SUARA BEBAS TUARAN

Ahli Niaga Disyaki Cuba Beli Gelaran 'Datuk' Daripada Sultan Johor Di Reman SPRM


Foto illustrasi Sultan Ibrahim Ismail
Seorang lelaki bertaraf penduduk tetap (PR), yang juga seorang ahli perniagaan dari Singapura, telah direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ini selepas dia dipercayai cuba merasuah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, kerana disyaki cuba mendapatkan gelaran 'Datuk' serta projek pembangunan di negeri itu pada malam Aidilfitri lalu, lapor akhbar Metro Ahad semalam.
  • Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lelaki tersebut yang dipercayai menjalankan perniagaan di sini sejak kira-kira 10 tahun lalu datang menghadap Sultan Johor sempena Aidilfitri.
  • Difahamkan, tiba-tiba lelaki berkenaan menyerahkan sebuah beg berisi wang tunai dipercayai berjumlah RM1 juta ($431,900) kepada Sultan Johor itu di pekarangan Istana.
  • Sultan, yang murka dengan perbuatan itu kerana dilihat cuba menghina institusi diraja negeri itu, tidak menerima wang tersebut sebelum lelaki terbabit ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.
  • Hingga kini belum dapat dipastikan sama ada wang itu bertujuan membeli gelaran Datuk ataupun mendapatkan projek pembangunan di negeri tersebut.
  • Difahamkan lelaki berkenaan dikatakan mahu menaja kos Rumah Terbuka di Istana Tanjung di sini Jumaat lalu dengan menawarkan wang dipercayai berjumlah RM1 juta itu.
  • Bagaimanapun, lelaki itu disyaki ingin mendapatkan balasan, iaitu sama ada dikurniakan gelaran 'Datuk' atau kelulusan projek di negeri tersebut.
  • Sementara itu, seorang pegawai kanan polis negeri yang enggan dikenali mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Menurut beliau, kes itu sudah diserahkan kepada SPRM untuk tindakan susulan.
  • 'Kami sudah menerima laporan mengenai kes itu, namun ia diserahkan kepada SPRM sebagai mana diperuntukkan undang-undang,' katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Encik Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi Metro Ahad kelmarin enggan mengesahkan atau menidakkan tangkapan berkenaan dan mengatakan beliau kini bercuti di luar Johor.
Sumber: CyNews
14 comments:

amalan rasuah memang perlu dibendung. pekara ini perlu disiasat dan diambil tindakan.


Siasatan yang teliti harus dibuat untuk memastikan dakwaan tersebut.


Mana2x orang tidak harus mengambil "short cut" untuk mendapat sesuatu yang mereka ingini. You need to earn it to deserve it.


Berani juga lelaki ini cuba merasuah Sultan Johor.


ahli perniagaan ini sungguh tak beradab sanggup ia mencuba merasuah Sultan Johor di perkarangan istana, ahli perniagaan ini perlu diberi tindakan tegas.


ahli perniagaan itu sepatutnya sedar dengan siapa beliau berhadapan.. jadikan kes ini sebagai pengajaran untuk tidak mengamalkan rasuah.


kes ini membuktikan amalan rasuah di Malaysia semakin berleluasa sehingga sanggup melakukannya di hadapan sultan..


rasuah merupakan pekara yang perlu dijauhi. ambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah.


Contohilah sikap sultan yang tidak menerima rasuah ini.


Na kotoh!!! tu la mahu juga short cut, tengok kan da kantoi.


Semoga perkara ini dapat disiasat dan jika didapati bersalah kenakan hukuman yang setimpal.


SPRM perlu menjalankan penyiasatan yang lebih lanjut mengenai perkara ini. Diharapkan ini akan dijadikan pengajaran kepada semua rakyat lain.


syabas dan tabik pada Sultan Johor yang tidak terbeli dengan nilai wang ringgit yang ditawarkan. baginda patut dicontohi!


masyarakat sepatutnya mencontohi Sultan Johor yang tidak mudah dibeli dengan wang ringgit


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails