SUARA BEBAS TUARAN

Rasuah Berleluasa Di Jeti Pulau Ketam


Pintu masuk Jeti Pulau Ketam sibuk dengan mereka yang hendak pulang ke Indonesia atau masuk ke Malaysia. -- Foto BHM
Dilapurkan Sekitar RM60,000 ($25,869) sebulan sogokan yang diterima oleh sesetengah anggota dan pegawai imigresen di Jeti Pulau Ketam berdekatan dengan Klang, hingga menyebabkan ia mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Setiap anggota penguat kuasa itu dipercayai dibayar kira-kira RM2,000 sehari untuk 'peranan' mereka memudahkan urusan keluar dan masuk pendatang haram. Ini termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya bercop palsu atau tiada dokumen.
  • Selain pegawai imigresen, anggota dan pegawai agensi penguat kuasa lain, termasuk Jabatan Laut, Kastam Diraja Malaysia, Polis Marin dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia dikatakan turut menerima habuan daripada sindiket jika ada kes membabitkan bidang kuasa agensi terbabit.
  • Intipan Berita Harian Malaysia juga mendapati Jeti Pulau Ketam kini dikuasai sepenuhnya oleh empat sindiket yang kebanyakan anggotanya warga Indonesia tetapi didalangi rakyat Malaysia.
  • Khidmat sindiket itu digunakan oleh agensi pekerja asing bagi membawa masuk atau menghantar pulang pekerja haram mereka dengan membayar sejumlah wang kepada rangkaian sindiket terbabit di luar kawasan jeti.
  • Modus operasi sindiket itu ialah warga asing bermasalah menghubungi anggotanya yang dikenali sebagai 'chalo' di jeti. 'Chalo' akan berunding dengan pelanggan sebelum menentukan jumlah pembayaran.
  • Sindiket palsukan cop imigresen itu dipercayai mempunyai orang hubungan di semua peringkat pemeriksaan di Jeti Pulau Ketam dengan sogokan harian dan bulanan.
  • Sindiket itu yang memiliki cop palsu imigresen akan cop pasport pekerja asing yang memasuki negara ini secara haram atau tinggal melebihi tempoh dibenarkan, selepas menerima sejumlah bayaran, seolah-olah pendatang haram itu adalah pekerja sah.
  • Menurut sumber, cop pasport itu akan menunjukkan pekerja asing yang menggunakan khidmat mereka sudah keluar dan memasuki semula negara ini secara sah, walaupun hakikatnya dia tidak pernah keluar dari negara ini.
Tinjauan juga mendapati orang kanan sindiket boleh bergerak bebas di pejabat imigresen Jeti Pulau Ketam, walaupun ada tanda larangan. Malah, orang kanan itu juga dilihat bebas mengambil cop pegawai imigresen untuk cop pasport pelanggannya.
Sumber: BHM, Cybernews
10 comments:

nampaknya kegiatan rasuah berleluasa di Pulau Ketam, pihak SPRM harus mengambil tindakan terhadap mereka. jgn biarkah kegiatan ini terus berleluasa.


pekara ini perlu disiasat. jika benar terdapat rasuah seperti yang dinyatakan, tindakan tegas perlu diambil.


mana-mana pihak pun perlulah mengelakkan diri dari terlibat dengan rasuah. rasuah adalah perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab.


Rasuah ini perlulah dihentikan. Ini perkara yang akan membawa kepada masalah yang jauh lebih teruk.


kegiatan mereka ini perlu dihentikan dan dibenteras. mereka tak seharusnya sewenang-wenang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.


rasanya persoalan sudah terjawab kenapa pendatang asing tidak terkawal di Malaysia. semuanya disebabkan pegawai imigresen, Jabatan Laut, Kastam Diraja Malaysia, Polis Marin dan Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia tunduk dengan pendatang2 asing ini semata2 kerana duit.


jika rasuah masih diamalkan, tidak mustahil satu hari nanti peranan anggota dan pegawai agensi penguat kuasa akan diambil alih oleh pendatang asing sepenuhnya. tiada siapa yang boleh kita harapkan untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara memandangkan pihak berkuasa kita juga tunduk dengan kuasa pendatang asing. saya harap pihak berkuasa bertindak secepat mungkin sebelum semuanya terlambat.


Ayoo, tak habis2 dengan rasuah.. elakkanlah diri daripada rasuah ya!


Semoga hal ni dapat disiasat dan diselesaikan segera. Bersama kita perangi rasuah!!


Cara yang baik untuk membanteras rasuah diperlukan. Rasuah ini dah semakin menjadi-jadi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails