

Datuk Wan Ahmad Wan Omar selaku Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa lebih juta rakyat Malaysia mungkin tidak dapat mengundi pada Pilihanraya Umum Ke 13.Sehingga kini, kira-kira 15.6 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi, namun menurut Wan Ahmad sehingga 30 Mei lalu hanya 11.24 juta yang mendaftar sebagai pemilih, manakala kira-kira 4.3 juta belum mendaftar.
- Jumlah tersebut dijangka terus meningkat kerana pertambahan warga negara yang mencapai umur 21 tahun adalah kira-kira 450,000 orang setiap tahun, manakala jumlah yang mendaftar mengikut tahunan sekitar 250,000 sahaja.
- Pendedahan Wan Ahmad ini menunjukkan satu fenomena yang serius dan merugikan negara kerana kira-kira 30 peratus rakyat yang tidak dapat menggunakan ‘kuasa politik’ dan hak selaku pengundi dalam proses demokrasi bagi menentukan masa hadapan Negara sehingga menyebabkan SPR terkesima dan bercadang untuk menjalankan kajian berhubung kaedah pendaftaran pemilik secara automatik dan atas talian (online) bagi memastikan warga negara berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pemilih setelah beberapa akta dipinda dan dikuat kuasa sepenuhnya.
Dalam perkembangan yang sama, Editor SabahKini Sdra Mutalib M.D berpendapat kemungkinan generasi muda tidak mempunyai keyakinan terhadap SPR yang gagal membersihkan daftar pemilih sehingga mereka memboikot pilihanraya kerana sebelum ini hak ibu bapa dna keluarga mereka dirampas oleh para pengundi hantu; terutama pendatang asing tanpa izin yang memperolehi hak mutlak sebagai pemilih berdaftar setelah mendapat Mykad Projek.Sejauhmana kah kebenaran pandangan Mutalib ini, kita kena lah hayati perkembangan yang berhubung kait dengan pendaftaran penggundi ini di masa akan datang.
Walau macam mana pun di harap masaalah ini akan di selesaikan SPR sebelum PRU13 nanti.



September 20, 2010 10:09 AM
Mengundi adalah hak setiap rakyat negara. Daftarlah jika masih belum.
September 20, 2010 10:23 AM
Kepada yang belum berdaftar sebagai pengundi, harus berdaftar!
September 20, 2010 10:26 AM
Adalah penting untuk semua rakyat yang layak mengundi untuk mengundi. Dengan undian rakyat, ia boleh menentukan masa hadapan Negara.
September 20, 2010 10:39 AM
setiap rakyat Malaysia yang layak mengundi perlulah mendaftar sebagai pemilih. ini bagi membolehkan golongan ini mengundi dalam PRU dan memilih pemimpin pilihan mereka.
September 20, 2010 10:50 AM
sesiapa yang belum mendaftar mengundi tu, daftarlah, tunaikan tanggungjawab anda terhadap negara.
September 20, 2010 1:29 PM
jika dah layak mengundi tu, daftarlah sebagai pengundi, ini adalah tanggungjawab kita terhadap negara.
September 20, 2010 2:37 PM
rakyat Malaysia yang telah layak mengundi perlulah mendaftar. mengundi adalah tanggungjawab kita sebagai rakyat negara ini.
September 20, 2010 7:11 PM
harus diketahui apakah faktor yang menyebabkan masih ramai rakyat malaysia terutama golongan muda belum berdaftar sebagai pengundi..
September 20, 2010 7:13 PM
mereka yang elum mendaftar harus didedahkan akan hak mereka sebagai pengundi untuk menentukan masa depan negara..kemungkinan kesedaran pentingnya hak ini masih kurang menyerlah di kalangan pengundi terutama golongan muda..
September 20, 2010 7:14 PM
diharap mereka yang belum mendaftar akan berdaftar sebelum PRU13 nanti..
September 21, 2010 12:27 AM
Na jadi percepatkan diri anda untuk mendaftar. Jangan malu2. hehehe
September 21, 2010 12:28 AM
1 undi tu penting untuk memastikan pemimpin yang berkelayakan terpilih. So tunaikanlah kewajipan kita sebagai rakyat.
September 21, 2010 12:30 AM
Jangan pula selepas next GE baru sibuk nak komplen. Sekarang ni masih sempat untuk bertindak, buat apa yang patut k.
September 21, 2010 12:32 AM
Betul tu mike. Mungkin ada yang layak mengundi tapi dorang jauh bekerja dikawasan pedalaman dan susah nak keluar mendaftar sebagai pengundi. So, kerajaan pun harus buat sesuatu supaya semua yang laya mengundi tu dapat didaftarkan.
September 21, 2010 12:33 AM
Semoga semua pengundi nanti buat pilihan yang terbaik. Ingat masa depan negara terletak di tangan kita so buatlah keputusan yang bijak :)
September 21, 2010 9:02 AM
kepada 5 juta rakyat Malaysia yang masih belum berdaftar, jangan salahkan rakyat yang lain jika gagal mengetengahkan kerajaan yang terbaik selepas PRU13..
September 21, 2010 9:45 AM
Masa depan negara kita terpulanglah dengan undian setiap rakyat. Undi jangan tak undi.
September 23, 2010 12:42 PM
SPM wajar meningkatkan pendidikan terhadap rakyat melalui medeia-media atau apa jua cara yang difikirkan berkesan.
September 23, 2010 2:16 PM
Jumlah ini besar impaknya bagi pihak yang dapat menarik sokongan golongan ini.
September 23, 2010 3:18 PM
Golongan muda tidak berminat hal-hal politik dan tidak faham akan kuasa atah hak untuk memilih pemimpin negara punca utama mereka lambat berdaftar sebagai pengundi.
September 24, 2010 11:26 AM
Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik bila rakyat mencapai umur 21 tahun.
September 28, 2010 9:42 AM
Ada sesetengah yang tidak berminat untuk terlibat dalam politik (mengundi)... Pihak2 terlibat harus mengambil tindakan segera agar masalah ini dapat ditangani...
September 28, 2010 11:55 AM
mari la mari, pergi mengundi...jgn lupakan kewajipan pada negara!...best tau dapat mengundi, kalau kamu tdk percaya...kamu cubalah. Inilah peluang kita memilih pihak mana yang betul2 menusuk dihati. perjuangkanlah hak kamu sebelum terlambat!
Post a Comment