SUARA BEBAS TUARAN

Pemimpin LDP Dituduh Bersekongkol Dengan Pehak Tertentu Untuk Jatuhkan Musa Aman

Labels:
Dilapurkan hari ini, terdapat ada dikalangan pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Dikatakan pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggugurkan Musa selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah.
  • “Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa,” kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dalam satu kenyataan, di sini kelmarin.
  • Salleh yang juga bekas Ketua Menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin pada Selasa lepas, dan mendakwa ianya adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.
  • Beliau seterusnya menasihatkan pemimpin LDP agar tidak membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda sendiri. Salleh juga yakin semua parti komponen BN Sabah akan menyokong Musa yang telah membuktikan keupayaannya memimpin negeri sejak menjawat jawatan Ketua Menteri pada 2003.
  • Dalam kenyataannya pada Selasa, Chin dilapor berkata LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri dan gagasan 1Malaysianya.
ketika di tanya, Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok menyatakan bahawa tindakan untuk menilaikan seseorang ahli dalam komponen yang sama ada lah tidak baik untuk kesatuan komponen itu sendiri.
Beliau merasakan perlu ada semangat setia kawan dan kerjasama yang kuat dikalangan ahli komponen. Kadang-kadang kita memberi dan ada juga masa nya kita meminta, kata beliau
Sumber: NST, SK
25 comments:

LDP patut memohon maaf kepada ketua menteri Sabah dan perdana menteri kerana menimbulkan kekecohan ini. tidak ada yang lebih penting selain mencari penyelesaian kepada masalah2 yang dihadapi oleh rakyat Sabah.


isu yang sudah selesai biarkan berlalu. beri tumpuan kepada masalah2 yang sangat dituntut oleh rakyat seperti PATI, tanah, kemiskinan... saya juga amat kesal dengan LDP kerana mereka hanya berminat menimbulkan isu2 yang bukan untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan parti sendiri. perkara ini tidak patut berlaku dikala semua parti di Malaysia bersiap sedia menghadapi PRU13. pemimpin atasan perlu memandang serius konflik ini untuk kebaikan semua parti komponen di Sabah.


LDP perlulah bekerjasama dengan semua pihak dalam BN. kepentingan rakyat perlu diutamakan dan setiap komponen BN perlu bersama-sama dalam menyelesaikan isu-isu rakyat.


Sebagai parti komponen BN, sepatutnya mereka bekerjasama dan bersatu antara satu sama lain. Dengan bersekongkol menjatuhkan KM kita, ini namanya khianat. Tidak baik kalau ada orang dalaman yang sengaja berbatu api di dalam sesebuah kerajaan.


"Pemimpin LDP Dituduh Bersekongkol Dengan Pehak Tertentu Untuk Jatuhkan Musa Aman"

Ya, ada kemungkinannya juga tetapi lebih baik kalau kita tidak buat sebarang andaian.


Kita haruslah perlu ada semangat setia kawan dan kerjasama yang kuat dikalangan ahli komponen BN. LDP sebagai komponen BN haruslah bersatu.


Inilah sebab kenapa LDP tidak mahu berkerjasama dengan Datuk Musa tapi mahu pula dengan UMNO. Ini kerana LDP cuba untuk menggenakan Datuk Musa secara personal dan bukan parti UMNO. Kerana sukar sekiranya LDP mahu memburukkan parti UMNO kerana susah mencari kesalahanya. Itu sebab LDP cuba untuk memcari kesalah Datuk Musa secara persendirian. Harap, LDP haruslah berfikiran terbuka dan janganlah makan kawan sendiri.


Saya percaya, LDP tidak akan dapat melakukannya, kerana kami percaya yang Datuk Musa tidak akan melakukan kesalahan, berjuang untuk Parti dan akan tetap berkhidmat untuk rakyat sabah dan menolong sabah untuk menjadi negeri yang membangun di MAlaysia. Jadi LDP sebagai komponen BN haruslah lebih faham dengan keadaan Parti BN. UMNO, Datuk Musa dan LDP adalah Parti BN. Oleh itu bersatu dan berkerjasama untuk BN.


LDP should really just let it go. The MAZU case has already been solved in court, why the need to bring it up??? Instead of bring up solved issue, they should cooperate to find solution for other issue such as the PTI issue which is far more bigger than the MAZU case.


