SUARA BEBAS TUARAN

Warga Asing Menjual Barangan Di Pasar Am Jauh Lebih Murah Dari Warga Tempatan?

Labels:

Baru-baru ini orang ramai di Sabah telah mengadu bahawa terdapat ramai bukan warga tempatan menjaja di pasar am disini.
Aduan itu mendakwa kehadiran bukan warga tempatan menjaja di pasar am itu menjual barangan mereka jauh lebih murah sehingga menjejaskan pendapatan penjaja warga tempatan
  • Justru itu, Penyewa meja gerai dan pasar diberi amaran supaya tidak mengalibabakan lesen mereka kepada orang lain atau kepada warga asing untuk mengelakkan lesen meja dan gerai mereka ditarik balik oleh majlis daerah setempat.
  • Sekiranya didapati mereka melakukannya, jawatankuasa gerai dan pasar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dan menarik balik lesen dan memberikannya kepada warga tempatan yang benar-benar berminat berniaga.
  • “Setiap pemilik lesen dan meja perlu berada di meja masing-masing semasa menjaja atau menjalankan perniagaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Gerai dan Pasar Yunus Rajah semasa menyampaikan kad khas untuk penjaja dan peniaga di pasar tamu pada Jumaat lalu.
Yunus seterusnya memberitahu jawatankuasa gerai dan pasar dengan Penguatkuasa Majlis Daerah akan mengadakan pemeriksaan pada bila-bila masa saja untuk memastikan penjaja mematuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh majlis daerah.
Sumber: NST
9 comments:

warga tempatan yang mempunyai lesen tidak seharusnya mengalibabakan lesen kepada warga asing. ini hanya akan menjejaskan peluang warga tempatan lain untuk berniaga.

peniaga tempatan juga perlu berusaha mengenakan harga yang lebih berpatutan agar gerai mereka lebih dikunjungi.


tidak dinafikan mmg ramai penjaja di pasar am terdiri daripada warga asing, hasil jualan mereka juga lebih baik berbanding warga tmpatan, hal ini perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana kepentingan warga tempatan boleh terjejas.


Penyewa meja gerai dan pasar tidak patut mengalibabakan lesen mereka kepada sesiapa-siapa sahaja terutamanya warga asing. Ia sungguh tidak adil kepada penjaja warga tempatan yang menjaja di tempat tersebut.


Diharapkan semua penyewa meja gerai dan pasar menuruti undang-undang yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa gerai dan pasar.


pihak yang bertanggungjawab patut sentiasa melakukan pemeriksaan tanpa menunggu aduan dari orang ramai mahupun penjaja warga tempatan.


Kita kenalah siasat dahulu, mengapa mereka dapat menjual barangan dengan lebih murah? Adakah disebabkan barangan tersebut memang murah tapi penjual tempatan sengaja menjual dengan harga lebih tinggi, ataupun penjajah asing ini membawa barangan mereka masuk secara penyeludupan, ataupun barangan yang dijual itu barangan murahan yang senang rosak? Adakah penjajah ini ada lesen runcit ataupun dokumen sah untuk memasuki negeri kita?


jika pasar am dipenuhi oleh peniaga warga asing, bagaimana dgn nasib peniaga2 tempatan? hal ini tak dibiarkan berterusan. peniaga tmpatan juga tidak seharusnya membenarkan warga asing menggunakan lesen mereka untuk berniaga.


Sepatutnya peniaga warga tempatan harus diberikan keutamaan but still local also have to give reasonable prices.


Apa-apa pun, siasatlah dahulu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails