SUARA BEBAS TUARAN

Ghapur Sifat Parti LDP Tiada Masa Depan

Labels:

Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh menyifatkan Parti Liberal Demokratik (LDP) tiada masa depan berikutan tindakan Naib Presiden-nya, Datuk Peter Pang En Yin bertindak keluar dari parti itu.
Tindakan Peter Pang itu tidak mustahil akan turut diikuti oleh ahli-ahli lain parti itu kata beliau.
  • “Mungkin ada pergeseran dalam ahli majlis tertinggi parti itu yang tidak senang dengan kenyataan Chin memperkotak-katikkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri,” katanya. Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada media.
  • Dalam pada itu, Ghapur mengingatkan ahli-ahli BN lain supaya tidak mengkhianati semangat setiakawan di dalam BN.
  • Jika terdapat sesuatu yang tidak kena katanya, perkara itu seharusnya dikemukakan secara terhormat.
  • “Kita jangan jadi penderhaka kepada pemimpin kita sendiri. Seharusnya kita bersama-sama mempertahankan BN Sabah dan pemimpin-pemimpinnya agar keyakinan rakyat ke atas kerajaan bertambah,” ujarnya.
  • Dalam hal sama, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan Parti LDP sebagai parti rojak.
Rabu lalu, Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan tindakannya untuk keluar dari Parti LDP dan menawarkan untuk melepaskan semua jawatannya di dalam kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Karamunting.
Peter Pang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, tindakannya itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu untuk menentang kepimpinan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Sumber: NST
14 comments:

sebaiknya LDP mengubah pendirian dan bekerjasama dengan semua pihak dalam BN Sabah. ini akan menambah kekuatan BN jika semua pihak bekerjasama.


sebaiknya LDP mengubah pendirian dan bekerjasama dengan semua pihak dalam BN Sabah. ini akan menambah kekuatan BN jika semua pihak bekerjasama.


LDP sepatutnya bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan bukan sengaja menjadi musuh dalam selimut. Mungkin disebabkan begitu, lebih banyak lagi ahli yang akan meninggalkan LDP untuk mengikuti parti lain sama seperti Datuk Peter Pang.


LDP haruslah tidak terlalu angkuh, dan apa yang perlu sekarang, berkerjasamalah dengan kerajaan.


Tindakkan peter Pang ini akan mempengaruhi ahli-ahli LDP iu juga kelak atas keluar parti yang disebabkan tidakberpuas hati dengan tindakkan yang dibuat oleh Chin Su Phin. Oleh itu, LDP harus bersatu semula dengan Kerajaan Datuk Musa untuk memastikan parti itu akan kekal.


tindakan pang keluar LDP menampakkan belenggu dalam LDP. LDP seharusnya terus bekerjasama dgn Musa Aman dan BN, jgn musnahkan parti kerana kepentingan diri.


Salam untuk semua,
Kebanyakan komen yang saya nampak disini terlalu pro pada Musa selaku KM tanpa mempersoalkan lansung kelemahan beliau selama ini.Atau pun punca-punca beliau dikritik. kalau di senaraikan banyak juga !!!

Disamping itu penulis-penulis yang melawat nampak agak terlalu taksub dan asek-asek memuji Musa setinggi langit. Seakan-akan beliau ini dilebalkan sebagai seorang Nabi.
Atau pun selaku seorang Diktator yangmana tindakan belaiu betul atau pun salah tidak boleh dipersoalkan lansung.?

Dalam rekod, LDP ada lah sebuah parti yang sama-sama berjuang dengan UMNO untuk menubuh kerajaan Sabah baru.

Saya difahamkan LDP Cuma tidak senang dengan karena Musa Aman selaku KM? Namun, penulis-penulis yang ada, seakan-akan tidak terfikir lansung untuk bertanya atau mengomen kenapa kes ini boleh terjadi?

Sebelum ini, LDP belum pernah pun mempertikaikan kewibawaan UMNO/BN Sabah dan Nasional atau pun Najib selaku PM.

Ada kah ini bermakna Musa itu ada lah KM akhir zaman. Tiada lagi sesiapa dari golongan yang bijak pandai di sini selepas ini yang layak untuk menjawat jawatan KM selain dari Musa Aman?

Apa-apa pun semuga kalian sukses and thanks


Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Tapi jika asyik nak cari kelemahan tanpa niat utk membetulkannya, buat apa??? hal dah berlaku, apa lagi yg boleh dibuat selain selesaikan masalah ni kan.. hihi


Yang si Chin ni pun satu juga... aishh, cakap tu pun harus dikontrol bukan main lepas ja, tenok karau dah kejadiannya. huhuu


Kalau boleh LDP kenalah matang sikit. Tak salah tak puas hati, tapi luahkanlah secara profesional supaya keadaan tak tambah teruk.


Saya yakin, jika perbincangan dibuat hal ni takkan berlaku bah.


Apapun, manusia mmg tak dapat lari dari buat kesilapan. Hal yang berlaku ni jadikan sebagai pengajaran. Kaji sedalam mungkin punca masalah dan tangganilah dengan baik :)
All d best!!


mmg tidak dinafikan setiap pemimin ada kelemahannya masing2, namun selagi Musa Aman menjadi KM sabah, kita harus menyokongnya. MUsa byk peranannya dalam pembangunan negeri Sabah. hal yang berlaku dalam LDP adalah daripada sikap Chin yang terlalu emosional.


Saya hanya rasa semua pihak perlulah bekerjasama dan bersatu supaya dapat mencapai matlamat bersama.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails