SUARA BEBAS TUARAN

Yang Pasti "There Is No Place Like Home And Malaysia Is My Only Home"

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 yang jatuh hari ini hanya datang setahun sekali. Itu adalah satu hakikat. Pun begitu, ia tidak bererti rakyat dan para pemimpin politik boleh mengambil mudah terhadap sambutan tersebut.
Saban tahun dapat diperhatikan bahawa pihak Kerajaan meminta rakyat negara ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang. Pelbagai kempen kesedaran dan publisiti diperhebatkan dalam media massa tempatan dengan harapan ia dapat menarik perhatian rakyat.
  • Hinggakan beberapa pemimpin tertinggi negara turut serta untuk menyeru rakyat seolah-olah membayangkan bahawa tahap patriotisme rakyat negara ini begitu rendah. Persoalannya di sini apakah pendekatan kerajaan untuk menyeru rakyat untuk mengibar Jalur Gemilang tahun demi tahun perlu diteruskan?
  • Rakyat sebenarnya tidak perlu diingatkan berkali-kali oleh kerajaan untuk mengibar Jalur Gemilang. Negara ini adalah kepunyaan kita semua. Di tanah tercinta inilah di mana darah kita ditumpahkan. Di sinilah juga kita dilahirkan dan satu hari nanti, di sinilah kita akan disemadikan.
  • Walau apapun kekurangan dan kepincangan yang wujud dalam negara, ia tetap negara kita. Malaysia pada hakikatnya adalah sebuah negara yang cukup bertuah. Bertuah dalam pelbagai aspek.
  • Tiada bencana alam yang serius, tiada pergolakan politik yang meragut nyawa bahkan masyarakat negara ini adalah sebuah masyarakat yang sederhana dan tidak ekstrem sifatnya. Kalau adapun, ia adalah minoriti.
  • Setiap daripada kita mempunyai peranan dalam membangunkan tanah air tercinta ini. Janganlah biarkan perbuatan segelintir pihak yang berkepentingan, yang mempunyai hajat untuk merosakkan segala yang kita capai selama ini daripada menghalang kita untuk membina sebuah negara yang bersatu yakni satu Malaysia.
  • Satu Malaysia yang ingin dilihat satu hari kelak adalah sebuah masyarakat yang tidak lagi bercakap mengenai kaum mereka. Satu Malaysia yang dihajati turut memperlihatkan kematangan rakyat menerima kepelbagaian kebudayaan, agama dan sensitiviti antara satu sama lain. Sikap toleransi harus memberi laluan kepada kesediaan menerima kehadiran sesama warga.
  • Di mata Yang Maha Esa, segalanya adalah mungkin. Kepelbagaian agama, budaya dan ras merupakan kekuatan dan keistimewaan Malaysia. Justeru, marilah kita sama-sama manfaatkan sepenuhnya kekuatan demi negara.
  • Elakkan daripada bersikap prasangka, hasad-dengki dan sentiasa membenci antara satu sama lain. Elakkan juga daripada mempunyai sikap untuk berhijrah ke negara lain hanya semata-mata apabila sesuatu yang dihajati tidak kesampaian.
  • Seseorang yang cuba mengelakkan daripada berhadapan dengan cabaran ataupun permasalahan secara head-on, sebenarnya merupakan mereka yang takut menghadapi realiti.
  • 53 tahun kemerdekaan bermakna negara kita tua setahun. Tetapi dari satu aspek, ia juga bererti bahawa lebih banyak lagi cabaran yang bakal menanti Malaysia. Cabaran berkenaan mungkin boleh hadir dalam pelbagai bentuk.
  • Tatkala kepimpinan negara terdahulu dan sekarang berhadapan dengan isu pengurusan kaum, selepas ini mereka pula akan berhadapan dengan kebangkitan generasi muda yang berfikiran lebih terbuka, yang mempunyai kesedaran politik yang lebih matang. Evolusi psikik pemikiran masyarakat setempat yang dahulunya berpaksikan kepada isu-isu lokal kini mungkin beralih kepada isu-isu sedunia yang lebih mendesak seperti demokrasi, hak asasi manusia dan alam sekitar.
  • Segala pengorbanan serta jerih-payah yang dicurahkan oleh para pejuang kemerdekaan negara tidak wajar dipersiakan sebaliknya dijadikan sebagai pedoman berguna untuk generasi akan datang.
  • Generasi muda kini tak kira Melayu, Cina mahupun India perlu diterapkan dengan semangat patriotisme dari awal lagi. Apabila semangat ini diterapkan lewat, ia mungkin tidak berkesan lagi. Dan usaha tersebut haruslah bermula dari sekarang! Masa tidak menunggu kita!
Di kesempatan ini juga, para pemimpin politik dari kedua belah pihak baik dari kerajaan mahupun pembangkang, diseru untuk mengetepikan perbezaan ideologi politik anda dan memperingati Hari Kemerdekaan negara dalam cara yang tersendiri. Doakanlah juga agar Malaysia akan sentiasa diberkati dengan keamanan dan kesejahteraan yang berkekalan.
Yang pastinya, “there is no place like home, and Malaysia is my only home’’

Sumber: Markus Lim - Utusan Malaysia, Malaysian Insider
10 comments:

Kita semuanya orang Malaysia. Kita patut bersatu dan menjaga hubungan yang baik antara satu sama lain tanpa menghiraukan perbezaan kita. Tidak kira apa warna kulit kita, budaya, bangsa ataupun agama. Kita semuanya 1 Malaysia.


Malaysia adalah tanah air kita, saya bertuah menjadi rakyat Malaysia yang aman makmur!


Definitely agree with this statement,"There is no place like home and Malaysia is my only home"


sebagai rkyat malaysia, kita mesti mempertahankan tanah air kita. jagalah keharmonian yang dikecapi.


Yes..There is no place like home and no matter how far you are traveling, in the end you come back to where you were born...


sebagai rakyat Malaysia kita perlu sama-sama berusaha mengekalkan keharmonian kaum yang wujud dinegara kita.


setiap rakyat Malaysia juga berperanan dalam mengisi kemerdekaan ini. semoga negara kita sentiasa menjadi lebih baik dari masa ke masa.


Kita seharusnya bersatu dan menjadi 1 keluarga, 1 Malaysia. Kita sama-sama menyumbang kepada negara, dan budaya yang berlainan di sini adalah tumpuan pelancongan. Tanpa salah satu daripada kita, tak mungkin kita boleh berada di mana kita sekarang. Bersatulah.


We are all Malaysian, and born to be one. We should be proud and stand up for each other.


Kita perlu saling menghormati bangsa, agama dan budaya masing masing. Marilah kita bersama-sama mencapai 1 Malaysia.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails