

Sambutan Hari Malaysia pada Khamis ini begitu signifikan kepada rakyat Sabah, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin.
Beliau berkata, ia kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.
Justru itu, Lajim menyeru semua lapisan masyarakat di Sabah supaya sama-sama menyambut Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.
Sumber: Bernama, BH
Beliau berkata, ia kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia.
Justru itu, Lajim menyeru semua lapisan masyarakat di Sabah supaya sama-sama menyambut Hari Malaysia yang julung kali diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu sebagai memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.- “Inilah masa kita melihat erti kemerdekaan terutama perubahan daripada segi pembangunan yang dilaksanakan di negara ini khususnya di Sabah.
- "Jelas sekali Sabah kini sudah semakin maju berbanding masa sebelum pembentukan Malaysia,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka beliau sempena Hari Raya di kediamannya di Kampung Klias, dekat sini, hari ini.
- Lajim yang juga ahli Parlimen Beaufort, berkata sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini boleh dijadikan landasan untuk rakyat pelbagai kaum di negara ini memahami sejarah pembentukan Malaysia.
“Kita tidak mahu ada kekeliruan di kalangan rakyat negara ini mengenai tarikh kemerdekaan. Kini kita menyambut Hari Merdeka dan juga Hari Malaysia dan kedua-dua sambutan ini mempunyai latar belakang sejarah tersendiri yang harus difahami.- "Kita harap dengan pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan khususnya Hari Malaysia, tiada lagi pihak yang cuba memutarbelitkan tarikh itu untuk tujuan tertentu,” katanya.



September 14, 2010 8:58 AM
Selamat Hari Kemerdekaan Sabah.
September 14, 2010 9:15 AM
Sambutan hari Malaysia membolehkan kita mengingat sejarah pembentukan Malaysia. kita semua perlulah memahami sejarah dengan baik agar semangat cintakan negara sentiasa menebal dalam diri.
September 14, 2010 9:21 AM
16 september adalah hari kemerdekaan negeri Sabah dan hari Pembentukan negara Malaysia, kita harus menghayati hari bersejarah ini.
September 14, 2010 11:09 AM
sebagai rakyat malaysia, kita wajib menghormati dan menghayati detik2 hari bersejarah ini.. selamat hari Malaysia.
September 14, 2010 11:42 AM
"...kerana tarikh itulah rakyat negeri ini mencapai kemerdekaan menerusi pembentukan Malaysia."
Bukan sabah sudah merdeka sebelum penggabungan itu berlaku.???
September 14, 2010 11:55 AM
sambutlah 16 september nnti dgn jiwa penuh patriotik
September 14, 2010 1:44 PM
16 September- A date to remember. Happy Sabah Independence day!
September 14, 2010 1:45 PM
sambutan Hari Malaysia membolehkan kita mengenang kembali peristiwa penting dalam sejarah negara. semoga ianya dapat menguatkan lagi semangat cintakan negar kita.
September 14, 2010 1:53 PM
Kepada semua lapisan masyarakat di Sabah, mari kita bersama-sama menyambut Hari kemerdekaan negeri Sabah dan hari Pembentukan negara Malaysia di padang Merdeka, KK. Adalah penting untuk memperingati sejarah dan pengorbanan pemimpin lampau yang menjayakan pembentukan Malaysia.
September 14, 2010 3:55 PM
Selamat menyambut hari kemerdekaan.
September 14, 2010 9:12 PM
16 Sept 1963 adalah tarikh Sabah dan Sarawak bergabung dengan Malaysia dan bebas dari penjajahan British. pandangan saya, jika tiada kemerdekaan 31 Ogos 1957 maka 16 Sept 1963 pun tidak mungkin jadi realiti!
September 14, 2010 9:14 PM
apapun hayatilah kebebasan yang ada di Malaysia dan Sabah khususnya
September 14, 2010 11:22 PM
Semoga sambutan hari kemerdekaan kali ini akan lebih meriah dan penuh bermakna.
September 15, 2010 9:55 AM
Marilah kita sama-sama merayakan hari kemerdekaan Sabah besok.
September 15, 2010 11:25 AM
Tarikh ini akan diingati oleh seluruh Rakyat Malaysia biarpun sudah terlewat untuk orang SM mengetahui erti sebenar tarikh ini. Sedangkan ada juga iklan2 yang ditayangkan, perbualan antara dua orang yang mana seorang itu tidak mengetahui bahawa tarikh 16 September merupakan pembentukan Malaysia...
September 15, 2010 1:10 PM
kita harus mengingati sejarah negara kita...16 september 1963 adalah tarikh di mana Malaysia dibentuk..
September 15, 2010 1:12 PM
sejarah negara harus dipelajari dan difahami oleh segenap lapisan masyarakat..
September 15, 2010 1:14 PM
sabah telah banyak membangun hasil daripada usaha kerajaan untuk kesejahteraan rakyat. usaha pembangunan ini harus diteruskan dengan kerjasama antara semua pihak..
September 15, 2010 1:18 PM
perakuan hari malaysia sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat terutama sekali di sabah dan sarawak. kerana pada tarikh inilah Malaysia terbentuk..seharusnya hari Malaysia diakui sejak awal pembentukkan malaysia dan akhirnya menjadi kenyataan..terima kasih kepada pemimpin2 yang tidak jemu2 mendebatkan serta memperjuangkan agar hari malaysia diakui..
September 15, 2010 1:19 PM
selamat hari malaysia kepada seluruh rakyat malaysia..
September 16, 2010 10:11 AM
Hari ini pada 47 tahun yang lalu, Sabah melakar sejarah dengan penyertaan keluarga besar Malaysia.
Kita sambut hari besar ini dengan hati gembira. Doakan pekra lebih baik akan berlaku pada Sabah di masa akan datang.
September 16, 2010 10:57 AM
Selamat Hari Malaysia semoga kita menuju masa depan yang cerah dan maju serta aman damai.
September 16, 2010 12:02 PM
Hari yang penting semua Sabahan tidak boleh lupakan.
Saudara saudari di Semenanjung dan Sarawak, selamat menyambut hari Malaysai.
September 16, 2010 12:52 PM
Proud to be Malaysian. Selamat hari kemerdekaan Sabah.
September 16, 2010 1:49 PM
Cuti memang mengembirakan, jasa pemimpin era kemerdekaan perlu dikenang.
Barulah cuti tidak disia-siakan.
September 16, 2010 2:29 PM
16 Sept, tarikh yang amt penting untuk orang SABAH keran pada hari ini ,47 tahun yang lalu, Sabah memilih menyertai Malaysia.
September 17, 2010 10:44 AM
Baguslah sekarang Sept 16 dah menjadi hari peringatan tahap nasional. Seluruh Malaysia akan mengetahui sejarah kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Ini sememangnya suatu tarikh yang signifikan bagi rakyat Sabah dan Sarawak.
Post a Comment