SUARA BEBAS TUARAN

Gara-Gara 'Ganyang Malaysia' Di Indonesia, Duta Besar Malaysia Di Gesa Pulang


Baru-baru ini Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO menggesa agar Wisma Putra memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.
Beliau turut mendakwa Anifah sebagai tidak tegas dalam mengeluarkan kenyataan mengenai keselamatan kedutaan Malaysia dan tidak menyampaikan kepada Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa mengenai perkara itu dalam pertemuan kedua-dua pemimpin Isnin lepas.
  • Mengulas saranan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. berkata gesaan tersebut bertujuan mencari publisiti murahan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan.
  • "Memanggil duta kita pulang adalah langkah terakhir sebelum kita memutuskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara. Saya tidak pasti sama ada Khairy tahu atau tidak mengenai perkara ini.
  • "Dia mungkin seorang yang pandai, tapi tidak bermakna dia seorang yang bijak," katanya pada sidang media di Wisma Putra, di sini, Khamis.
Anifah berkata semua pihak harus memahami bahawa dalam isu 'Ganyang Malaysia' oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut.
Beliau juga berkata sudah tidak ada sebarang tunjuk perasaan dilakukan BENDERA di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sejak Selasa lepas, iaitu satu perkembangan baik yang diharap berterusan.
Sumber:Bernama, mStar
19 comments:

semoga isu ini berakhir dengan baik. diharap selepas ini hubungan di antara Malaysia dan Indonesia semakin erat.


Namun begitu, diharapkan belia kita di Indonesia itu akan menjaga keselamatan diri. Diharapkan juga perkara ini akan selesai dengan cara yang baik dan hubungan Indonesia dengan Malaysia akan dijaga.


JAKARTA: Sebagai tanda menyokong penyelesaian secara aman terhadap perbalahan digunakan untuk menyelesaikan perbalahan antara Indonesia dan Malaysia, sekumpulan 220 pelajar sekolah tinggi di Jawa Tengah menulis surat persahabatan kepada pelajar Malaysia...gw

http://cikguleepk.blogspot.com/2010/09/indonesia-utus-persahabatan-untuk.html


diharapkan tidak ada kekecohan selepas ini samada antara Malaysia dengan Indonesia mahupun antara pemimpin2 di Malaysia terutamanya dikalangan umno/BN..


Duta besar Malaysia tak perlulah nak balik hnya kerana tunjuk perasaan rakyat indonesia di kedutaan Malaysia. hal ini akan reda tak lama lagi.


hal ini perlu diselesaikan dengan baik. hubungan baik antara kedua negara perlulah dipelihara demia kebaikan semua pihak.


harap rakyat indonesia akan menghentikan tunjuk perasaan tersebut. hubungan baik antara kedua negara perlu dijaga.


Semoga hubungan antara Malaysia dan Indonesia tidak akan terjejas.


Saya harap rakyat Malaysia yg ada di Indonesia berada dalam keadaan selamat.


Saya yakin masing2 ada pandangan sendiri terhadap perkara ni. Tetapi saya yakin Datuk Anifah juga sedang berusaha sebaik mungkin bagi memastikan pertemuan antara dua pihak berjalan lancar; seterusnya memastikan hal itu dapat ditanggani dalam suasana yg lebih baik.


Bagi saya, sekarang ni Malaysia cuma mampu berharap agar kerajaan Indonesia bagi kerjasama utk tanggani emosi penunjuk perasaan yang semakin menjadi-jadi.


Kalau, kerajaan Indonesia sambil lewa saja - rasanya kerajaan Malaysia pun takkan duduk diam bah. So selagi ada cara baik yg boleh digunakan; gunakanlah sebaik mungkin :)


Apapun saya harap hubungan baik antara Malaysia-Indonesia tidak terjejas.


Diharapakan perkara ini boleh diselesaikan secara aman.


Bagi saya tidak perlu untuk memangil Duta kita untuk balik. Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Anifah yang mana hanya segelintir sahaja berkelakuan tidak profesional... Jadi saya fikir keselamatan Duta kita di Indonesia terkawal.


Tidak semua rakyat Indonesia yang 'menganyang' rakyat Malaysia. Kerana jika mereka benar-benar mahu melakukan sedemikian, habislah salah satu daripada sumber ekonomi mereka. Lagipun pada MATTA Fair baru2 ini pihak Indonesia ada menyakinkan rakyat Malaysia bahawa negara mereka adalah selamat untuk dikunjungi. Perbuatan mereka hanya akan memudaratkan negara mereka sendiri.


isu ini saya lihat lebih hightlightkan tentang komen yang telah dibuat oleh KJ terhadap AA. benda ni so serius dan betul kata AA bahawa memanggil pulang Duta Besar Malaysia hanya lebih menambah ketegangan dengan Kerajaan Indonesia. agaknya betul si KJ ni suka cari publisiti murahan kerana pandai2 pula dia komen AA tidak cukup tegas! janganlah pula ahli-ahli politik berbalah sesama sendiri dan hormat menghormati sesama ahli-ahli politik adalah lebih beretika, bijak dan dipandang mulia. tuduh menuduh dan mencari publisiti murahan dengan menjatuhkan air muka orang lain menunjukkan kematangan pemikiran yang belum cukup mantap, bangga diri dan bersifat emosional..


kemana hilangnya sikap hormat menghormati sesama ahli politik yang sebenarnya adalah dibawah satu payung..saya puji beberapa ahli politik yang ikhlas menjalankan tugas dan menyayangi negaranya!


Bukan semua orang Indonesia bersifat begitu. Hanya segelompok yang bertindak tidak rasional.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails