
Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani menyifatkan kesediaan keraajaan membenarkan guru berpolitik bukannya ikhlas tetapi usaha terdesak menggamit sokongan politik.Bagaimanapun, beliau percaya hasrat kerajaan Umno Barisan Nasional itu hanya memerangkap diri kerana semakin ramai kakitangan kerajaan termasuk guru, cenderung menyokong Pakatan Rakyat.
Peraturan 21(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dipinda bagi membolehkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 termasuk guru, bertanding, dilantik atau memegang jawatan dalam parti politik berkuat kuasa 1 Ogos ini.- Tindakan kerajaan itu mungkin didasari betapa guru adalah antara golongan terbesar dalam Umno ketika peringkat awal parti itu ditubuh tetapi suasana masa kini, pastinya berbeza.
- Bercakap kepada TV Selangor, Abdullah Sani berkata golongan guru selama ini dinafikan hak untuk berpolitik dan mengubah keputusan itu menggambarkan Umno BN cuba mencari sokongan.
- “Ini dipanggil sebagai terdesak. Dalam keadaan sebelum ini dari merdeka sampai sekarang tidak dibenarkan,” katanya yang optimis hasrat kerajaan Umno BN itu tidak kesampaian, bahkan memakan diri.
- “Umno ini sudah ranap jadi dia nak cari ruang yang ada dan ruang inilah dia nampak boleh tetapi percayalah ini akan menerima padah balik kepada dia.
- “Bukan semua guru sokong dia dan percayalah guru bukan kelompok bodoh,” katanya lagi.
Pengarah Penerangan Selangor, Ustaz Badrul Amin pula mengalu-alukan keputusan tetapi mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati dan wajar curiga dengan niat terselindung pimpinan Umno BN.“Ya kita alu-alukan sekiranya keputusan itu membawa kebaikan kepada rakyat tapi jangan keputusan itu dibuat kerana agenda tertentu bukan untuk kepentingan rakyat tapi untuk kepentingan mereka,” katanya.



August 10, 2010 11:44 AM
Saya masih was-was dengan cadangan ini, adakah ia betul-betul membawa kebaikan kepada negara dan rakyat?
August 10, 2010 1:23 PM
membenarkan guru2 berpolitik diharap tidak akan menjejaskan peranan guru sebagai pendidik.
August 10, 2010 1:35 PM
langkah membenarkan guru berpolitik tidak perlu dilihat sebagai agenda politik. guru-guru tidak dilarang untuk menyertai mana-mana parti politik. ini menunjukkan guru-guru boleh membuat pilihan masing-masing dalam menyatakan sokongan mereka.
August 10, 2010 1:36 PM
it is actually a good move allowing teachers involve themselves in the politics, but the moves should comes with a guideline or some sort of "sets of rules" to regulate the teachers involvement...
August 10, 2010 1:42 PM
golongan pendidik berpolitik, kini golongan pelajar(siswazah) pun dipertimbangkan untuk berpolitik. jangan sampai unsur2 politik ini menyerap masuk dalam kelas atau peperiksaan yang mungkin boleh mengundang diskriminasi politik.
August 10, 2010 2:53 PM
I still think it shouldn't be implement coz I was wondering if it will beneficial for the people.
August 10, 2010 10:42 PM
Saya rasa tidak payahlah guru2x dibenarkan berpolitik. Let teaching be their priorities and not politics.
August 10, 2010 10:55 PM
"Usaha Membenar Guru2 Berpolitik Petanda UBN Terdesak Menggamit Sokongan Politik?."
hmmm..Most probably.
August 10, 2010 11:10 PM
I have doubts about the idea of allowing teachers involve in politics.. But whatever it is, I do hope the government will make the right choice.
August 11, 2010 8:40 AM
biarlah guru tumpukan kepada mendidik anak2 muda.
August 11, 2010 8:15 PM
Terus terang saya sendiri kurang senang dengan idea ni... terlalu banyak pros & consnya... huhu
August 11, 2010 8:16 PM
Tapi kalau kajian mendalam dah dibuat dan cadangan ni mahu dilaksanakan, saya sokong juga :)
Asalkan belakang hari tak timbul masalah:P hehe
August 11, 2010 8:18 PM
Saya cuma harap agar guru2 akan lebih bersedia dan tahu menyeimbangkan t/jawan sbg guru dan juga kegiatan berpolitik :)
August 11, 2010 8:19 PM
Ya mantra. Saya pun harap peranan guru utk mendidik murid tidak terjejas!
August 11, 2010 8:21 PM
Ya eika. Walaupun saya agak risau akan kebenaran yg diberikan kpd guru, namun ada betulnya juga apa yg ko cakap tu. Guru pun ada hak utk menyatakan sokongan mereka :)
August 12, 2010 9:59 AM
Saya rasa cadangan ini perlulah difikir dahulu sebelum dilaksanakan.
Post a Comment