Nasihat untuk LDP, janganlah mudah terpengaruh dengan pihak yang tidak dikenali dan dengatr hasutan orang lain untk menhancurkan kawan sendiri. Itu sungguh kejam, ibarat seperti MUSUH DALAM SELIMUT. Tidakkah itu memalukan sendiri, memakan kawan seperjuangan sendiri. Apa yang perlu, berkerjasama berjuang untuk Rakyat.


walaupun LDP tak ingin bekerjasama lagi dgn Musa Aman, namun pemimpin BN Sabah yang lain akan tetap memberi sokongan penuh dgn Musa Aman. LDP harus bersikap lebih rasional, tak perlulah nak bangkitkan isu yang telah selesai.


LDP perlu lebih profesional. semua parti dalan BN perlulah bersatu bagi membangunkan negeri Sabah dan demi untuk kebaikan semua.


Jangan terus melenting dan menyalahkan satu2 pihak itu. Kemajuan bersama adalah matlamat kita dan jika ingin membangkitkan isu lain sila tunggu masa yang sesuai. Ya la, masyuarat tersebutkan sudah digariskan hanya untuk membincangkan isu PTI dan isu tanah..... Tapi apapun, cepat2 la berdamai kerana jika tidak akan mengundang masalah lain.


walaupun LDP tak lagi menyokong Musa Aman, namun pemimpin2 lain akan terus menyokong beliau. bukan musah nak menjatuhkan Musa Aman. lagipun LDP tak seharusnya bersikap sedemikian kerana hal ini. ia harus lebih profesional.


bagaimana sekalipun usaha LDP untuk menarik perhatian PM, belum tentu PM akan bersetuju dengan LDP kerana tindakan LDP ini telah mencemarkan imej umno/BN di Sabah dan sengaja menimbulkan huru hara dikalangan parti komponen BN di Sabah. sebenarnya Musa Aman melakukan tindakan yang tepat berdasarkan persetujuan semua pemimpin yang hadir dalam mesyuarat tersebut.


Tapi apapun, yang penting masyuarat tersebut telah dapat membincangkan dua isu yang penting iaitu berkaitan dengan PTI dan juga isu tanah. Jika ditanya berkaitan dengan tindakan LDP, mereka suda dewasa dan tahu untuk menilai baik dan buruk, tapi jangan terlalu ikutkan emosi kerana ini akan hanya memperlihatkan kelemahan dan ketidak profesional dalam satu2 hal.


aduii ba inilah yang tak best ni, kawang pun mo juga berlawan! huhu


Hal ni tak sepatutnya berlaku. Bukankah lagi baik kalau hal ni diselesaikan dengan cara yang baik dan tak perlu lah simpan niat jahat...


LDP patut lebih matang berdepan dengan hal ni. Apa yang telah dibincang dalam perjumpaan tu sepatutnya diterima secara terbuka, yang dah lepas tu just let it be. Yang penting, fokuslah kepada perkara di hadapan.


Saya yakin masih banyak perkara penting yang perlukan perhatian berbanding hal ni. Jadi fokuslah kepada perkara2 yang menjaga kebajikan rakyat.


Apapun, saya harap hal ni tidak lagi diperbesarkan. Semua komponen BN harus bersatu dan berjuang untuk rakyat!


Jangan disebabkan masalah peribadi menjejaskan kesatuan dalam parti. Semua orang kenalah pandai memisahkan soal peribadi dan juga soal rasmi.


rasanya tk ada usaha LDP untuk menjatuhkan Musa Aman, masalah yng timbul ini hnyalah perselisihan faham sahaja. LDP seharusnya terus bekerjasama dgn Musa Aman. hal ini boleh diselesaikan dgn cara baik.


kalau benar ada dalang disebalik konflik ini, cari siapa dalang itu dan ambil tindakan tegas. jangan biarkan konflik seperti ini berlarutan lebih lama kerana masih banyak masalah yang dihadapi oleh rakyat sangat memerlukan perhatian dan penyelesaian segera.


Tanpa kerjasama dan kesatuan daripada semua parti komponen, pasti akan menjejaskan pentadbiran. Jika betul-betul mahu menjaga kebaikan rakyat, maka semua perlulah bersatu. Jangan disebabkan isu peribadi menyusahkan rakyat.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails