SUARA BEBAS TUARAN

Soi Lek Kecewa Amaran Muhyiddin, Tidak Perlu Memukul Gendang Perkauman

Labels: ,

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kecewa dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang menggunakan insiden 13 Mei 1969 untuk memberi amaran kepada MCA agar tidak memperlekehkan semangat Barisan Nasional (BN) jika mahu memperjuangkan kepentingan komuniti Cina.
Kata Dr Chua, pemimpin-pemimpin BN tidak perlu memukul “gendang perkauman” kerana rakyat Malaysia kini lebih matang dalam memahami perkembangan semasa.
  • Selain itu kata beliau, apa yang diminta oleh MCA bukan dengan mengetepikan kepentingan atau hak mana-mana kaum lain.
  • Bekas Menteri Kesihatan itu menekankan rakyat Malaysia kini lebih matang berbanding persekitaran 1969 dan boleh terlibat dalam perbincangan-perbincangan waras.
  • “Keadaan sosioekonomi di Malaysia sekarang jauh berbeza berbanding tahun 1969 memandangkan rakyat Malaysia berupaya untuk mengadakan perbincangan rasional tanpa memukul gendang perang perkauman,” katanya.
  • “Apa yang kami minta cuma bahagian yang adil. Dijamin, MCA tiada rancangan atau minat untuk menafikan hak-hak kaum lain yang mereka berhak,” kata beliau dalam kenyataan akhbar dikeluarkan di sini.
  • Timbalan Perdana Menteri semalam mengingatkan Dr Chua agar tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan dan prasangka terhadap kaum lain.
  • Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata Dr Chua seharusnya bersikap lebih terbuka dan peka terhadap sensitiviti serta keperluan bangsa lain di negara ini.
  • “Apa pun yang hendak diperjuangkan, kepimpinan sesuatu kaum itu adalah hak mereka tetapi jangan dilihat menjejaskan kepentingan kaum yang lain.
  • “Umno, parti yang memperjuangkan nasib orang Melayu tetapi mengambil kira nasib kaum yang lain. Oleh itu, jangan menimbulkan keresahan dan kemarahan hanya kerana hendak mempertahankan resolusi dan sensitiviti dan hak kaum lain,” katanya.
  • Kata Muhyiddin, sasaran 30 peratus penguasaan ekuiti Bumiputera belum dicapai dan ia bukan tuntutan melampau di mana dalam keadaan yang sama, kaum Cina telah menguasai 40 peratus dalam ekonomi negara.
  • “Ini harus dilihat dalam konteks yang lebih besar. Tanpa pembahagian yang adil, kita lihat apa yang terjadi pada tahun 1969 (rusuhan perkauman)... saya berharap tidak akan berlaku lagi,” katanya.
  • Muhyiddin berkata dalam keadaan ekonomi pada masa kini, Dr Chua harus memahami dan menyedari penguasaan kaum Melayu masih belum mencapai sasaran, dan beliau perlu bersikap adil terhadap orang Melayu.
  • Dr Chua berkata, MCA sentiasa setia kepada perjuangan BN, tetapi pada masa yang sama perlu kekal relevan dengan memenuhi keperluan masyarakat Cina.
  • “MCA sensitif dengan peranannya dalam lingkungan Barisan Nasional tetapi kami ada peranan untuk dimainkan selaku parti kaum Cina, agar kita boleh kekal relevan.
  • Sehubungan itu kata beliau, kesetiaan MCA kepada BN tidak harus dipersoalkan memandangkan ia telah melalui detik-detik pahit dan manis apabila Umno berhadapan dengan situasi sukar.
  • “Ketika itu MCA telah memberikan sokongan bagi memastikan kemenangannya dalam pilihan raya,” kata beliau lagi.
  • Malah kata beliau, partinya tidak pernah mempersoalkan hak-hak istimewa orang Melayu, sambil menekankan bahawa tindakan afirmatif seharusnya berasaskan keperluan, merit dan mesra pasaran.
Kata Dr Chua, pihaknya juga memperjuangkan bahawa kaum Bumiputera turut wajar diberikan keistimewaan harga dalam sektor-sektor tertentu apabila ekonomi diliberalisasikan untuk pelaksanaan tender terbuka.
Sumber: Malaysian Insider
10 comments:

pada pendapat saya, mana-mana pemimpin perlu berusaha menyeimbangkan jurang sosioekonomi yang wujud pada masa ini.


Diharapkan kerajaan jangan lagi melibatkan isu perkauman dalam politik. Ini akan menjejaskan perpaduan antara rakyat. Biar isu perkauman/agama dipisahkan daripada politik.


selesaikan hal ini dgn baik, jgn kerana hal ini sahaja, MCA dan UMNO boleh berpecah.


Mana2 ayat yang kita guna mungkin disalah tafsir oleh orang lain... walaubagaimana pun kita menjaga pertuturan mesti ada saja yang tidak berkenan di hati orang lain, sebab lain orang lain pendapat dan pandangan.... dan saya rasa kedua2 pemimpin ini perlu duduk bersama untuk berbincang sebelum mengeluarkan persoalan di akhbar, kerana ini hanya akan menegangkan lagi keadaan...


tk perlulah nak perbesrkan hal ini, UMNO dan MCA harus meneruskan agenda mereka untuk memenangi pilihanraya nnti. selesaikan masalah ini dgn cara baik.


dalam arena politik penuh dengan konflik, salah faham, syak wasangka dan sebagainya. oleh itu, jangan libatkan isu2 sensitif dalam politik. walaupun rakyat semakin matang dalam memahami perkembangan semasa, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rakyat tidak akan terpengaruh dengan isu2 sensitif ini. sebaik2nya jika terdapat sebarang konflik atau perselisihan faham, sepatutnya mereka mencari penyelesaian melalui rundingan. tidak perlu dedahkan sana sini kerana pembangkang sememangnya menantikan peluang ini untuk memburukkan lagi keadaan.


saya harap tidak ada parti komponen yang menjadi duri dalam daging. selesaikan konflik ini secepat mungkin dan berikan tumpuan yang lebih kepada masalah2 rakyat dan negara.


Kita haruslah menjaga keharmonian antara kaum. Janganlah sengaja mengunakkan isu perkauman sebagai alat politik. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Tolonglah jangan menimbulkan masalah perkauman lagi.


sebaik2nya, perselisihan faham seperti ini diselesaikan melalui rundingan bagi mengelakkan sebarang kritikan dari pihak luar. atau lupakan sahaja hal ini dan beri tumpuan kepada masalah2 rakyat dan negara.


Lebih baik jika langsung tidak melibatkan isu perkauman dalam politik supaya penyelisihan faham tidak berlaku. Tumpukan semua perhatian dalam berkhidmat dan memimpin rakyat dan negara adalah apa yang penting.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails