

Missi dan Visi ke arah pembasmian kemiskinan dan mengurangkan pengangguran bukan lah satu perkara yang mudah untuk ditangani. Negara kita telah lama berusaha namun hingga kini nampak nya maseh lagi di hantui oleh fenomena yang mengerikan ini.
Dari sini saya merasakan bahawa tindak-tanduk pemimpin yang sedia ada dan sebelum nya ada lah kurang perihatian lagi kurang serius terhadap masaalah pokok yang di warisi oleh rakyat sejak berkurun lama nya.
Pemimpin yang sedia ada, lebih mementingkan politik nusantara saperti PATI, MYKad, Racism dan kepentingan untuk memperkayakan diri sendiri.
Sedangkan masaalah kawasan masing-masing maseh perlu banyak bantuan dari aspek perancangan dan pembangunan asas yang benar-benar perlu. Dalam proses ini isu kemiskinan dan pengangguran masyarakat disorokkan..
Analisa Solymone
Kerajaan telah berusaha gigih untuk meningkatkan pelajaran di kalangan belia di Malaysia ini dengan memberi mereka biasiswa untuk melanjutkan pengajian dan penambahan pengetahuan serta pengalaman hingga diluar negara.- Dengan harapan golongan ini akan menjadi catalyst dan dorongan yang membantu.
- Namun seada nya masaalah kemiskinan dan pengangguran ini bukan nya berkurangan mala bertambah lah pula . Ini membuktikan bahawa strategi semata-mata untuk memperbaiki pelajaran dan usaha belia-belia ada lah tidak cukup .
Kini mata masyarakat dikaburkan lagi dengan mengklsifikasikan kadar miskin, dengan definasi' MISKIN MUDAH' dan 'MISKIN TEGAR'. Sedangkan kedua-dua arti kata ini sememang nya amat susah di pisahkan atau pun dikategorikan secara menyeluruh. Kerana kadang kala nya status kemiskinan itu boleh berubah-ubah. Tertaklok kepada pergolakan keadaan masyarakat tersebut.
1) Belia berpelajaran tinggi, tetapi tidak mendapat kerja yang sesuai dengan kelayan mereka. Termasuk instituasi industri yang hanya memilih pekerja executive dari suku sakat atau kaum nya sendiri dan sebagai nya.- 2) Penduduk mempunyai tanah tetapi tidak dapat diusahakan dengan sepenuh nya kerana kurang suntikan bantuan dari aspek permodalan, tenaga kerja tempatan dan bantuan infrastruktur asas.
3) Ramai juga penduduk kampung yang tidak mempunyai tanah. Mereka hanya di tempatkan di rejab perkampungan.Selain dari itu, kebanyakan anak-anak mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap disamping dipengaruhi oleh gejala ganja dan minuman keras yang berkualiti rendah ( bad for health.)
Dari sini saya merasakan bahawa tindak-tanduk pemimpin yang sedia ada dan sebelum nya ada lah kurang perihatian lagi kurang serius terhadap masaalah pokok yang di warisi oleh rakyat sejak berkurun lama nya.Pemimpin yang sedia ada, lebih mementingkan politik nusantara saperti PATI, MYKad, Racism dan kepentingan untuk memperkayakan diri sendiri.
Sedangkan masaalah kawasan masing-masing maseh perlu banyak bantuan dari aspek perancangan dan pembangunan asas yang benar-benar perlu. Dalam proses ini isu kemiskinan dan pengangguran masyarakat disorokkan..
Masaalah bertambah tenat lagi bilamana pemimpin-pemimpin ini asek bercakaran sama sendiri semata-mata hanya untuk memperjuangkan keadilan ideologi parti mereka yang mengelirukan.- kerana kekeliruan ini, membuat mereka gagal mengagihkan peruntukan yang menepati sasaran dikawasan masing-masing. Lain yang di fohon , lain pula diluluskan. Contoh nya; rakyat mahu bekalan air, balai raya pula di bina dan sebagai nya.
- kadang-kadang saya difahamkan bahawa pengagihan peruntukan ini hanya di fokuskan pada segelintir kawasan yang pemimpin tersebut merasa selesa.
Analisa Solymone



August 24, 2010 8:37 AM
pada saya, untuk keluar dari kemiskinan penduduk perlu berusaha keras agar dapat meningkatkan pendapatan. pada masa yang sama, pemimpin juga perlu menyediakan peluang dan bantuan untuk penduduk.
bagi belia menganggur pula, mereka hendaklah meningkatkan kemahiran mereka agar mereka lebih laku di pasaran kerja.
August 24, 2010 8:51 AM
sehingga kini masalah kemiskinan dan pengangguran masih belum lagi dpt diselsaikan. perkara ini harus diambil berat kerana ia boleh mewujudkan byk masalah sosial.
August 24, 2010 9:03 AM
Untuk menyelesaikan masalah kemiskinan dan pengangguran. Tidak boleh hanya bertepuk tangan sebelah, kerana ia tidak akan berbunyi. Kerajaan, pihak swasta dan belia miskin dan penganggur perlulah berusaha serentak untuk menghasilkan buah.
August 24, 2010 9:10 AM
apa yang penting kerajaan tidak akan putus asa untuk menangani masalah kemiskinan ini. Dalam masa yang sama, kerajaan cari lagi cara lain untuk menyelesaikannya.
August 24, 2010 9:51 AM
"Dalam hal ini, kadang-kadang saya terfikir bahawa masaalah sebenar nya ada lah salah rakyat itu sendiri kerana memilih Pemimpin yang tidak benar-benar telus dan berjiwa rakyat..Bukan Pemimpin yang dikata kan sanggup berkorban apa sahaja untuk rakyat."
I agree with this statement. We as the Rakyat should learn from our past mistake and make sure vote for the right candidate based on their ability to lead and their dedication towards helping the Rakyat.
August 24, 2010 10:21 AM
tiada cara yang lebih baik dari pekerja sendiri meningkatkan kemahiran dan tahap pendidikan bagi melayakkan diri mereka menerima tingkat gaji lebih tinggi. Semua ekonomi maju di dunia mencapai kemajuan kerana mereka memiliki lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi berbanding berkemahiran rendah.
August 24, 2010 1:16 PM
jgn mengharapkan kerajaan semata mata untuk menyelesaikn masalah kemiskinan dan pengangguran ini. kita juga hars ambil peranan dgn berusaha untuk memajukan diri kita. byk peluang diberi oleh kerajaan, kita harus memanfaatkannya.
August 24, 2010 2:40 PM
Mungkin apa yang telah ditulis oleh penulis ada benarnya..tapi walauapapun itu, situasi di berlainan tempat berbeza.... kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya beberapa faktor sahaja yang menjadikan satu2 perkara itu berlaku kerana lain tempat lain yang terjadi. Contohnya yang mana kerajaan suda menyediakan pelbagai usaha tetap saja tidak mendapat tindak balas dari rakyat.
August 24, 2010 2:43 PM
Sudah banyak kursus2 seperti cara2 penanaman cili, cendawan untuk diusahakan, dan juga terdapat juga pusat latihan JPSM untuk melatih mana2 yang tidak menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Banyak jika ingin diperjelaskan, tapi yang penting kita melihat secara keseluruhan.
August 24, 2010 2:51 PM
To eradicate poverty and unemployment, there should be an understanding and teamwork between the Government, NGOs and the people.
August 24, 2010 9:48 PM
Sdra-sdra,
Let me respond to comments by Antanum relating to ;
1) kita tidak boleh mengatakan bahawa hanya beberapa faktor sahaja yang menjadikan satu2 perkara itu berlaku kerana lain tempat lain yang terjadi. Contohnya yang mana kerajaan suda menyediakan pelbagai usaha tetap saja tidak mendapat tindak balas dari rakyat.
2) Sudah banyak kursus2 seperti cara2 penanaman cili, cendawan untuk diusahakan, dan juga terdapat juga pusat latihan JPSM untuk melatih mana2 yang tidak menyambung pelajaran keperingkat yang lebih tinggi. Banyak jika ingin diperjelaskan, tapi yang penting kita melihat secara keseluruhan.
First and for most thanks Sdra atau Sdri Antanum kerana memberi pandangan yang saya rasa mempunyai elemen yang perlu penjelasan selanjutnya untuk kita kongsi bersama.
Tidak dapat di nafikan bahawa terlalu banyak perkara yang menjadikan pemangkin kepada sesuatu fenoma itu. Namun apa jua punca tersebut , ‘ major resolution’ nya terletak pada decision manusia itu sendiri selaku perancang , penentu dan pengikut.
Elemen selain dari factor manusia, boleh dikatakan statik dalam arus pergolakan. ..Menunggu untuk di acuankan atau di gerakkan oleh tenaga pengerak; ia itu manusia atau pun mungkin kuasa Tuhan .
Justru itu, saya fokuskan kepada kebolehan manusia untuk mengubah atau berubah. Dalam kes ini diantara Belia ( mewakil masyarakat) atau pun Pemimpin ( mewakili instituasi badan politik).
Kalau dikatakan Kerajaan atau Pemimpin yang telah menyediakan yang terbaik, bagaimana pula masaalah kemiskinan dan pengagguran ini maseh berleluasa?
Salah Belia? Tak kan seseorang graduan dalam ekonomi atau pun kejuruteraan di paksa untuk bekerja dalam sector peladangan khas nya menanam atau menuai kelapa sawit? Itu tidak releven nama nya
.
Perkara ini pasti nya akan mengujudkan konflikasi dalam career mereka disamping ia nya akan merugikan Negara dalam pengunaan ‘know how’ yang tepat , ya tak?
Dalam isu pemberian kursus ini pun kadang-kadang akan menimbulkan masaalah. Kerana selalu nya mereka yang telah tamat kursus itu, tidak di pantau atau pun dibantu untuk mendapat pekerjaan yang dikursuskan.
Seakan-akan terasa, mereka ini hanya di serahkan kepada nasib.. Ada yang bernasib baik dan ada yang tidak. Salah siapa?
Sebenar nya hal ini serba sedikit saya tahu kerana saya pernah di kursuskan dan juga menjadi tenaga yang memberi kursus .
At last but not least, apa pula yang sdra maksudkan ‘yang penting kita melihat pada keseluruhan nya?’. Bagi saya kaedah tersebut akan mengalak kan permasaalahan 'lepas pandang' pada mereka-mereka yang berhadapan dengan tragedi kena ‘overlook ‘ oleh sistem yang hanya melihat pada yang kuat( bernasib baik). Yang lemah (tidak bernasib baik) nya diketepikan?
Sedangkan tiap-tiap manusia itu berhak untuk ada ‘feeling’. Sama ada segelintir (minority) atau pun kebanyakan (majority).
Salam semuga kalian sukses
August 24, 2010 10:24 PM
soal salah siapa tu, saya tak kisah.. Apa yang penting bagi saya ialah usaha untuk memajukan diri serta meningkatkan level kehidupan:)
August 24, 2010 10:25 PM
Sikit2 lama2 jadi bukit :) So berusaha lah ya, pasti ada peluang untuk berjaya.
August 24, 2010 10:27 PM
Ada betulnya apa ko cakap tu mai. Peluang memang ada, dan dari kita ja mahu rebut atau tak... atau mungkin lebih tepat lagi kalau dikatakan layak atau tak rebut peluang tu... Kalau betul berkelayakan dan ada kelebihan pasti mudah untuk dapat kerja.
August 24, 2010 10:31 PM
Kalau saya sendiri, saya sentiasa berusaha untuk tingkatkan prestasi kerja supaya cepat naik pangkat. hihihi.. Paling penting lagi saya harus kuasai Bahasa English sebaik mungkin supaya senang cari kerja yang lebih baik :)
p/s saya pun orang susah juga :)
August 24, 2010 10:33 PM
Apapun chayoo!!! Tanamkan tekad untuk berjaya dan semuanya pasti OK :)
August 25, 2010 6:44 AM
politik sentiasa berubah mengikut arus perubahan masyarakatnya..jika dilihat pada era prakemerdekaan dan pascakemerdekaan, jelas bagi kita melihat trend ahli2 politik mengerakkan atau mengetengahkan isu2 seperti pendidikan, pembangunan dan sebagainya..bagi saya, pada era prakemerdekaan ahli2 politik pada masa itu berkongsi satu matlamat yang sama berasaskan kepada satu ideologi yang sama iaitu nasionalisme..kebanyakkan dasar atau pendekatan yang dilakukan adalah berprinsipkan ideologi tersebut. namun dek perubahan yang kita kecapi dalam ilmu pengetahuan, pembangunan dan sebagainya itu, haluan perjuangan ahli2 politik berubah di mana lebih suka saya gelarkan sebagai politik perut..satu transformasi dan revolusi adalah perlu bagi menetapkan semula hala tuju perjuangan politik yang dalam beberapa dekad ini telah dimanipulasikan oleh segelintir ahli politik demi kepentingannya sendiri..
August 25, 2010 6:48 AM
sudah banyak kajian yang telah dilakukan untuk mengenal pasti punca kemiskinan...namun malangnya, kajian tersebut hanya tinggal kajian..sehingga kini belum ada langkah penyelesaian yang benar2 berkesan membasmi kemiskinan..walaupun sudah ada usaha yang dijalankan oleh kerajaan namun hasilnya dilihat agak perlahan sedangkan kadar kemiskinan terus meningkat..
August 25, 2010 6:50 AM
tidak dinafikan kerjasama antara semua pihak adalah perlu bagi membasmi kemiskinan..namun kerjasama ini haruslah diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan bukan hanya diskusi/ kajian semata-mata..
August 25, 2010 6:54 AM
kelayakan pendidikan yang tinggi sahaja (diploma, sarjana) adalah tidak mencukupi bagi membolehkan seseorang itu layak bagi satu2 pekerjaan. harus diingat pada masa kini persaingan adalah sengit. adalah lebih baik sekiranya selain daripada kelayakan pendidikan, kemahiran2 seperti komunikasi, membuat keputusan dan lain2 diberikan/ diajar kepada belia agar lebih berdaya saing..
August 25, 2010 7:00 AM
masalah kepimpinan bukan satu perkara baru..ahli2 politik bijak memanipulasikan isu2 rakyat sebagai alat politik untuk mendapatkan sokongan agar mereka dapat gelaran Yang Berhormat..apa yang dilihat, kebanyakkan ahli politik mendahulukan kepentingan diri, diikuti parti, seterusnya kroni2 mereka..kesejahteraan hidup rakyat adalah agenda yang terakhir sekali..isu2 rakyat hanya digunakan untuk memastikan rakyat sentiasa percaya serta patuh kepada mereka..
August 25, 2010 7:08 AM
semua pihak terutamanya pihak berkuasa harus mengubah sikap mereka menjadi lebih sensitif, ringan tulang, komited, amanah dan sebagainya untuk membasmi kadar kemiskinan yang kian parah.. perubahan trend kehidupan masa kini di mana berlaku kenaikkan harga barangan asas seperti minyak harus diteliti..satu pendekatan yang benar2 efektif adalah perlu..diharap agar isu kemiskinan ini dapat dibendung sepenuhnya..
August 25, 2010 9:07 AM
Bagi saya, jika bertekad pasti ada caranya. Semoga semua selamat berjuang untuk kehidupan yang lebih baik.
Post a Comment