


Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia Muhaimin Iskandar (foto) hari ini melarang calon pembantu rumah negara itu untuk pergi bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
Kenyataan Muhaimin itu adalah sebagai reaksi kepada kejadian terbaru membabitkan penganiayaan terhadap pembantu rumah Indonesia bernama Winfaedah di Malaysia pada 13 Sept lepas.
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya, dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 Sept lepas.
Sumber: Kompas.Com.
- Kejadian itu katanya menjadi bukti bahawa mereka menanggung risiko tinggi jika pergi bekerja tanpa dokumen rasmi yang lengkap.
- “Jadi jangan berangkat ke Malaysia dulu sampai ada perlindungan yang jelas,” katanya di Denpasar, Bali yang dipetik portal berita Kompas.Com.
Beliau turut meminta agensi pekerjaan Indonesia memainkan peranan memperbaiki pengurusan komunikasi antara tenaga kerja Indonesia yang bekerja di luar negera dengan majikan mereka bagi membantu memberi pelindungan yang diharapkan itu.
Susilo turut meminta kedutaan besar Indonesia di Kuala Lumpur agar mengawasi proses undang-undang terhadap Winfaedah yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Winfaedah yang berasal dari Lampung berusia 26 tahun itu dilapor dianiaya dan diperkosa majikannya, dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan sebelum ditemui 13 Sept lepas.



September 23, 2010 8:32 AM
Lebih baik jika negara kita tidak bergantung sangat dengan pekerja asing.
September 23, 2010 8:41 AM
harap kes winfaedah dapat diselesaikan dengan sewajarnya.
September 23, 2010 8:50 AM
mana rkyat indonesia yang ingin bekerja di Malaysia perlulah melalui agensi pekerjaan yang sah agar mendapat perlindungan.
September 23, 2010 11:18 AM
Indonesia berhak melarang atau menghentikan serta merta calon pembantu rumah untuk berkerja di Malaysia. itu adalah tindakan terbaik bagi memastikan isu penderaan tidak berulang lagi. kerajaan Malaysia juga perlu memastikan majikan yang mendera Winfaedah dikenakan tindakan tegas, lebih2 lagi setelah isu ini mendapat perhatian meluas di Indonesia sehingga mencetuskan kembali demonstrasi 'ganyang Malaysia'..
September 23, 2010 1:26 PM
kejadian penderaan pembantu rumah indonesia ini menaikkan lagi kemarahan rkyat indonesia terhadap malaysia, sehingga kerajaan indonesia melarang rkyatnya menjadi pembantu rumah di malaysia. bagaimanapun ini adalah hak indonesia dalam menjaga rakyatnya.
September 23, 2010 2:15 PM
Pastikan calon pembantu rumah mempunyai perlindungan yang jelas sebelum berangkat ke Malaysia.
September 23, 2010 2:17 PM
Diharapkan majikan Winfaedah dijatuhkan hukuman berat.
September 23, 2010 4:18 PM
memang wajar kerajaan Indonesia berbuat demikian kerana untuk melindungi rakyatnya yang bekerja di malaysia..
September 23, 2010 4:21 PM
memalukan negara sahaja berikutan kes2 penderaan pembantu rumah..mengapa rakyat kita mahu mengambil pembantu rumah dari luar sedangkan mereka tidak menjaga kebajikannya? kerajaan harus memantau kes2 seperti ini..
September 23, 2010 4:22 PM
haruslah majikan melalui satu proses temuduga khas sebelum dibenarkan mengambil pembantu rumah dari luar..ini bagi menilai sama ada bakal majikan itu benar2 ikhlas dan baik atau sebaliknya..
September 23, 2010 4:26 PM
mungkin ada baiknya kerajaan indonesia melarang rakyatnya menjadi pembantu rumah di malaysia..ini melatih kita supaya tidak bergantung kepada rakyat asing dan memberi peluang kepada rakyat kita sendiri..
September 23, 2010 4:27 PM
harap kes penderaan dan rogol winfaedah akan disiasat dan diadili dengan seadil-adilnya..
September 24, 2010 11:19 AM
Semoga perkara ini tidak menjejaskan hubungan kita dengan negera Indonesia.
September 24, 2010 11:41 AM
Kita kutuk sekeras-keras jenayah yang dilakukan terhadap pembantu rumah asing.
Mereka juga manusia yang berisi daging sama dengan kita. Berperasaan macam kita.
Heret penjenayah ini ke penjara.
September 24, 2010 3:20 PM
daripada salah majikannya timbul isu kenegaraan. sungguh hebat. hingga Wali Band pun turut mau Malaysia memohon maaf kerana menciplak lagu mereka. sampai bila harus begini?
September 25, 2010 12:33 AM
Cara hidup keluarga yang bergantung kepada pembantu rumah tiba masa membuat perubahan.
Tanpa pembantu rumah boleh hidup juga.
September 25, 2010 1:14 AM
Tiada amah bukan hari kiamat. Lihat dunia barat, kebanyakan keluarga tidak mempunyai pembantu rumah.
September 25, 2010 9:52 AM
Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan aman dan damai. Peperangan tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak.
September 26, 2010 9:18 PM
Aduii ba kesiannya si Wifainda ni. Apalah jenis manusia yang sanggup buat mcm ni oo. huhu
September 26, 2010 9:19 PM
Saya harap kes ni dapat ditanggani dengan baik. Jangan sampai hal ni menjadi titik tolak permusuhan antara rakyat di kedua-dua buah negara.
September 26, 2010 9:21 PM
Tapi bagus juga lah kalau calon pembantu rumah Indonesia dilarang bekerja di Malaysia. Yalah itukan hak mereka utk jaga keselamatan rakyat dorang :)
September 26, 2010 9:22 PM
Kalau boleh kerajaan kenalah kurangkan kemasukan pekerja asing (pembantu rumah), galakkan rakyat utk mengurus rumahtangga mereka. Tak perlulah ambil pembantu rumah warga asing bah - jimat duit. haha
September 26, 2010 9:24 PM
Betul tu maxi shenzi. Isu ni berjaya mencetuskan kemarahan rakyat Indonesia. So saya harap kerajaan akan tanggani hal ni sebaik mungkin.
September 27, 2010 9:17 AM
Diharapkan ada situasi Win-win antara dua pihak.
Post a Comment