
Dalam usaha Najib untuk mengekalkan Sabah sebagai simpanan tetap kerajaan BN, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak mahu ketinggalan untuk meraih sokongan rakyat Sabah apabila beliau mengumumkan pakatan pembangkang akan memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika pakatan itu memerintah negara ini.
Sumber: NST
- Dalam pada itu, pemimpin-pemimpin BN negeri sabah menyifatkan janji Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut sebagai salah satu daripada siri pembohongan Anwar pada tarikh 16 September.

- Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar) berkata, rakyat Sabah diingatkan supaya tidak mudah termakan dengan janji berkenaan kerana janji tersebut sukar untuk ditunaikan jika rekod dan tindak-tanduk Ahli Parlimen Permatang Pauh itu diambil kira.
- “Bagaimana dia hendak memberikan autonomi, sedangkan dalam soal pelantikan Pengerusi PKR negeri pun ditentukan olehnya (Anwar).
“Rakyat Sabah tidak lupa apabila dia menolak pelantikan Datuk Dr. Jeffrey Kitingan sebagai Pengerusi PKR negeri, walaupun Dr. Jeffrey mendapat sokongan majoriti pemimpin tempatan dan telah banyak berkorban.- “Sebaliknya, dia melantik kroninya. Orang macam inikah yang akan memberikan autonomi kepada Sabah,” katanya di sini kelmarin.
- Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, keikhlasan Anwar juga boleh diragui apabila dia gagal menyatakan dengan jelas bentuk autonomi yang cuba diberikan itu.
- “Adakah autonomi itu turut melibatkan perkara seperti pertahanan atau membenarkan Sabah memungut cukai sendiri. Jika jawapan tidak, autonomi bagaimana?
- “Jika berkaitan autonomi dalam pelantikan Ketua Menteri Sabah, ia juga mustahil kerana semua tahu dalam hal ini, akan ditentukan oleh Anwar sendiri. Jadi ini jelas satu pembohongan besar,” tegasnya.
Timbalan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, Anwar perlu menjelaskan bentuk autonomi terbabit kerana ia terbuka kepada tafsiran.
- “Sesiapa pun tidak boleh menjanjikan sesuatu di luar daripada apa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia. Kalau tidak ia sekadar janji dan retorik politik yang dihambur bagi memancing sokongan,” katanya.



September 20, 2010 10:15 AM
Rakyat sepatutnya mengundi calon yang berkebolehan dan kelayakan menjadi pemimpin yang baik. Janji-janji daripada mana-mana pihak senang dikeluarkan tapi tidak semestinya dijalankan. Rakyat perlu pandai menilai sendiri.
September 20, 2010 10:47 AM
untuk berjanji memang mudah tapi untuk melaksanakan memang sukar. rakyat kenalah bijak dalam menilai setiap pekara.
September 20, 2010 3:21 PM
Anwar tidak ada jalan lain selain memecah belahkan negara agar memudahkan mereka mengambil alih negara. Itu saja jalan yang ada. pakatan mengakui mereka tidak akan berupaya jika Sabah tidak dapat dipisahkan kerana kerusi parlimen yang semua orang tahu menjadi fix deposit BN. Menjanjikan kerajaan autonomi untuk Sabah dan memisahkan pentadbiran dari kerajaan Pusat sudah pasti akan cuba dimainkan sehabis habisnya.
September 20, 2010 3:25 PM
mungkin Anwar perlu menjelaskan secara terperinci bentuk autonomi yang cuba diberikan kepada Sabah dan apa persiapan atau rancangan Anwar untuk mencapai hasrat itu..
September 20, 2010 7:27 PM
rakyat sabah tidak percaya kepada kata2 Anwar...disebabkan Anwarlah sabah dibanjiri oleh PATI..rakyat sabah akan menolak PKR pada PRU13 nanti..
September 20, 2010 7:29 PM
satu lagi pembohongan dari Anwar..Anwar sanggup melakukan apa saja untuk memastikan dia akan berkuasa selepas PRU13 nanti...rakyat usah percaya akan kata2 beliau yang umpama setinggi langit..
September 20, 2010 7:32 PM
bentuk autonomi yang bagaimana dikatakan oleh anwar? beliau sendiri tidak percaya kepada orang sabah, bagaimana dia nak berikan kuasa autonomi kepada kerajaan negeri sekiranya PR menang? Anwar hanya tahu bohong demi angan2 beliau..
September 20, 2010 11:47 PM
Hhhmm ada2 ja idea timbul ba. Ini barulah cara memancing ikan yang baik.. hehehe
September 20, 2010 11:49 PM
Setiap parti pasti ada matlamat tertentu utk membangunkan rakyat. Namun harus diingat tidak semua yang diimpikan atau dirancang tu berhasil. K/kala ada juga masalah yang timbul ba, so agak-agaklah dalam menabur janji. Jangan janji tinggal janji ja. hehe
September 20, 2010 11:50 PM
Saya harap rakyat akan lebih matang dalam mebuat penilaian. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu yang tak diketahui sejauh mana keihlasan mereka:P
September 20, 2010 11:52 PM
So Anwar harus jelaskan hasrat beliau dan biar rakyat sendiri nila s/ada beliau boleh diyakini atau sebaliknya..
September 20, 2010 11:53 PM
Apapun tunggu & lihat ja la next GE. Harap2 semuanya OK dan pastikan rakyat buat pilihan yang terbaik!
September 21, 2010 9:49 AM
Baik kita tunggu dan lihat, semuanya akan didedahkan bila PRU-13 nanti.
September 23, 2010 11:22 AM
Dulu jawatan Ketua Menteri dijadikan umpan untuk menjatuhkan kerajaan negeri PBS, kini umpannya lebih menarik dengan menawarkan kuasa autonomi.
September 23, 2010 2:04 PM
Boleh percayakah janji ini?
Rakyat Sabah perlu berhati-hati memilih kerajaan.
September 23, 2010 3:15 PM
Rakyat Sabah harus berwaspada pada janji-janji yang buat tak kira dari siapa.
Jangan terlalu mudah diperdaya.
September 24, 2010 11:24 AM
Rakyat sendiri kenalah menilai setiap calon berdasarkan kebolehan dan prestasi masing-masing.
Post a Comment