SUARA BEBAS TUARAN

Kerajaan Persekutuan Jual Empangan Bakun kepada Kerajaan Sarawak?

Labels:
Kerajaan Persekutuan bersetuju menjual Empangan Elektrik Hidro Bakun di Belaga kepada Kerajaan Sarawak, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Chin memberitahu Bernama bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak telah memulakan perundingan untuk menentukan harganya.
  • "Oleh kerana mereka mahukan elektrik itu kekal di Sarawak, kami tidak akan meneruskan projek kabel dasar laut. Berasaskan perkara itu, mereka mahu membeli dan kami kini berbincang mengenai harganya," katanya.
  • "Usaha memenuhkan takungan empangan itu, seluas pulau Singapura, dijadual dimulakan bulan depan," katanya.
Projek Bakun itu, iaitu empangan elektrik hidro terbesar di Malaysia, terletak di Sungai Balui di hulu lembangan Sungai Rejang, kira-kira 37km di sebelah hulu Belaga.
Projek elektrik hidro itu mula-mula dicadangkan pada awal 1980'an oleh Kerajaan Persekutuan untuk mempelbagaikan sumber kuasa negara ini dan mulanya diberikan kepada Ekran Bhd, iaitu sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Ting Pek Khing.
  • Kerja fizikal empangan itu bermula pada 1994.
  • Sarawak Hidro telah diwujudkan bagi mengambil alih pembangunan dan pengurusan projek itu pada 2000 selepas krisis kewangan Asia 1997-98 melumpuhkan projek itu.
Pada akhir 2002, satu konsortium yang diketuai Sime Darby memenangi tender kompetitif untuk melaksanakan kerja-kerja awam bagi empangan itru pada harga kurang RM1.8 bilion.
Kos keseluruhan Bakun secara rasminya diletakkan pada harga RM7.3 bilion, tetapi berikutan lebihan kos, ganti rugi bagi kelewatan dan kadar faedah, kos muktamadnya dikatakan telah meningkat tinggi.
Sumber: BERNAMA
12 comments:

Adakah Sarawak betul-betul memerlukan bekalan kuasa elektrik sebanyak itu?


Semoga masalah elektrik akan dapat ditangani dengan adanya empangan Bakun ini. Kerejaan negeri haruslah melakukan pembinaan tersebut dengan bersungguh-sungguh.


lepas jual nanti, diharapkan kerajaan persekutuan tidak masuk campur atas apa sahaja tindakan atau perancangan kerajaan negeri Sarawak terhadap empangan itu.


Apa kesudahan projek mega ini? Adakah ia mampu mencapai matlamat pembinaanya?


Empangan ini dibina dengan kos lebihan yang sangat besar. Tidak menjadi masalah jika empangan ini dijual kepada Kerajaan Sarawak dengan syarat empangan ini dijual dengan harga yang berpatutan.


Kerajaan Sarawak mampu membeli empangan ini.
Jika Kerajaan Sarawak mampu mengurus empamgan ini, jual saja empangan ini kepada Kerajaan Sarawak.


kalau dah dijual, harap kerajaan Sarawak akan urus sebaik mungkin.


Betul tu miami. Jual dengan harga berpatutan supaya kedua-dua pihak tak rugi apa2 la..


Saya yakin kerajaan sarawak berkeyakinan penuh utk menguruskan empangan ni dengan baik. Jika pembelian empangan itu adalah utk kepentingan ramai pihak, apa salahnya kan jual kepada kerajaan sarawak.


Semoga hal ni tak dipolitikkan oleh pihak2 tertentu utk kepentingan sendiri kerana ia hanya akan mengundang kekeliruan di kalangan publik.


Semoga semuanya berjalan mengikut perncangan. Saya sokong ja, asalkan ia mendatangkan kebaikan pada rakyat. hehe


Mengapa kerajaan pusat sanggup mengeluarkan dana yang besar untuk menyambung kabel ke Semenanjung tapi enggan menyambung ke Sabah dimana bekalan elektrik lebih diperlukan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails