
Photo Nostalgia Pembunuhan Yang Terjadi Pada 13 mei 1969
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumu- dan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.- “Segala apa yang kita capai, segala apa yang kita bina dan segala apa yang kita hargai, boleh hancur berkecai dan musnah dalam sekelip mata. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada,” kata Per dana Menteri dalam perutusannya sempena Hari Kemerdekaan ke-53 yang akan disambut kelmarin.
- Beliau berkata sudah tiba giliran generasi sekarang untuk menerajui Malaysia ke peringkat kemajuan dan kemakmuran yang lebih tinggi.
- Perdana Menteri berkata, cabaran sebenar rakyat Malaysia hari ini adalah untuk mentransformasikan negara supaya menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
- Ke arah itu, katanya, kerajaan telah memasakkan asas-asas yang kukuh dalam bentuk pelan transformasi kerajaan (GTP) dan pelan transformasi ekonomi (ETP) sebagai pelan hala tuju yang jelas ke arah matlamat mulia itu.
Menurut Najib, kejayaan mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana, adalah hasil iltizam, perancangan dan kerja keras kerajaan bersama rakyat dengan berpegang kepada falsafah untuk sentiasa berada di hadapan keluk perubahan dan pembaharuan.


September 2, 2010 8:47 AM
kita harus menghargai keharmonian yang kita kecapi pada masa kini, jgnlah kita cuba nak musnahkannya, perpapuan kaum perlu dijaga, hormatilah antara satu sama lain. jgn biarkan peristiwa seperti 13 Mei berulang lagi.
September 2, 2010 8:51 AM
Ya, kita perlulah bersatu tidak kira apa jua bangsa dan agama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
September 2, 2010 9:58 AM
Kita haruslah menjaga dan memahami erti perkauman dan mempelajari kaum orang lain. Kerana ini boleh menghancurkan semua yang telah tercipta selama ini. Oleh itu, kita perlu menghargai keamanan, keharmonian dan kestabilan yang ada sekarang ini.
September 2, 2010 10:02 AM
mari kita sama-sama mengekalkan keamanan yang telah tercipta ini. Mari kita membangunkan dan juga bersatu untuk negara ku MAlaysia. Bukan kerajaan saja tapi semua pihak. Kita haruslah lebih berfikiran positif dan jangan terlalu terpengaruh oleh kata-kata yang tidak pasti.
September 2, 2010 10:52 AM
semua pihak harus berusaha mengekalkan keharmonian negara ini. janganlah ada pihak yang ingin menimbulkan isu-isu kaum. kita perlu bersama-sama menyumbang kepada kemajuan negara ini.
September 2, 2010 10:55 AM
orang yang pernah melalui peristiwa 13 Mei lebih memahami dan merhargai perpaduan antara kaum dan mempunyai semangat patriotik yang tinggi untuk membina masyarakat dan negara maju. generasi selepas 1969 patut jadikan peristiwa itu sebagai pengajaran dan menghargai apa yang telah kita kecapi sekarang.
September 2, 2010 11:02 AM
kerajaan, pemimpin dan rakyat memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan di Malaysia sentiasa kukuh dan elakkan isu2 yang boleh memecah belahkan rakyat.
September 2, 2010 1:38 PM
apa yang dikatakan oleh PM itu adalah benar, kita tak seharusnya membangkitkan isu perkauman kerana ia boleh merosakkan keharmonian yang kita telah bin selama ini. semua kaum harus bersatu dan saling bekerjasama.
September 2, 2010 3:02 PM
kita semua perlu mengekalkan keamanan yang ada di negara kita ini. kita perlu hidup saling menghormati antara satu sama lain.
September 3, 2010 11:35 AM
Isu perkauman tidak patut diungkit, kerana ini akan merosakkan perpaduan. Kita pun janganlah bersifat racis ataupun diskriminasi.
September 6, 2010 11:22 PM
Ya betul, hargailah keharmonian yang kita miliki sekarang. Jangan asyik fikir hal sendiri saja, ingat2 jugalah dengan org lain.
September 6, 2010 11:24 PM
Negara kita ni negara majmuk, pelabagai agama, bangsa dan agama.. Memang unik, dan paling unik lagi ialah kesanggupan masyarakat yang sanggup hidup bersama-sama. Jadi janganlah rosakkan keunikan yang kita miliki.
September 6, 2010 11:25 PM
Kata orang bersatu teguh, bercerai roboh! Jadi pilihlah utk hidup dalam kesatuan agar kita sentiasa teguh tak kira apapun yang berlaku.
September 6, 2010 11:27 PM
Ya betul Ivan. Elakkan sebarang anasir -ve yang mampu menyumbang kepada perpecahan.
September 6, 2010 11:29 PM
Semoga setiap individu dapat menerapkan sikap kasih sayang dan cintakan kedamaian dalam kehidupan harian. Saya yakin kita pasti dapat hidup lebih harmoni:)
Post a Comment