Musa yang juga Pengerusi BN dan Pengerusi Umno Sabah mengulas kenyataan oleh Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok yang mempersoalkan sama ada Umno memahami erti sebenar atau semangat 1Malaysia.
  • Ini berikutan permintaan beberapa ketua Umno bahagian yang meminta kerusi-kerusi tertentu yang dipegang oleh beberapa parti komponen BN diberikan atau dipulangkan kepada Umno.
  • Bagaimanapun Musa berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Sabah baru-baru ini menjelaskan bahawa sebarang keputusan berhubung pengagihan kerusi kalangan parti-parti komponen BN hanya akan diputuskan oleh pucuk tertinggi kepimpinan.
  • “Umno sebagai parti komponen, terus menghormati apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN. Jadi tidak timbul masalah. Kita juga tidak menunjukkan ketamakan atau angkuh,” katanya sambil menambah Umno selama ini mengamalkan sikap sederhana dan bekerjasama dengan parti-parti komponen BN yang lain.
  • “Apa yang penting Umno sering membantu rakan-rakannya. Kita juga ingin pastikan setiap kerusi yang ditandingi kita menang dengan majoriti yang baik,” kata Musa.
  • Beliau menambah jika terdapat masalah peribadi, itu satu perkara yang berlainan. Tetapi sejauh mana yang berkaitan dengan Umno, Ketua Menteri berkata parti itu akan membincangkannya dalam semangat dan setia kawan untuk memastikan apa juga masalah yang timbul akan dapat diatasi melalui perbincangan itu.
  • “Bagi kerajaan pula, setiap orang mempunyai hak untuk diberikan khidmat dan menerima bantuan,” katanya.
  • Musa memberikan contoh kira-kira 85 hingga 90 peratus kawasan anak negeri diberikan geran anak negeri untuk membolehkan mereka memiliki tanah sendiri dan mereka ini bukan diwakili oleh Umno tetapi oleh pemimpin-pemimpin lain dalam parti komponen BN.
  • “Inilah yang kita lakukan dalam BN. Kita berikan keutamaan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama atau dari parti mana mereka datang. Bagi kita semua orang adalah sama dan apa yang paling penting memberikan perkhidmatan kepada mereka yang memerlukannya.
  • “Saya ingin jelaskan di sini bahawa kita tidak mempunyai masalah di Sabah, bukan antara Umno dan parti-parti komponen BN lain.
  • “Meskipun dalam akhbar-akhbar ianya seperti berlaku pertelagahan dan seperti terdapat masalah tetapi anda boleh lihat sendiri malah tanya pada mereka selepas ini… semuanya tidak ada masalah,” kata Musa.
Sementara itu Ketua Menteri meminta pemimpin-pemimpin BN agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan agar tidak membayangkan kononnya Umno tidak mengambil tindakan serius terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat seperti isu pendatang tanpa izin.
“Umno tetap memberikan perhatian dan kita akan lakukan apa yang terdaya dengan bantuan parti-parti komponen BN yang lain. Ini kerajaan BN bukannya kerajaan Umno. Jadi kita ambil tindakan bersama dan bekerjasama antara satu dengan lain mengatasi masalah ini,” tegasnya.
Sumber: NST
10 comments:

jika berlaku sebarang konflik dalam parti komponen, sebaik2nya bawa perkara itu ke meja rundingan. dalam kegairahan semua parti menghadapi pru13, isu salah faham atau konflik tidak patut wujud. beri keutamaan kepada masalah2 yang dihadapi rakyat dan negara..


Walaubagaimanapun, semua komponen dalam BN perlulah bersatu untuk sama-sama mencapai matlamat iaitu berkhidmat pada rakyat dan negara.


UMNO dan parti komponen BN yang lain perlulah terus bekerjasama dengan erat. bersatulah untuk kebaikan rakyat, kerana yang penting adalah kepentingan rakyat dapat dijaga.


parti komponen BN sabah harus yakin bahwa sesama sendiri dan tidak harus timbul perasaan ragu. mereka diberi hak sama rata dalam pengagihan kerusi. mereka perlu sentiasa bekerjasama dan segala permasalahan boleh diselesaikan dgn cara baik.


Betul apa yang dikatakan oleh Datuk Musa Aman ini. Kita tidak boleh meragui terhadap kejujuran rakan-rakan seperjuangan yang lain. UMNO tidak akan beruat sebegitu, dan UMNO akan sentiasa setia dan jujur terhadap kompoenan yang lain.


oleh itu, semua kompenan kerajaan BN sabah haruslah berkerjasama untuk rakyat dan juga menjadikan 1 Malaysia itu menjadi kenyataan dan berjaya.


pucuk pimpinan BN akan mengagihkan kerusi untuk piliharaya umum dgn adil jg nnti. pari2 komponen BN sabah tak perlulah nak berbalah disebabkan hal ini. mereka seharusnya bersatu bagi menghadapi PRU tak lama lagi.


Sebarang salah faham boleh diselesaikan. Every component parties must have the taamwork spirit to make the ruling party stays stronger. But the main agenda must be tending and helping the people.


UMNO faham jika parti komponen tidak bersatu hati, akibatnya ialah mereka kalah dalam pilihanraya.


Jika ada apa-apa perselisihan dalaman, baik menyelesaikan sesama diri secepat mungkin. Tak baik kalau ia menganggu prestasi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails