
Datuk Haji Lajim Haji Ukin menggesa supaya pemimpin parti disemua peringkat berubah dan sentiasa mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.Katanya, pemimpin pada hari ini tidak lagi boleh duduk selesa dan mendengar masalah rakyat dari jarak jauh.
“Pemimpin perlu turun padang dan mendengar sendiri rintihan dan denyutan hati rakyat bahkan melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya
- Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Beaufort berkata, rakyat pada hari ini bukan lagi seperti dulu yang tidak tahu menilai kemampuan pemimpin.
- Rakyat pada hari ini katanya, adalah bijaksana dan sudah tahu menilai siapakah pemimpin mereka kerana anak-anak mereka sudah berpendidikan tinggi.
- Justeru itu katanya, dampingi dan temuilah rakyat sentiasa untuk mendapatkan maklumat dan mengetahui masalah mereka.
“Kita akui masih terdapat kampung-kampung terpencil di Pedalaman Sabah belum dapat dibangunkan sepenuhnya tetapi kita yakin kampung-kampung berkenaan dapat dibangunkan jika BN terus berkuasa di negeri ini,” katanya.Menyentuh sedikit mengenai Program Juara Rakyat Lajim berkata, ia adalah memberi peluang kepada rakyat mendapatkan info-info terkini tentang dasar-dasar kerajaan.



August 9, 2010 3:19 PM
jika mahu BN terus berkuasa, lakukan apa yang sepatutnya berdasarkan kesedaran ini. jangan buktikan kepada rakyat bahawa semua gambaran dan kenyataan pembangkang terhadap kepimpinan BN adalah benar2 belaka.
August 9, 2010 3:32 PM
Setuju dengan Datuk Haji Lajim Haji Ukin yang menggesa supaya semua pemimpin perlu sentiasa mendampangi rakyat.
August 9, 2010 3:37 PM
Inilah yang diharapkan oleh rakyat agar masalah yang dihadapi dapat dipertimbangkan untuk diselesaikan oleh para pemimpin di negeri ini.
August 9, 2010 3:39 PM
benar..pemimpin perlu mendampingi rakyat jika ingin mengetahui permasalahan rakyat.
pemimpin yang turun padang akan dapat melihat sendiri apa yang sedang dihadapi oleh rakyat. ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat.
August 9, 2010 4:06 PM
ya.. pemimpin perlu mendekati rakyat, dgn ini pemimpin dpt mngetahui keadaah rkyat di smping mengeratkan hubungan dgn rkyat.
August 10, 2010 12:52 AM
itulah yang terbaik...harus diingati bahawa rakyat sentiasa memerhati dan menilai...
August 10, 2010 12:57 AM
pemimpin haruslah lebih peka dan sensitif dengan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat..dengan ini,maka BN akan terus berkuasa....
August 10, 2010 1:01 AM
selain itu, bukan hanya pemimpin yang diklasifikasikan sebagai "pemimpin kelas bawahan" sahaja yang perlu berbuat sedemikian, tetapi juga pucuk pimpinan parti...hargailah rakyat dan rakyat akan hargai kita sebagai pemimpin yang dihormati..
August 10, 2010 8:51 AM
pemimpin yang selalu mendekat rakyat sarta byk memberi sumbangan akan sentiasa disayangi dan dikenang oleh rakyat.
August 10, 2010 11:41 AM
Mereka perlulah sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat dan mendengar suara hati mereka.
August 10, 2010 11:56 PM
Bah mmg patut pun... Dampingi rakyat selalu supaya tahu keinginan rakyat k.
August 12, 2010 9:57 AM
Kalau BN ingin terus mendapat sokongan rakyat, mereka perlulah memahami suara hati rakyat. Banyaklah mendampingi rakyat dan turun padang untuk mengetahui masalah dan situasi yang sedang dihadapi.
August 13, 2010 10:03 AM
Tapi jangan hanya mendampingi rakyat tapi tiada tindakan yang diambil untuk membantu mereka.
Post a Comment