SUARA BEBAS TUARAN

Kes Bayi Di Jumpai Menangis Di Bawah Jambatan

Labels:

Seorang bayi lelaki dijumpai dalam keadaan kesejukan dan dihurung serangga di bawah sebuah jambatan merentasi Sungai Liar berhampiran Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah, Sungkai dekat Tapah, Perak kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tapah, Deputi Supritendan Abdullah Arshad berkata, bayi malang yang dipercayai berusia dua hari itu dijumpai oleh seorang remaja perempuan, Nurul Ain Zakaria, 16, yang terdengar suara tangisan kira-kira pukul 5.40 petang.
Beliau berkata, sebelum itu Nurul Ain sedang menunggu ibu dan adik lelakinya untuk pulang ke rumah di Menderang, Sungkai setelah berkelah di Sungai Tesong tidak jauh dari situ.
“Setelah dicari bunyi suara tangisan itu, remaja dan keluarganya menemui seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat tanpa pakaian di bawah jambatan tersebut.
Sumber: Kosmo
14 comments:

Isu pembuangan bayi ini perlu ditangani sebaik mungkin. Diharapkan semua lapisan masyarakat, NGO dan Kerajaan boleh melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk memastikan masalah ini tidak akan melarat dan mengilhamkan cara yang boleh menyelesaikan masalah ini.


kes buang bayi ni tak habis2, ibu bapa bayi ini, tak ada tanggungjawab langsung.


Sangat menyedihkan.. Mungkin kita boleh membuat perubahan..

http://www.yesican.com.my/


Syukur bayi tersebut dijumpai oleh seseorang.


Diharapkan polis menyiasat siapa ibu bapa kepada bayi tersebut. Pastikan mereka dihukum setimpal kesalahan mereka. Kesian bayi tersebut ditinggal begitu sahaja.


Kalau belum sampai masa, memang selamat juga bah :) Syukur lah :)


Sampainya hati manusia yg buang bayi tu. huhuhu
Semoga polis dapat tangkap pelaku ni, bagi dorang hukuman agar sedar kesalahan mereka.


tidak habis2 kes pembuangan bayi..kalau ya pun, serahkan bayi tersebut di rumah kebajikan bukan membuang dia di semak-samun...


pemantauan dan penguatkuasaan harus diperketatakan...mereka yang bersalah harus dihukum sekeras-kerasnya..


Kes buang bayi yang mengemparkan negara masih belum dapat diatasi. Diharapkan perkara ini dapat ditangani oleh pihak-pihak tertentu. Sebarang pandangan atau pendapat daripada semua masyarakat malaysia diperlukan bagi menyelesaikan masalah ini dari terus berlaku.


Pasti ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan berkesan dapat dibuat selain daripada mengenakan hukuman berat kepada pesalah.


Saya rasa sedih melihat anak yang tidak berdosa ditinggalkan oleh ibu-bapa yang tidak bertanggungjawab.


cari siapa ibubapa bayi itu dan jatuhkan hukuman berat kepada mereka sebagai pengajaran kepada diri mereka sendiri dan juga kepada semua rakyat Malaysia.


Hukuman berat bagi ibu-bapa tidak boleh menyelesaikan semua masalah. Kita kenalah meningkatkan usaha untuk mengelak daripada penghamilan luar nikah dan juga cara mengelakkan bayi dibuang. Pelajaran dan kauseling diperlukan dan juga pusat sokongan dan pusat pengambilan anak seperti Baby Hatch juga patut ditubuhkan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails