SUARA BEBAS TUARAN

UMNO Tidak boleh Terlalu Angkuh Dan Sombong Sehingga Ditolak Rakyat?

Labels:

TIMBALAN Presiden Parti UPKO, Datuk Wilfred Mojilip Bumburing mendesak pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) supaya berlaku adil dalam soal pengagehan kerusi DUN mahupun Parlimen di seluruh Sabah bagi mengekalkan pemerintahan BN di Sabah.
Dalam hal ini, Bumburing ingin menjelaskan bahawa sesiapa saja tidak boleh menafikan ekoran daripada kesan pembahagian kerusi yang dianggap tidak adil terhadap calon-calon parti komponen yang lain sehingga telah menimbulkan rasa tidak terkilan di kalangan para pemimpin kanan parti-parti komponen BN yang sedia ada.
  • Tegas Bumburing lagi, mereka takut untuk bersuara kerana bimbang dikritik hebat kerana parti UMNO adalah sebuah parti gergasi di negara ini yang menyebabkan pemimpin parti komponen BN yang lain semuanya tunduk dan akur apa sahaja dilakukan pemimpin UMNO.
  • “Sebenarnya mereka tidak sedar, tanpa penyatuan parti-parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC di Semenanjung Malaysia, BN tidak boleh menjadi Kerajaan Persekutuan. Samalah juga ceritanya di Sabah kerana tanpa PBS, UPKO, LDP, PBRS dalam komponen BN, sudah tentu BN tidak dapat membentuk kerajaan BN negeri Sabah yang stabil,” kata Bumburing lagi.
  • Sehubungan itu, Bumburing menjelaskan bahawa dalam konsep perkongsian kuasa BN, terutama UMNO tidak boleh terlalu angkuh dan sombong sehingga ditolak rakyat.
  • “Ekoran sikap sesetengah pemimpin BN yang bongkak, lihat apa yang terjadi di Pulau Pinang, Kedah yang merupakan kubu UMNO; Perak dan Selangor akhirnya menjadi kubu kuat pembangkang. Nasib baik Perak dapat ditebus semula melalui proses mahkamah,” jelasnya.
Oleh itu, Bumburing mendesak agar semua pemimpin BN mengamalkan konsep toleransi dan mengukuhkan kerjasama secara setia kawan dan telus bagi mengekalkan kuasa BN yang kini hebat diancam perpecahan akibat kumpulan desperado di dalam BN.
sumber: SK
25 comments:

untuk mengekalkan kuasa di Sabah, BN wajib hapuskan sebarang amalan atau tindakan yang ditentang rakyat, dan jangan tutup mata dengan permasalahan rakyat. good luck..


Betul, keangkuhan ini boleh menjejaskan imej Umno terhadap rakyat.


Semua orang wajar mengamalkan sikap rendah diri.


semua pihak dalam BN perlulah bersatu hati dan mendahulukan kepentingan rakyat. hak dan permasalahan rakat adalah pekara utama yang perlu diambil berat. dengan cara itu rakyat akan terus menerima BN.


UMNO-BN harus bersikap rendah diri namun pada masa yng sama terus berusaha utuk mendapatkan sokongan rakyt dgn mendekati rakyat dan peka terhadap keadaan rakyat.


If it's true, then their high and mightiness and arrogance will only lead to their downfall.


seharusnya kita harus bersikap rendah diri dan jangan bermegah kerana nescaya jika angkuh, megah dan sombong akan membawa kepada kejatuhan...pada masa itu, kemungkinan untuk bangkit semula adalah tipis...


harus diingat bahawa tanpa sokongan daripada parti2 komponen yang lain, kerajaan UBN tidak akan wujud seperti sekarang..oleh itu, hak dan kepentingan parti kompenan lain juga harus dipertimbangkan dan bukannya disisihkan...


Pemimpin yang bersikap rendah diri akan sentiasa disanjungi oleh rakyat.


Jika benar UMNO angkuh, silalah ubahkan sikap kamu jika hendak terus diterima Rakyat.


Tidak lama lagi pilihan raya akan datang. Kalau UMNO/BN masih berterusan bersikah angkuh, memang susah untuk UMNO/BN mendapat support dari Rakyat.


Umno/BN haruslah sentiasa utamakan kepentingan Rakyat. That is the key to win the Rakyat's heart.


Such attitude like that will only bring the UMNO down.


semangat setia dan kerjasama harus diutamakan agar kerajaan BN akan terus utuh...


yang penting, rakyat haruslah didahulukan, pencapaian diutamakan...


pemimpin yang disukai adalah pemimpin yang bersikap rendah diri tp berkebolehan dalam menjalankan tanggungjawabnya.


Ikut resam padi, semakin tunduk bila berisi - konpom disegani ramai :)


Semoga umnobn akan dapat berkhidmat dengan penuh rendah hati :) All the best!


Rakyat pastinya akan terus memeberikan sokongan tanpa berbelah bagi jika umnobn menjalankan amanah dengan baik dan tulus ikhlas.


Untuk terus mendapatkan sokongan daripada rakyat, Umno perlulah bersikap rendah diri.


Keangkuhan membawa padah pada BN. Jika tidak ditangani dengan cara betul, BN bakal dinafikan dalam PRU 13 akan datang.


Kerana terlalu selesa menjadi pemimpin, ramai antara pamimpin UMNO bersikap angkuh dan sombong. Seolah-olah 'standard' mereka lebih tinggi dari rakyat biasa.
Akibatnya reputasi parti tercemar.


Benar kata penulis. Pemimpin UMNO sekarang harus meneladani sikap pemimpin UMNO yang mengasaskan parti ini.


Jangan lupa UMNO hari ini adalah hasil dari sokongan padu rakyat. Tanpa sokongan rakyat, apa akan terjadi pada UMNO?


Sikap angkuh mesti dihapuskan dikalangan pemimpin UMNO. Jangan menyesal kemudian hari.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails