

Lebih 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan bantahan anti-Malaysia yang dianjurkan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara itu.
Sementara itu di Kuala Lumpur polis telah menahan dua lelaki selepas mereka membakar bendera Indonesia di depan Kedutaan Indonesia, di Jalan Tun Razak.
Menurut laporan, 15 individu berhimpun di depan kedutaan itu sekitar 2.50 pagi kelmarin membantah tunjuk perasaan di Indonesia.
Dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun membawa bendera itu sebelum membakarnya kira-kira 50 meter dari pejabat Kedutaan. Mereka diberkas sejurus selepas itu oleh polis
Ketua polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis merekodkan keterangan kedua-dua lelaki sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin. Sumber: Sunday Star, Bernama.
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar Malaysia di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.- 'Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan tersebut,' kata beliau seperti ditukil akhbar Sunday Star, semalam.
- Datuk Seri Mohamed Khaled yakin pemerintah Indonesia akan melakukan yang terbaik bagi menjamin keselamatan pelajar Malaysia.
- 'Mereka dinasihati supaya keluar secara berkumpulan dan jangan menyertai sebarang perhimpunan awam,' kata beliau.
- Bendera dilaporkan membakar bendera Malaysia dan melempar najis manusia di Kedutaan Malaysia di Jakarta sebagai membantah penahanan tiga pegawai marinnya oleh pihak berkuasa Malaysia dekat perairan pulau Bintan seminggu yang lalu.
Sementara itu di Kuala Lumpur polis telah menahan dua lelaki selepas mereka membakar bendera Indonesia di depan Kedutaan Indonesia, di Jalan Tun Razak.Menurut laporan, 15 individu berhimpun di depan kedutaan itu sekitar 2.50 pagi kelmarin membantah tunjuk perasaan di Indonesia.
Dua lelaki berusia 20 dan 40 tahun membawa bendera itu sebelum membakarnya kira-kira 50 meter dari pejabat Kedutaan. Mereka diberkas sejurus selepas itu oleh polis
Ketua polis Kuala Lumpur, DCP Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata polis merekodkan keterangan kedua-dua lelaki sebelum membebaskan mereka dengan ikat jamin. Sumber: Sunday Star, Bernama.



September 1, 2010 8:49 AM
Diharapkan semua pelajar kita akan berhati-hati dan semoga mereka akan selamat daripada apa-apa ancaman ataupun serangan yang tidak rasional.
September 1, 2010 9:02 AM
Pelajar-pelajar yang berada di Indonesia haruslah lebih berhati-hati dan pandai menjaga diri dengan keadaan sekarang yang berlaku di Indonesia akibat pembantahan penahanan pegawai marin mereka.
September 1, 2010 9:04 AM
Kepada Rakyat Malaysia yang tercinta diminta untuk bersabar dan tidak perlu membuat apa masalah, kerana kerajaan akan membuat yang terbaik untuk menangani semua masalah ini. Oleh itu, harap semua bersabar.
September 1, 2010 9:33 AM
sebaiknya pelajar Malaysia ang berada di Indonesia perlu sentiasa berwaspada berikutan sentimen anti Malaysia yang berlaku di Indonesia pada masa kini. namun jgnlah gentar untuk merayakat mempertahankan negara Malayisia.
September 1, 2010 12:29 PM
pelajar malaysia di indonesia perlu berhati- hati dan berwaspada kerana sentimen anti Malaysia oleh Bendera. harap tiada berlaku perkara tidak diingini terhadap pelajar Malaysia di Sana,
September 1, 2010 3:39 PM
Jika perlu, kembali sahaja ke Malaysia. Jika keadaan sudah tidak selamat, untuk hubungan pulih seperti sediakala, sangat2 diharapkan.
September 1, 2010 3:43 PM
jangan meniup api yang sedang marak. jangan lakukan seperti yang dilakukan oleh penunjuk perasaan indonesia. penunjuk2 perasaan ini tersekat mindanya oleh emosi sendiri. yang penting sekarang, kerajaan perlu memastikan pelajar, atau pekerja rakyat Malaysia yang berada di indonesia berada dalam keadaan selamat.
September 2, 2010 8:26 AM
semua pelajar Malaysia di Indonesia perlulah sentiasa berhati-hati. ini bagi memastikan keselamatan mereka ketika berada di sana.
September 2, 2010 8:29 AM
rakyat Malaysia juga perlulah bersabar dan jangan melakukan seperti apa yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Indonesia. kita perlu bertindak rasional dalam pekara seperti ini.
September 2, 2010 9:06 AM
Jika keadaan menjadi tidak terkawal, lebih baik jika kembali secepat mungkin.
Post a Comment