SUARA BEBAS TUARAN

130,134 Penduduk Sabah Maseh Belum Mohon Mykad

Labels:
Seramai 130,134 orang penduduk Sabah yang mempunyai tuntutan kewarganegaraan berusia antara12 hingga 16 tahun masih belum memohon Kad Pengenalan atau MyKad dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN sehingga akhir Julai tahun ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, walau bagaimanapun sejumah 108,706 permohonan MyKad kali pertama telah dicatatkan dalam tempoh antara Januari hingga Ogos tahun ini.
Bercakap kepada pemberita, pada persidangan media selepas mengadakan lawatan kerja ke JPN Sabah di sini, kelmarin, Chee Leong berkata, permohonan kad pengenalan penduduk tetap (MyPR) telah mencatatkan sebanyak 4,647 permohonan.
Selain itu, JPN Sabah juga telah menerima pemohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan (DLKP) warganegara sebanyak 1,177 permohonan dalam tempoh yang sama.
Chee Leong juga berkata, pada tahun ini juga permohonan kewargenegaraan boleh diterima di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Sabah, berbanding tahun-tahun sebelum ini di mana permohonan kewarganegaraan hanya boleh diterima di cawangan yang besar sahaja iaitu di JPN Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
Sehubungan itu, katanya, JPN Sabah telah merekodkan permohonan kewarganegaraan sebanyak 3,796 permohonan sepanjang tahun ini.
Sumber: NST
17 comments:

Rakyat perlu memohon Mykad bila mencapai umur 13. Masalah akan timbul dan proses pemohonan akan menjadi lebih rumit jika asyik menangguh.Kerajaan perlu memudahkan rakyat dalam proses pemohonan.


bagi penduduk Sabah yang belum memohon Mykad, perlulah melakukan permohonan. ini bagi membolehkan anda memiliki Mykad.


mana2 rkyat malaysia yang belum memohon mykad tu, mohonlah dgn segera, mykad adalah penting dalam urusan harian kita.


penduduk Sabah yang belum memohon Mykad perlulah memohon. ia adalah penting dan amat berguna kepada kita sebagai rakyat Malaysia.


tidak sangka masih ramai penduduk sabah yang tidak mempunyai mykad atau kad pengenalan..


semua rkyat malaysia perlu memohon mykad, mykad amat penting sebagai bukti bahwa kita warganegara Malaysia.


Selesaikan masalah mereka dengan cepat kerana susah jika tidak mempunyai mykad..


Kerajaan perlu memastikan mereka adalah penduduk yang sah dengan memberikan mereka permohonan Mykad.


penduduk tulin Sabah harus mendapat MyKad...


permohonan MyKad harus diteliti sehalus-halusnya...dan bagaimana JPN Sabah terbit dengan jumlah 130134?


ramai ibu-bapa masih tidak sedar akan kepentingan MyKad...adakah semua penduduk tersebut di dalam atau luar bandar?


Fuhyoooooo, biar betul ni. Punyalah ramai.. huhuhu


Tapi kenapa juga ba nda p pohon? Takkan mahu minta dihantar p Avatar. hahhaa


So kepada yang belum ada MyKad tu buatlah apa yang patut. Jangan biarkan diri anda takda pengenalan diri.


Saya harap pihak2 yang berkaitan pantaulah keadaan ini, dan bantu para penduduk yang belum ada MyKad.


Tapi saya mahu tanya bah, kalau ada MyKad tapi mahu tukar nama atau tambah alias, boleh ka tu? hehhee
Saja mahu tau, manalah tau boleh:P


Ada kebanyakan rakyat yang berada di kawasan yang jauh dari bandar sukar memohon MyKad, ataupun tidak mengetahui bahawa seorang rakyat itu wajib memohon bila cukup umur.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails