SUARA BEBAS TUARAN

Fenomena Tindakan Ganas Mat Rempit Terhadap Polis Membimbangkan


Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kumpulan ‘mat rempit’ termasuk yang disertai golongan remaja bawah umur bukan sahaja tidak menghormati peraturan malah dilihat semakin berani melanggar undang-undang.
menurut beliau tindakan agresif sesetengah pihak terutama golongan muda yang terlibat dalam gejala rempit terhadap polis kini semakin membimbangkan.
  • “Kini anggota (polis) terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas sekumpulan masyarakat yang tidak hormat undang-undang ini. Saya telah arahkan semua kontinjen memberi perhatian serius dalam menangani perkara ini,” katanya kepada pemberita di Kuala Terangganu kelmarin.
  • Beliau sebelum itu melawat dua anggota polis yang terlibat dalam kemalangan yang kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
    Ismail turut diiringi Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan. Konstabel Arizan Mohamad, 24, berasal dari Sarawak, patah tulang selangka kiri dan juga tulang kaki kiri selain menerima 10 jahitan di kepala akibat rempuhan sebuah motosikal dan kini masih menerima rawatan di HSNZ.
Kejadian berlaku pada kira-kira 11.30 malam 15 Sept lepas semasa Konstabel Arizan bersama 15 anggota dan pegawai polis sedang membuat sekatan jalan raya di Jalan Masjid Zainal Abidin di sini.
Anggota itu dirempuh motosikal yang dinaiki dua remaja yang cuba untuk membolosi sekatan polis.
Sumber: NST
13 comments:

tindakan tidak bertanggungjawab mat rempit membahayakan keselamatan banyak pengguna jalan raya. hukuman yang tegas perlu dikenakan terhadap golongan mat rempit ini.


Mat Rempit ini bukan sahaja melanggar peraturan jalan raya dan undang-undang negara. Malah membahayakan nyawa sendiri dan juga nyawa orang lain. Tindakan tegas patut dijatuhkan terhadap mereka ini yang suka sangat menjadi Mat Rempit.


Hukuman seperti gantung lesen buat selama-lamanya mungkin boleh menakutkan mereka. Ataupun merampas motosikal mereka.


gejala mat rempit ni makin menjadi jadi pla, mereka semakin berani dan bertindak ganas terhadap polis, gejala ini perlu dibendung dgn segera.


Nampaknya, kumpulan Mat rempit semakin berani melanggar undang2x. Tidak tersangka pula ada juga mat remit yang bawah umur. Dimanakah ibu bapa mereka? Diharapkan ibu bapa sentiasa mengawasi gerak-geri anak2x mereka supaya tidak terlibat dalam mana2x kegiatan negatif.


Diharapkan kumpulan mat rempit tersebut ditangkap dan dihukum setimpal kesalahn mereka. Get well soon Arizan!


Ini sangat2 membimbangkan. Begitu berani anak2 muda sekarang cuba untuk membolosi sekatan jalan raya dan melanggar orang? Apa sudah jadi.


Inilah masalahnya kumpulan 'mat rempit' yang semakin menjadi-jadi malah melanggar peraturan jalan raya dan boleh menyebabkan kemalangan.


Kumpulan 'mat rempit' ini bukan saja melanggar undang2 jalan raya malah turut menganggu ketenteraman awam. Mereka yang terlibat dalam kumpulan ini perlu dikenakan tindakan yang setimpal.


masalah mat rempit ni perlu dibendung dgn segera. mereka kini makin berani dan ganas.


kita perlukan pendekatan yang lebih agresif untuk menangani masalah ini. hukuman terhadap ibu bapa yang gagal mengawal anak mereka terbabit dalam lumba haram juga wajar dilihat dari sudut positif supaya pengabaian tidak terus berlaku. Dalam masa yang sama juga penguatkuasaan perlu dipertingkatkan seiring dengan pindaan dilaksanakan supaya mereka yang terbabit dalam gejala itu tidak terlepas. Penguatkuasaan yang berterusan dilihat mampu membanteras gejala itu sehingga ke akar umbi serta memberikan kesedaran kepada mereka terbabit.


nampaknya masalah berkaitan mat rempit ini semakin serius. langkah untuk membanteras masalah ini perlu dicari agar golongan muda tidak terus terjebak dalam gejala rempit.


Perbuatan seperti ini tidak patut dibiarkan. Mereka ini seolah-olah tidak mempedulikan undang-undang, ini sememangnya membimbangkan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails