SUARA BEBAS TUARAN

Zahid Hamidi Tuduh Nama Guan Eng Di Sebut Dalam Doa Khutbah Jumaat?

Labels:

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Datuk Hasan Ahmad sedang meneliti dan menyiasat isu nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng ada pada doa kedua khutbah Jumaat yang menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Menurutnya, memang dibolehkan nama orang bukan Islam jika sekiranya berdoa untuknya mendapat hidayah daripada Allah SWT.
  • "Jabatan Mufti sedang meneliti dan menyiasat apa yang diperkatakan itu. Semua keterangan akan dimaklumkan kemudian pada media," ujarnya yang tidak mahu mengulas lanjut.
  • Jelasnya, doa ada dua kategori iaitu doa untuk kesejahteraan atau mendapat hidayah manakala menukar nama Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan Ketua Menteri dianggap tidak lojik.
  • Semantara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku bahawa beliau sendiri tidak mengetahui yang namanya disebut dalam doa dan khutbah Jumaat menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
  • "Saya tidak sedar dan tidak mengetahui wujudnya penggunaan nama saya dalam khutbah kedua (sebelum) solat Jumaat sebagaimana didakwa, maka sudah tentu nama saya tidak harus (atau) tidak boleh digunakan," ujarnya petang tadi pada majlis berbuka puasa bersama wartawan media-media alternatif di sebuah restoran di sini, malam ini.
  • Baginya, dakwaan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang bermotif politik provokasi.
  • "Saya pun hairan bagaimana hanya masjid tertentu di Kepala Batas dan Tasek Gelugur saja yang berlaku demikian," soalnya sambil tidak menolak kemungkinan isu tersebut sebagai provokasi pihak tertentu.
Sehubungan itu, Abdul Malik Kassim, Exco kerajaan negeri menasihatkan Ahmad Zahid kembali bertaubat sempena kemuliaan bulan Ramadhan ini sekiranya dakwaannya itu adalah tidak benar.
Beliau berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.
Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.
Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.
Sumber: HarakahDaily, TV Selangor
9 comments:

Zakaria Ahmad (Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan bahawa semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang. Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad. Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat.


hal ini perlu disiasat agar tidak timbul kekeliruan.


Dalam politik ini Gaun Eng tidak perlu hairan. Guan Eng sendiri pun mungkin pernah melakukan perkara yang sama saja dan itu sudah pastikan. Jadi rasakanlah sendiri apabila menjdai KM P.Pinang. Tidak perlu mahu menafikan lagi perkara sebegini. PR pun sama juga, isu kecik pun mahu dibesarkan.


aisshh, ada2 ja.. harap hal ni dapat diperjelaskan dengan baik supaya tak menimbulkan salah faham!


Apapun saya harap hal tak perlu lah diperjelaskan. Jangan buat apa2 andaian sebelum pihak2 berkenaan tampil buat penjelasan.


Hal ini pun mahu dipolitikkan. Saya rasa tidak salah doa pemimpin sejahtera.


Apa sebenarnya yang terjadi ini? Perkara ini perlu mendapatkan penyiasatan yang wajar.


Stop provoking each other. It doesn't do anything good to the party and the people.


Haiz, rupanya satu lagi mainan politik.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails