SUARA BEBAS TUARAN

Ampangan Bakun Maseh Dalam Kenangan Suku kaum Penan Di Sarawak

Labels:
Kawasan hutan di Sarawak, seluas republik Singapura, akan tenggalam di bawah takungan air ampangan Bakun - projek berbilion ringgit yang hampir siap selepas bertahun-tahun dilanda kontroversi.
Ampangan tersebut - yang telah memaksa ribuan penduduk meninggalkan tanah nenek moyang mereka - berdepan dengan pelbagai masalah dan kelewatan sejak diluluskanpada 1993, serta kecaman berhubung impaknya terhadap alam sekitar.
  • Tetapi sebelum kemudahan turbin hidro-elektrik bernilai RM7.5 bilion mula berputar, para aktivis mula menyuarakan kebimbangan mereka terhadap rancangan membina 12 lagi ampangan mega di Sarawak.
  • Balan Balang, seorang ketua suku kaum Penan mengeluh ketika bercakap mengenai ampangan Murum - satu daripada 12 ampangan mega tersebut - yang bakal dibina di kawasan pemburuan dan perkuburan nenek moyang suku kaumnya.
  • "Kerajaan ini sangat jahat. Pada masa dulu orang memerangi kami dengan menggunakan kapak atau lembing. Pada hari ini, mereka memusnahkan kehidupan kami dengan hanya menandatangan beberapa keping kertas," katanya.
  • "Kaum saya tidak mahu meninggalkan tempat kami ini. Kami mahu mati di sini," katanya, yang sebelum ini meredah hutan untuk mendapatkan pertolongan peguam penduduk asal di Miri.
  • Aktivis hak asasi manusia mahu mengelak berulangnya tindakan pemindahan kira-kira 15,000 penduduk asal dari kawasan Bakun yang tidak gembira hidup di kawasan penempatan baru.
  • Perkampungan Balan Balang terletak di luar kawasan penempatan Murum, tetapi kira-kira 1,500 orang - sebahagian besarnya suku kaum Penan dan yang lainnya suku kaum Kenyah - akan terpaksa meninggalkan kediaman mereka dan berdepan dengan masa depan yang belum pasti.
  • Beliau adalah antara ketua suku kaum yang mendapatkan pertolongan Harrison Ngau, seorang bekas ahli parlimen yang menganggotai rangkaian peguam penduduk asal yang berusaha untuk menegakkan hak-hak suku kaum di Sarawak.
  • "Semua ampangan ini, mengapa perlukan begitu banyak ampangan di sini? Ia merupakan kad ATM bagi pemimpin politik buat wang," kata Ngau yang pernah dipenjara kerana pendiriannya menentang pembinaan ampangan mega dan pembalakan di kawasan suku kaum Penan.
Sumber: MalaysiaKini
19 comments:

Diharapkan perkara ini akan berakhir dengan baik.


pembinaan empangan ini byk kebaikannya, namun, pihak pemaju harus mengutamakan kepentingan penduduk tempatan sebelum projek tersebut dijalankan.


jika kerajaan tidak mampu menyelesaikan masalah2 atau isu2 yang timbul kesan dari pembinaan empangan ini, kerajaan harus hentikan projek tersebut serta merta. kenapa perlu lebih banyak hidro sedangkan empangan Bakun cukup untuk memenuhi keperluan elektrik di seluruh negeri. kerajaan perlu pertimbangkan soal pembaziran, hak penduduk yang terjejas dan kesannya kepada alam sekitar terlebih dahulu sebelum melaksanakan projek2 mega ini.


setiap pekara yang ingin dilakukan perlu diteliti kesan baik dan buruknya terlebih dahulu. setiap isu yang timbul juga perlu diselesaikan dengan baik.


pekara ini perlu dipertimbangkan dengan sebaiknya. harap kepentingan semua pihak dapat dijaga.


jika nak membina empangan pun, ia perlu ambil kira kesan terhdap persekitaran dan hak2 penduduk tempatan.


sememangnya setiap pembangunan yang dilaksanakan perlu mengambilkira kesan-kesan terhadap alam sekitar dan EIA.


memanglah kaum Penan marah kerana pembangunan Bakun dan pelbagai empangan lain di Sarawak telah menjejaskan kediaman mereka..


Semoga hal ni dapat diselesaikan dengan baik :)


Hal ni patut diberi perhatian sewajarnya. Dengarlah keluhan penduduk yang terlibat dan buat kajian supaya dapat perbaiki mana2 kelemahan yang timbul.


Diharapkan tindakan yang sesuai akan diambil untuk kebaikan semua.


Jika tidak ada logik untuk membina begitu banyak dam, tidak perlu la dibina lagi... sedangkan Bakun Dam sudah lebih dari cukup untuk Sarawak.


Pembangunan tidak patut mengorbankan kepentingan kaum peribumi. Tidak bermakna lagi pembanguna jika kita mengabaikan mereka kerana pembangunan itu bertujuan membantu dan mengubah hidup mereka.


Kerajaan harus lebih perihatin dengan keadaan mereka. Bayangkan jika kita dihalau dari kampung halaman, apakah prasaan itu?


Turun temurun mereka tinggal dikawasan berkenaan. Sukar bagi mereka secara tiba-tiba mereka kena hidup di kawasan yang baru.


Jangan abaikan kepentingan kaum Penan semata-mata untuk pembangunan.


Boleh dikatakan Empangan Bakun adalah satu mimpi ngeri buat kaum Penan. Mereka dipaksa memindah dari tanah yang mereka mendiami sejak dahulu lagi untuk memberi laluan kepada empangan ini kerana tanah mereka terletak dalam kawasan tadahan air empangan Bakun.


Pengorbanan kaum Penan harus dihargai. Kerajaan wajib memberi segala bantuan dan gantirugi yang setimpa dengan kerugian mereka.


Ampangan ini sudah pun dibina, apa lagi yang boleh dilakukan? Kita hanya boleh berharap ada cara yang baik untuk mengakhiri perkara ini.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails