

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada pembentangan bajet bulan depan.
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.
Sumber: NST
Presidennya Omar Osman berkata Cuepacs sudah menghantar permohonan mengenai perkara itu kepada kerajaan.
- “Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut. Kita mohon dua bulan bonus, namun jika tidak boleh dua bulan, sekurang-kurangnya sebulan.
- “Bagaimanapun, ia terserah kepada kebijaksanaan dan kemampuan kerajaan. Kita berharap pemberian bonus ini dapat dipertimbangkan memandangkan keadaan ekonomi negara yang semakin menyakinkan,” katanya kepada pemberita, di sini kelmarin.
- pemberiaan bonus itu sudah pasti dapat meringankan beban tanggungan dan menyuntik semangat baru kepada 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara, kata nya.
- “Penjawat awam merupakan tulang belakang kerajaan…jika mereka ceria maka cerialah kerajaan. Saya harap tidak ada pihak yang mempertikaikan pemberian bonus kepada penjawat awam ini kerana jika tidak Cuepacs tidak memperjuangkan, siapa lagi, katanya.



September 24, 2010 11:14 AM
Kita cuma berharap agar kerajaan dapat pertimbangkan pemberian bonus.
September 24, 2010 11:16 AM
Jika penjawat awam ini berprestasi baik, tidak bermasalah jika memberikan mereka bonus. Tapi jika prestasi buruk pun diberi bonus, bila entahnya mereka akan membaiki kelemahan diri?
September 24, 2010 11:17 AM
pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan perlu dipertimbangkan, namun, ia perlulah bergantung kepada ekonomi dan kewangan kerajaan.
September 24, 2010 11:22 AM
terpulang kepada kerajaan untuk mempertimbangkan pekara ini. apa pun harap keputusan berhubung pekara ini nanti baik untuk semua pihak.
September 24, 2010 11:24 AM
Kalau tidak dapat bonus pun tapi ada insentif tamabahan sebagai contoh menaikkan yuran perumahan ia sudah memberi sumbangan besar kepada rakyat.
September 24, 2010 11:35 AM
u go Cuepacs! Kadang2 bila prestasi seseorg penjawat awam itu semakin merundum, bila diberi bonus akan naiklah semangatnya kembali.
September 24, 2010 11:57 AM
Itu akan ditentukan pada pembentangan bajet bulan depan. Harap penjawatan awam tidak terlalu mengharap. Cuepacs akan cuba untuk membantu.
September 24, 2010 12:00 PM
tengok dengan kewangan negara juga untuk memberikan bonus. Jika kewangan negara mengizinkan untuk pemberian bonus maka tunggu saja hujung tahun ini, jika tidak apa boleh buat. Tunggu saja keadaan kewangan stabil.
September 24, 2010 12:26 PM
jika dilihat pada perkembangan ekonomi malaysia kini yang semakin kukuh, adalah tidak menjadi masalah kepada kerajaan untuk memberikan bonus kepada kakitangan kerajaan pada tahun ini..
September 24, 2010 12:29 PM
jika kerajaan meluluskan permohonan Cuepacs ini, ianya boleh meningkatkan intergriti kakitangan kerajaan serta meningkatkan produktivi dan perkhidmatan..
September 24, 2010 12:30 PM
sumbangan kakitangan kerajaan sebagai tulang belakang kerajaan harus diiktiraf..dan pemberian bonus adalah salah satu cara yang boleh digunapakai bagi menghargai jasa serta sumbangan mereka kepada pembangunan negara..
September 24, 2010 12:32 PM
keprihatinan Cuepacs kepada penjawat awam harus dipuji..
September 24, 2010 12:33 PM
diharapkan agar kerajaan akan mempertimbangkan serta meluluskan bonus penjawat awam pada tahun ini..
September 24, 2010 12:35 PM
apa pun keputusan, ianya hanya akan diketahui selepas pembentangan bajet bulan depan...diharapkan keputusan itu adalah seperti yang diharap-harapkan..
September 24, 2010 1:36 PM
kerajaan akan mempertimbangkan juga perkara ini. bagaimanapun terima sajalah keputusan kerajaan.
September 24, 2010 3:29 PM
kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya. Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan. Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara. Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam2nya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa.
September 24, 2010 3:33 PM
walau bagaimanapun, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat2 yang getir. eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan. biarlah kerajaan buat keputusan samada pemberian bonus ini perlu atau tidak untuk tahun ini.
September 25, 2010 9:57 AM
Bergantunglah kepada keputusan terakhir kerajaan.
September 26, 2010 10:05 PM
Kadangkala saya terfikir bah, kenapa ya... asal melibatkan bonus atau kenaikan gaji semuanya tertumpu pada penjawat awam??? huhuhu
Jealousnya I :P
September 26, 2010 10:07 PM
Mesti best kalau jadi penjawat awam kan... Waa berbaloi-baloi. hahhaa
September 26, 2010 10:08 PM
Pemberian bonus mmg patut. Sekurang-kurangnya utk galakkan para pekerja supaya berusaha tingkatkan prestasi mereka/
September 26, 2010 10:10 PM
Tapi kena tengok juga lah samada penjawat awam ni layak dapat ka tak. hihi
Bukan apa lah, tapi kadang2 bila berurusan dengan k/tangan kerajaan ni bikin panas juga. Setiap kali dicari, selalu jawapannya meeting, outstation, keluar minum/makan!!! huhuhu
September 26, 2010 10:10 PM
Tapi kena tengok juga lah samada penjawat awam ni layak dapat ka tak. hihi
Bukan apa lah, tapi kadang2 bila berurusan dengan k/tangan kerajaan ni bikin panas juga. Setiap kali dicari, selalu jawapannya meeting, outstation, keluar minum/makan!!! huhuhu
September 26, 2010 10:11 PM
Apapun terpulanglah pada kerajaan utk menentukannya. Yang penting semua penjawat awam buatlah kerja dengan baik k:)
September 27, 2010 9:28 AM
Jika penjawat awam tidak menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka tapi masih diberikan Bonus. Ini tidak adil kepada rakyat kerana mereka yang membayar cukai.
Post a Comment