
Gambar Hiasan - Tindakan seorang paderi menjadikan sebuah gereja dipingir Kuala Lumpur sebagai tempat untuk mengembangkan budaya gay sangat membimbangkan
Seorang paderi di Malaysia, Ouyang Wen Fang mengumumkan bahawa dia sedang menubuhkan gereja gay pertama di negara ini.Paderi berusia 40 tahun itu turut tidak mengendahkan amaran keras kerajaan supaya menghentikan rancangannya kerana bimbang ia akan menggalakkan gaya hidup homoseks di negara ini.
- Amalan tersebut masih dikategorikan sebagai jenayah di Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam manakala pelakunya berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
- Namun, gereja gay yang diasaskan bersama oleh paderi itu telah beroperasi secara senyap di sini sejak tiga tahun lalu dengan dikunjungi kumpulan penganut Kristian gay untuk beribadat pada hari Ahad dan mengkaji kitab Injil.
- "Kami sedang berusaha untuk menggalakkan lebih ramai orang supaya menyertai gereja ini, kami mahu penganut Kristian gay tampil dan hidup tanpa berpura-pura," katanya.



September 4, 2010 8:26 AM
amalan gay bukan saja tidak baik malah bertentangan dengan lumrah manusia. sepatutnya seseorang lelaki berkahwin dengan wanita dan bukannya lelaki berkahwin dengan lelaki..
September 4, 2010 8:43 AM
It's better to live in truth than to live in lies.
September 4, 2010 8:43 AM
Mungkin budaya ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan rakyat di negara ini. Tapi orang yang homoseksual ini bukan pilihannya sendiri, mereka memang dilahirkan seperti ini. Pengaruh luar seperti ini tidak akan menyebabkan seorang yang normal menjadi gay. Jadi saya rasa tidak perlu risau tentang cadangan ini, lagipun, kita perlu menghormati pilihan mereka yang memilih untuk mengikuti gereja ini.
September 4, 2010 8:57 AM
manusia dijadikan berpasangan lelaki dan wanita. hubungan sejenis ni bertentangan dgn lumrah manusia. ia membantutkan perkembangan zuriat.
September 4, 2010 9:11 AM
This is surprising. Gay church in a Muslim country like Malaysia. Maybe its unappropriated to have a gay church but when you think about it, such church should be build. Not only in Malaysia but in every country. As Johnny commented, it's not their choice to be gay but they were born like that. We must learn to accept people for who they are.
September 4, 2010 11:15 AM
why do we should have a gay church in Malaysia? why do they have to be specific? can't they just go to a public church? no need to symbolized the church as a gay church.
September 4, 2010 11:35 AM
kalau gereja ini berfungi untuk membantu golongan gay ini keluar dari budaya itu, saya setuju. tetapi jika hanya membantu mengingatkan mereka bahawa mereka tidak sendirian, gereja jenis ini tidak patut berada di Malaysia atau cara pendekatan lain selain menggunakan gereja.
September 5, 2010 11:50 AM
Na inilah tanda2 mahu kiamat. Semuanya muncul dan mengaku sebagai sebuah gereja. alahai..
September 5, 2010 11:52 AM
Soal negara ni, negara Islam rasanya tak payah na cakap la.. Semua pun tahu dan menghormati keadaan ni. Malah saya yakin umat kristian pun tidak setuju akan hal ni.
September 5, 2010 11:54 AM
Apapun. terpulang lah pada individu itu sendiri. Siapalah kita untuk menghakimi mereka kan..
September 5, 2010 11:56 AM
Saya takda masalah dengan golongan gay.. Mereka berhak utk hidup. Soal dosa dan pahala tu biarlah mereka tanggung sendiri.
September 5, 2010 11:58 AM
Sokong pendapata 2718. Saya setuju jika ia utk kebaikan tapi jika menambah teruk sesuatu keadaan, baik tak payah!!
September 6, 2010 7:58 AM
kita seharusnya membantu golongan gay ni untuk kembali normal, bukan menggalakkan gejala ini terus berlaku.
September 6, 2010 10:55 AM
Adakah mahu mengikuti gereja ini, terpulang juga kepada individu. Mungkin ada orang yang setuju, ada yang membantah, tapi kita semua mempunyai pendirian yang berlainan. Kita perlu belajar menghormati kehendak orang lain, itu kehidupan seorang, hanya diri sendiri sahaja yang tahu apa yang dihendaki. Semua orang berhak menjalankan kehidupan yand dimahukan selagi tidak mencederakan orang lain ataupun bertentangan dengan undang-undang.
September 6, 2010 6:48 PM
Ini memang susah dipercayakan. Mereka mahu membina sebuah gereja gay tanpa halangan. Kerajaan memang tidak boleh membiarkan perkara ini berlaku. Malukan insan sahaja.
September 7, 2010 8:44 AM
Paderi itu telah menjelaskan bahawa gereja itu bukan sebenarnya gereja Gay, tapi gereja untuk semua lapisan masyarakat termasuklah warga homoseksual.
September 7, 2010 4:12 PM
bagaimana juga kalau diri seseorang itu sdh memang gay. amat payah utk mengubahnya dan hanya dirinya sendiri sahaja yg dpt mengubahnya. bagi saya, biarlah lelaki itu gay @pn lesbian, yg ptg seseorang itu tahu apa yg dia lakukan. tentang gereja gay tersebut, sepatutnya tidak wujud kerana ini akan menggalakkan lagi kewujudan gay dikalangan masyarakat. seharusnya mereka tahu kemana arah tuju sebagai seorang gay dan tidak perlulah menunjukkan sebuah gereja khas utk org gay. kalau mereka (gay) ingin beribadah, mereka patut tahu gereja yg sedia ada sentiasa terbuka utk mereka.
September 8, 2010 10:08 AM
Diharapkan keputusan yang paling baik akan dibuat mengenai gereja ini.
Post a Comment