SUARA BEBAS TUARAN

156 Rakyat Malaysia Jadi ‘Kambing Hitam’ Pengedar Dadah AntaraBangsa

Seramai 156 rakyat Malaysia, termasuk dari Sabah dan Sarawak telah dijadikan sebagai ‘kambing hitam’ oleh rangkaian pengedar dadah antarabangsa.
Timbalan Menteri Luar Malaysia, Datuk Richard Riot(gambar) berkata, jumlah rakyat negara ini yang dijadikan mangsa sindiket dadah antarabangsa itu semakin membimbangkan dan menakutkan.
  • “Bagi kita di kementerian, masalah ini merupakan perkara yang sangat serius kerana kebanyakan yang tersabit dengan kesalahan bakal menghadapi hukuman yang amat berat iaitu hukuman maut jika didapati bersalah.
  • “Kebanyakan rakyat kita yang ditangkap kerana dadah di luar negara adalah disebabkan tewas dengan pujuk rayu serta mudah diperalatkan oleh pihak sindiket.
  • “Di Singapura sahaja pada masa ini, seramai enam orang warganegara kita sedang menunggu keputusan perbicaraan dan jika sabit kesalahan mereka akan menghadapi hukuman maut berkaitan dadah,” katanya.
  • Baru-baru ini pada bulan Ogos yang lepas, menurut beliau, dua orang wanita warganegara ini juga telah ditangkap di luar negara setelah diperalatkan oleh pihak sindiket.
  • “Modus operandi yang kebanyakannya dijalankan warga negara asing ini, untuk menjerat wanita kita ialah dengan menjadikan mereka sebagai kekasih iaitu dengan cara mengumpan wanita negara kita dengan hadiah yang mewah-mewah untuk menunjukkan yang mereka itu benar-benar sayang dengan pasangan mereka itu,” kata Ricard.
  • Menurut Richard, kebanyakan kes yang berkaitan dan pengumpanan dan dadah ini adalah melibatkan lelaki berkulit hitam tetapi enggan menyatakan negara asal mereka yang terlibat itu.
Dalam pada itu, Richard mengingatkan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya masyarakat dari kawasan luar bandar agar tidak terpengaruh dengan mana-mana warga asing yang tidak dikenali, yang cuba untuk mendekati mereka ataupun disuruh untuk membawa barangan kiriman mereka keluar negeri kerana pihak sindiket ini sentiasa berusaha untuk mempengaruhi mereka yang lalai untuk dijadikan ‘budak suruhan’ bagi membawa dadah.
Sumber: BP
15 comments:

nampaknya ramai rkyat Malaysia yang teleh menjadi 'kambing hitam' pengedar dadah antarabangsa. kita harus lebih berhati hati agar tidak menjadi mangsa pengedar2 dadah ini.


sentiasalah berhati-hati..jangan sampai jadi mangsa penipuan sindiket dadah.


Kepada rakyat Malaysia janganlah mudah ditipu dengan kemewahan yang dijanjikan oleh orang yang kita tidak kenali. Ini boleh mengundang seperti yang berlaku sekarang. warga asing cuba untuk menggunakan rakyat malaysia sebagai orang suruhaan mereka untuk membawa dadah kemana mereka mahu. Jadi, janganlah terpedaya dengan semua itu.


Ya, jangan mudah dipengaruh oleh sesiapa pun.


Semua masyarakat terutamanya perempuan harus diingatkan untuk menjaga diri baik2x dan janganlah cepat dipegaruhi dengan mana-mana warga asing yang tidak dikenali, yang cuba untuk mendekati ataupun disuruh untuk membawa barangan kiriman mereka keluar negeri.


Peringatan Richard harus diambil serius. Semua rakyat malaysia harus pandai menilai mana yang betul dan mana yang salah. Jangan cepat dipengaruhi oleh orang.


sindiket ini akan terus menjadikan Malaysia sebagai sasaran jika rakyat masih membenarkan diri mereka terus ditipu dan diperalatkan. oleh itu, amalkan sikap berhati2 dan jangan mudah percaya..


Sebaik mana sikap berhati-hati kita itu pun tidak cukup untuk menjadikan kita 'kebal'. Sebaiknya pendedahan secara berterusan dan besar-besaran adalah salah satu cara untuk mendidik masyarakat kita, tidak kira tua atau muda.


Mudah terpedaya dengan gaji yang ditawarkan dengan janji-janji manis oleh sindikit tersebut akhirnya menjadi mangsa. Siapa yang perlu dipersalahkan? Maka siasatan harus dijalankan untuk menangani masalah ini dari terus berlaku.


Hargai Malaysia dan menghargai diri dari terpedaya oleh sindikit yang akan memperalatkan anda. Padahnya diri menjadi mangsa dan nama Malaysia turut tercemar.


kita berhati hati agar tidak dijadikan kambing hitam bagi pengedar2 dadah, jika kita diarahakan membawa seseuatu bungkusan, kita hendaklah mengetahui isi kandungannya. ini perlu agar kita tidak menjadi mangsa sindiket ini.


keadaan ini berlaku,disebabkan sikap masyarakat kita yang terlalu cepat percaya kepada orang asing yang baru mereka kenali tanpa mengambil kira maksud di sebalik kebaikan yang diberi.


seharusnya masyarakat kita harus sedar bahawa setiap tawaran lumayan yang diberi pasti ada udang di sebalik batu.lebih-lebih lagi sekarang ini kita telah mendegar banyak kes penipuan terhadap masyarakat tempatan berkaitan dadah.


di samping itu, masyarakat haruslah lebih banyak membaca bagi mengetahui isu2 semasa terutama sekali berkaitan dengan sindiket penipuan/dadah antarabangsa..janganlah kita menjadi mangsa seterusnya disebabkan oleh kejahilan kita sendiri..


Pengedaran dadah adalah kesalahan yang besar di mana-mana negara. Hukuman mati akan dikenakan jika didapati membawa masuk dadah.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails