SUARA BEBAS TUARAN

PM Kecewa Serangan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia

Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa kecewa dengan tindakan penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melempar najis manusia ke kawasan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Isnin lalu.
  • Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman (gambar) berkata, Perdana Menteri menyatakan perkara itu dalam mesyuarat Kabinet semalam setelah beliau memberi penjelasan tentang apa yang berlaku di Jakarta.
  • "Sudah tentu beliau amat kecewa. Perdana Menteri berpendapat adalah salah bagi mereka bertindak sedemikian.
  • "Namun beliau mempunyai keyakinan dengan pihak berkuasa Indonesia. Beliau (Perdana Menteri) yakin terhadap Presiden (Susilo Bambang Yudhoyono) bahawa perkara ini akan diselesaikan," katanya.
  • Anifah menyatakan demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan rombongan Duta Belia 2010 Indonesia di Wisma Putra di sini semalam.
Dalam kejadian itu, penunjuk perasaan daripada kumpulan Bendera dipercayai bertindak sedemikian bagi menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia terutama berhubung penangkapan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia (KKP) yang didakwa menceroboh perairan Malaysia baru-baru ini.
Anifah memberitahu, mesyuarat Kabinet semalam sepakat untuk menyelesaikan perkara itu secara baik dan meminta rakyat Malaysia supaya bersabar dan bersikap rasional dengan mengelak kejadian yang sama di negara ini.
Sumber: Kosmo
7 comments:

tindakan tunjuk perasaan rakyat Indonesia ini hanya mengambarkan keadaan sebenar sosial masyarakat negara itu di mata dunia. pasti ia akan memberi impak negatif terutamanya ekonomi negara itu. rakyat Malaysia tidak perlu melakukan perkara yang sama kerana itu bukan budaya kita dan bukan penyelesaian yang terbaik malah memburukkan lagi keadaan.


I heard that most of the people who attacked our embassy was paid by someone to create havoc...by the way i believe that the protest doesn't represent the voices of indonesian people as a whole...


Siapa2 pun pasti akan kecewal dengan hal ni bah.. Inikan lagi PM kita yang sentiasa berusaha menjaga hubungan sosial dengan semua pihak. huhuhu


Setuju maxi shenxi. Rakyat Malaysia jangan jangan terlalu emosi dalam apapun keadaan. Ingat nama baik negara kita harus dijaga dan dikekalkan. Apapun saya yakin rakyat Indonesia secara keseluruhannya juga tidak setuju dengan tindakan perusuh tersebut!


memang mengecewakan tindakan segelintir rakyat Indonesia tersebut. sepatutnya mereka bersikap lebih rasional.


tindakan kumpulan BENDERA benar2 keterlaluan dan mengecewakan, mereka tak seharusnya bertindak sedemikian menghina kedaulatan Malaysia. ini memperlihatkan sikap mereka yabng tidak rasional.


Bukan hanya PM sahaja yang kecewa dengan perkara ini. Rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian antara semua negara jiran juga turut kecewa dengan penghinaan yang ditujukan kepada lembaga dan lambang negara kita.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails