SUARA BEBAS TUARAN

'Ganyang Malaysia ' - Kedutaan M'sia Di Jakarta Diceroboh Lagi?

Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan, dalam satu demonstrasi semalam.
Berikutan itu, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang anggota polis yang mengawal di hadapan kedutaan tersebut.
  • Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin, berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia akan melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga Malaysia yang berada di Indonesia.
  • Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu, kelmarin.
  • Di akhir mesyuarat itu, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan akan melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.
  • Dalam demonstrasi selama sejam mulai 11.40 pagi itu, kira-kira 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama 'Ganyang Malaysia' tiba di Kedutaan Besar Malaysia dalam hujan lebat.
  • Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.
  • Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan 'Ganyang Malaysia' di pintu pagar itu, sambil berpidato menggesa pemerintah Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia.
Ini kejadian bantahan kedua membabitkan anggota LMP ke atas Kedutaan Besar Malaysia di sini, selepas bantahan kali pertama pada 16 Ogos lalu.
Sumber: Bernama.
24 comments:

Kenapalah orang indonesia bersikap macam budak-budak belum ada akal. Tidakkah perkara yang mereka buat ini akan menyebabkan kemarahan berlaku. Apa guna kita berperang yang tidak memberikan hasil kepada kita hanya kehancuran yang akan dikecapi.


tindakan segelintir rakyat Indonesia ini hanya memberikan imej yang tidak baik kepada negara mereka sendiri. sepatutnya mereka perlu bertenang dan bukannya melakukan tunjuk perasaan seperti itu.


tak sudah2 rakyat indonesia ni nak buat demontrasi di kedutaan Malaysia. hal dah selesai tak perlulah nak diungkit lagi. tindakan mereka ni benar2 dah melampau.


Tiada manfaat kepada mana-mana pihak jika teruskan perbuatan seperti ini. Saya hanya ingin mengesa kerajaan Malaysia bertemu dengan kerajaan Indonesia untuk menyelesaikan masalah ini secara aman.


Bilangan LMP itu masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan rakyatnya yang berjuta-juta. Memang perbuatan mereka melampaui batas, tetapi perkara ini tidak harus diperbesarkan di Malaysia. Lama-kelamaan mereka akan penat berbicara. Sila fokus kepada pembangunan negara.


Sudah keterlaluan apa yang telah dilakukan oleh penunjuk perasaan ini. Apa yang perlu adalah keselamatan akan terjamin oleh kerajaan Indonesai terhadap rakyat Malaysia dan juga Duta Malaysia yang berada di Indonesia. Pastikan tidak ada perkara yang diingini akan berlaku. Malaysia juga akan menjaga keselamatan Rakyat Indonesia di Malaysia. Pastikan semua akan dalam keadaan yang tenang.


mana jaminan kerajaan Indonesia? mana pemerintah dan polis Indonesia? Malaysia perlu melakukan sesuatu kerana kegagalan kerajaan Indonesia menghulurkan kerjasama dalam isu ini boleh membahayakan warga Malaysia yang berada di Indonesia..


negara2 luar yang lain patut memutuskan hubungan diplomatik dan sebarang kerjasama dengan Indonesia kerana kerajaan Indonesia tidak mampu memberikan jaminan keselamatan kepada orang luar..


penunjuk perasaan tersebut hanya mengikut perasaan dan emosi sahaja. mereka tidak fikir baik dan buruk tindakan mereka itu. tindakan yang mereka lakukan itu, tidak memberi faedah kepada mereka dan juga mana-mana pihak.


Aiks...teda kerja ka dorang penunjuk perasaan. Sangat free betul.


Nampaknya, perkara ini semakin serius. Diharapkan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin.


rakyat indonesia perlu menghentikan perbuatan merusuh ini. tindakan mereka ini menggambarkan sikap rakyatnya yang tidak rasional dan ekstrim. mereka secara langsung memalukan negara mereka sendiri.


Jika diikutkan memang apa yang dilakukan oleh rakyat Indonesia adalah salah dan mengamcam keselamatan rakyat malaysia yang berada dinegara itu. Mereka kena berfikir secara matang, yang mana tindakan mereka ini hanya akan merumitkan lagi keadaan. Kekacauan seperti ini juga akan menghentikan pelbagai urusan ekonomi dan lain2, bukan sahaja dengan Malaysia, malah juga akan mempengaruhi hubungan Indonesia dengan negara2 lain. Masalah tersebut telah pun selesai, tetapi kenapa masih lagi rakyat Indonesia cuba untuk menegangkan kembali keadaan dengan melakukan perbuatan yang merbahaya. Kerajaan Indonesia harus mengambil ini sebagai yang serius kerana ini melibatkan hubungan antara dua negara yang telah lama terjalin.


Diharapkan perkara dapat diselesaikan dengan cara yang baik. Negara kita tidak perlulah melibatkan diri dalam perbuatan seperti ini, tidak perlulah menambah minyak ke atas api yang membara.


Ada2 ja dorang ni.. aish sudah2 la bah kunun.


Hal ni sudah lama berlalu tapi agak menghairankan kerana masih juga belum dapat diselesaikan. Saya harap kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan tegas bagi memastikan gal ini dihentikan!


Kalau boleh media pun janganlah hangatkan isu ni. Tak perlu lah diberi liputan, nanti makin menjadi-jadi pula perangai para perusuh tu. Ya lah popular la katakan. hehhee


Entah apa yang difikirkan oleh perusuh tu. Kalau ya pun tak puas hati takkanlah sampai mahu berperang. Adui, bagus2 hidup aman, mahu juga bergaduh bah.. Aish macam saja berperang tu bagus.. huhuhu


Apapun saya harap hal ni dapat ditanggani sebaik mungkin. saya yakin jalan penyelesaian pasti ada.


Diharapkan perkara ini akan selesai secepat mungkin dan semua salah faham yang ada dijelaskan.


adakah orang-orang Indonesia ni tidak sensitif dengan ramainya rakyat mereka yang menumpang dan berada di Malaysia untuk mencari rezeki anak-anak dan keluarga di sana? kenapa nak ganyang Malaysia?


apa masalah LMP dengan Malaysia? seharusnya hal ini diselesaikan secara aman dan beretika. tiada gunanya menimbulkan kekecohan tanpa ada hasil..


adakah dengan pencerobohan rakyat Malaysia di perairan Indonesia telah membuatkan mereka marah sehingga nak ganyang Malaysia? LMP juga menyeru kerajaan Malaysia memohon maaf kepada kerajaan Indonesia?


Bukan semua warga Indonesia berperangai seperti itu, ini hanya segelompok sahaja yang bertindak mengikut perasaan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails