

Presiden Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG), Dr. Toh Kin Woon berkata, semua isu perkauman yang meretakkan hubungan antara kaum tidak akan berlaku jika Umno tidak memulakannya.Menurut beliau politik perkauman yang melaksanakan dasar pecah dan perintah, pemuda Umno menghunus keris dan mengugut akan membakar Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, kenyataan diskriminasi perkauman secara terbuka oleh Ahmad Ismail dan Nasir Safar, unsur-unsur perkauman yang didoktrinasikan oleh Biro Tata Negara.
Justru itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.
Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.
Sumber: HarakahDaily
- "Tanpa semua tindakan ini, kita tidak akan dijangkiti virus perkauman," kata Kin Woon dalam satu kenyataan hari ini.
- Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pengetua sebuah sekolah di Johor yang mengeluarkan kenyataan 'pelajar Cina boleh pulang ke Cina' dan menyamakan gelang tangan yang dipakai pelajar India dengan rantai anjing.
- Tambahnya, sekiranya kerajaaan terus berdiam diri dalam isu tersebut, keyakinan rakyat terhaddap slogan "1Malaysia' yang diwarwarkan Najib akan hilang.
- "Lebih memeranjatkan ialah sehingga kini Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berdiam diri dalam isu-isu tersebut, ini mengakibatkan rakyat hilang keyakinan terhadap slogan inklusif umpamanya “Satu Malaysia”dan “Rakyat Didahulukan”yang diketengahkan Perdana Menteri," kata beliau lagi.
Beliau turut menyatakan kekesalan di atas sikap berdiam diri kerajaan Umno BN terhadap beberapa kenyataan berbau perkauman antaranya mengenai cadangan Majlis Perundingan NGO Melayu (MPP) dan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) yang mahu kerajaan menahan Presiden MCA, Chua Soi Lek di bawah ISA kerana menyokong cadangan kuota 30% bumiputera dimansuhkan.
Justru itu, Pusat Pembangunan Kebudayaan (LLG) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghapuskan ideologi perkauman yang didoktrinkan ke dalam masyarakat.Mereka berpandangan, isu perkauman yang timbul kini berpunca daripada doktrin perkauman yang diterapkan oleh Umno sejak dari dahulu lagi.



August 26, 2010 1:16 PM
jangan hanya pandai menuding jari, tetapi buat kajian secara menyeluruh terlebih dahulu berkenaan dengan puncanya. dengan bilangan penduduk melebihi 28 juta dan terdiri dari pelbagai bangsa dan agama, sudah tentu isu perkauman ini sukar dielakkan. ia wujud dalam diri individu itu sendiri. yang penting sekarang ialah peranan undang2 dalam memastikan keharmonian serta perpaduan di Malaysia terus terjaga. kerajaan perlu memastikan sesiapa sahaja yang menimbulkan isu perkauman ini akan dikenakan tindakan tegas tanpa mengira pangkat, bangsa dan politik..
August 26, 2010 1:20 PM
walau secekap manapun kerajaan, kalau rakyat tidak mampu mengawal perasaan, masalah ini tetap akan berlaku. lebih2 lagi dengan wujudnya parti2 pembangkang yang lebih berminat untuk meniup api perkauman, seolah2 masalah ini tidak akan ada penghujungnya.
August 26, 2010 1:28 PM
isu2 perkauman ini tak perlulah nak diperbesarkan, kita seharusnya bersatu da nsaling menghormati satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama.
August 26, 2010 1:42 PM
dalam hal ini, tidak perlu menyalahkan sesiapa. mana-mana pihak pun tidak harus memainkan isu perkauman. setiap orang perlu sama-sama berusaha untuk mengekalkan perpaduan negara.
August 26, 2010 1:59 PM
Bilakah kita akan betul-betul mencapai 1 Malaysia?
August 27, 2010 3:41 AM
isu perkauman tidak akan wujud sekiranya identiti satu bangsa dipraktikkan. contohnya bangsa Malaysia atau bangsa Amerika. pengenalan mayarakat atau komuniti dalam sesebuah negara berasaskan kaum perlu dihapuskan untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu.
August 27, 2010 3:47 AM
sudah sekian lama masyarakat di negara kita mengamalkan pengenalan berasaskan kaum dalam ekonomi dan sosial mahupun politik..contohnya seperti orang Melayu, orang India, orang Cina, orang Iban, orang kadazan dsbg. demikian juga pengenalan melalui kenegerian seperti Sabahan, Sarawakian, Kedahan dll. adalah amat sukar bagi kita mewujudkan sebuah negara bangsa jika masih ada unsur2 pengenalan melalui etnik, kaum, kenegerian dsbg.
August 27, 2010 3:50 AM
isu perkauman di Malaysia adalah diklasifikasikan sebagai isu sensitif kerana boleh memudaratkan kesejahteraan masyarakat dan negara seperti peristiwa 13 Mei. jika isu perkauman terus dimainkan oleh individu atau kumpulan tertentu maka negara kita menghala ke arah kehancuran dan kemusnahan..
August 27, 2010 3:56 AM
dari pengamatan saya, isu2 perkauman adalah boleh dikatakan jarang sekali diperdebatkan atau dipersoalkan di kalangan rakyat biasa..isu2 perkauman ini lebih kerap dimainkan oleh ahli2 politik yang mana kononnya untuk mempertahankan hak kaum mereka sedangkan sebenarnya isu2 ini digunakan sebagai alat politik bagi meraih sokongan dari rakyat agar mereka akan terus berkuasa..seharusnya ahli2 politik tidak mempersoalkan isu2 perkauman secara terbuka kerana akan mengundang rasa kurang senang di kalangan masyarakat di mana akhirnya akan bertukar menjadi kemarahan.
August 27, 2010 4:01 AM
menunding jari antara satu sama lain untuk dipersalahkan tidak menjanjikan apa2 perubahan yang positif. seharusnya para pemimpin bekerjasama antara satu sama lain bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dan negara terus terjamin untuk kehidupan yang lebih baik..kita masih boleh dikatakan sebagai masyarakat yang harmoni walaupun berbilang kaum, agama dan kepercayaan berbanding dengan negara2 lain di mana berlaku peperangan saudara dan 'pembersihan' kaum..kesejahteraan untuk semua harus dipraktikkan secara lebih berkesan demi bangsa dan negara..
August 27, 2010 9:41 AM
Walaubagaimanapun, janganlah kita mudah dipengaruh. Kita kenalah sentiasa ingat bahawa kita semua adalah orang Malaysia, kita perlulah bersatu.
Post a Comment