
Pilih satu antara dua yangmana benar; Guan Eng atau Nizam yang menyembelih lembu korban
"Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.
- Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.
Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.- "Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.
- Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.
- Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.
Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.



September 7, 2010 9:05 AM
Sesiapa yang menggubah gambar-gambar tersebut memang tidak bertanggungjawab.
September 7, 2010 9:41 AM
perlu disiasat siapa dalang dalam menyebarkan dan mengubah gambar tersebut.
September 7, 2010 10:54 AM
tidak boleh tuduh-tuduh saja siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini. apa pun mereka yang mengubah gambar tersebut memang tidak bertanggungjawab.
September 7, 2010 1:32 PM
"Habislah cybertrooper Pas yang menyamar Pas Lembu: Laporan polis telah dibuat" http://cikguleepk.blogspot.com/2010/09/habislah-cybertrooper-pas-yang-menyamar.html
kononnya tindakan LGE mengharamkan judi bola di Pulau Pinang adalah salah satu langkah yang mendahului kerajaan Pusat,walhal ketika itu keputusan belum pun dibuat oleh kabinet..
kalau LGE perihatin dengan masyarakat yang berbilang bangsa, apa penyelesaian terbaik untuk 2 buah kampung melayu di P.P yang bakal dirobohkan selepas raya? apa penjelasan LGE berhubung dengan peruntukkan 1.3 juta untuk 19 sekolah agama rakyat, tetapi 1.5 juta hanya untuk 5 buah sekolah cina?..
September 7, 2010 1:40 PM
saya harap LGE dapat menarik balik tindakan merobohkan rumah penduduk melayu Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung dan Kampung Jalan Pokok Asam di Jelutong. notis telah dikeluarkan dan tujuan membersihkan kawasan itu adalah untuk tujuan pembangunan. tindakan ini juga merupakan penindasan yang tidak sepatutnya berlaku lebih2 lagi dalam kemeriahan menyambut hari raya aidilfitri.
September 7, 2010 4:12 PM
Inilah salah satu contoh penyalahgunaan teknologi.
September 8, 2010 10:02 AM
Perbuatan ini bukan sahaja menuduh orang yang tidak bersalah malah sengaja digunakan untuk memperbodohkan pembaca.
Post a Comment