SUARA BEBAS TUARAN

Ahli Parti KEADILAN Di Beri Amaran Agar Jangan Sertai PERKASA ?

Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim memberi amaran bahawa tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat yang menganggotai Perkasa, kerana ia bercanggah dengan prinsip perjuangan parti.
Beliau yakin perbalahan Umno-Perkasa hanya sandiwara bersama untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13. Umum sedia maklum bahawa kepimpinan Umno selama ini mempromosikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, kata beliau.
  • Bukan sahaja permit kumpulan itu lulus dalam sekejapan, bahkan juga majlis-majlis Perkasa direstui dan dihadiri bukan sahaja oleh mantan Presiden Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi juga Presiden Umno, Najib Abdul Razak.
  • Mutakhir ini media melaporkan Umno membuat keputusan untuk menjauhi Perkasa dengan kerana kumpulan itu mengugat kestabilan Barisan Nasional, dan menghakis sokongan rakyat kepada gagasan itu.
  • Anwar menyifatkan Umno bermain bunga silat untuk mengelirukan pandangan rakyat, kononnya langkah menceraikan Perkasa adalah perlu bagi mencapai matlamat 1Malaysia.
  • ”UMNO tidak boleh lepaskan tanggungjawabnya sebagai satu badan yang selalu mempromosikan PERKASA jika mereka masih berdegil maknanya mereka harus memberikan penjelasan kepada rakyat apa yang berlaku sebenarnya,”kata Anwar.
  • Beliau menggesa Umno menjelaskan kepad rakyat apakah keputusan itu adalah dasar yang kekal, atau sekadar keperluan politik semasa semata-mata.
Sumber: TV Selangor
17 comments:

Perkasa ini kurang disenangi orang ramai. Tiada manfaat menyertai mereka.


itu hak masing2 nak menyertai PERKASA ataupun tidak.


adakah keputusan itu berdasarkan persetujuan semua ahli umno? atau hanya segelintir, antaranya nazri aziz ,khaled nordin dan ku nan?..


saya lihat, keputusan PKR untuk tidak membenarkan ahli2nya menyertai Perkasa kerana...bimbang lebih banyak isu-isu bakal berlaku. manatau ada juga yang keluar terus dari PKR jika menyertai Perkasa...


nampaknya Perkasa sudah menimbulkan huru hara di kalangan masyarakat Melayu...


S/ada perbalahan antara umno-perkasa memang wujud ataupun gimik semata-mata, itu belakang cerita. Yang penting fokuslah kepada perkara utama iaitu kebajikan rakyat.


Tak dinafikan Perkasa telah menimbulkan suasana yang agak panas, namun semuanya terpulang pada diri individu yang membuat penilaian.
Apapun, kita tunggu ja la apa kejadian next GE nanti. jeng,jeng,jeng!!!


Terpulanglah dengan mereka sendiri.


Terpulang kepada mereka jika mereka memilih untuk menyertai PERKASA.


Amaran hanya tinggal amaran, individu mempunyai hak untuk memilih secara bebas. Tapi Xperlu la begitu banyak parti kerana ini hanya akan menyebabkan perpecahan.


Takut pula ahlinya menyertai Perkasa.


Risau akan ahlinya diumpan mengkhianati parti. Kira-kira 65% keatas ahli Perkasa adalah ahli UMNO.


Apa tindkan yang akan diambil oleh PKR jika ada ahlinya yang menyertai Perkasa?
Keahlian digantung? Disaman?


Cara perjuangan Perkasa banyak menimbulkan perasaan tidak senang hati bukan Melayu. PKR bertungku rumus meraih sokongan rakyat tentu peka dengan Perkasa.


Nampaknya penubuhan Perkasa banyak mempengaruhi arena politik negara sehingga PKR juga bimbang dengan pengaruh Perkasa terhadap ahlinya.


PKR wajar berbuat demikian kerana kebanyakan ahli Perkasa adalah ahli UMNO.


Jika ahli Parti Keadilan menyertai Perkasa, mungkin penyokongan untuk mereka akan menurun.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails