

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pula melihat kemunculan PERKASA tidak akan mempengaruhi langsung sokongan orang Melayu terhadap parti Umno, lapor sebuah laman berita tempatan,kelmarin.
Sejak akhir-akhir ini, Khairy adalah antara beberapa anggota Umno yang lantang menentang pendekatan Perkasa, yang dianggapnya sempit dan merosakkan perpaduan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, pergerakan berhaluan kanan itu boleh berkembang jika tidak dicabar kerana 'mesej mereka mudah dan memabukkan', serta condong ke arah '(kompleks) tinggi diri dan penguasaan'.
Sumber: CyNews
'Itu sebabnya saya mengambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli Perkasa, apa yang kamu boleh dapat daripada Perkasa? Tak banyak,' kata Khairy, yang juga Ahli Parlimen (AP) Rembau.
- 'Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik Perkasa kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambah undi Melayu,' tegasnya.
- Khairy, bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dengan Perkasa sebagai sebuah parti politik, keadaannya mungkin berbeza.
- 'Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN (Barisan Nasional), disebabkan Perkasa, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (Perkasa) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya,' jelas beliau ketika diwawancara laman berita Malaysiakini baru-baru ini.
- Ditanya apakah Umno akan terus relevan di kalangan pengundi Melayu, Khairy mempertahankan bahawa parti berusia 64 tahun itu akan terus wujud dalam landskap politik Malaysia.
- 'Kami akan sentiasa lebih besar daripada Perkasa,' katanya, sambil mengumpamakan Umno seperti sebuah khemah yang besar.
Sejak akhir-akhir ini, Khairy adalah antara beberapa anggota Umno yang lantang menentang pendekatan Perkasa, yang dianggapnya sempit dan merosakkan perpaduan Barisan Nasional (BN).Menurutnya, pergerakan berhaluan kanan itu boleh berkembang jika tidak dicabar kerana 'mesej mereka mudah dan memabukkan', serta condong ke arah '(kompleks) tinggi diri dan penguasaan'.



September 9, 2010 8:20 AM
nampaknya KJ suka cakap besar tentang PERKASA ni.
September 9, 2010 8:22 AM
kepada mana-mana pihak pun...berjuanglah untuk kebaikan...
September 9, 2010 8:36 AM
Perkasa mungkin tidak akan mempengaruhi penyokongan orang Melayu terhadap UMNO. Tapi ia mungkin akan mempengaruhi penyokong bukan Malayu kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan yang menghina orang Cina dan India. Perbuatan mereka bertentangan dengan konsep 1 Malaysia.
September 9, 2010 11:20 AM
masing2 mahu menghasut. kalau konflik ini berterusan tanpa sebarang penyelesaian, kelak kedua2nya akan ditolak oleh rakyat.
September 9, 2010 4:53 PM
BN terutamanya UMNO tidak patut bertolak ansur dengan Perkasa jika menyokong PM yang mengilhamkan 1 Malaysia.
UMNO harus berani berubah. Pendekatan sempit Perkasa tidak lagi relaven buat rakyat Malaysia.
September 9, 2010 10:32 PM
Yang mana satu?, yang penting JUJUR bah
September 11, 2010 12:24 AM
Tiada juga ba isu timbul ni kalau Perkasa tak cakap sesuatu yang mengguris perasaan org lain... Cuba kalau bagus2 ba cakap, rasanya org bukan Melayu faham juga ba tu.. Ini cakap pun ada unsur rasis - memanglah org terasa bah..
September 11, 2010 12:25 AM
Apapun semuanya terpulang pada rakyat. Saya yakin rakyat pasti beri sokongan jika BN/umno dapat buktikan merekalah yang terbaik :)
September 11, 2010 5:55 PM
Perkasa baru ditubuhkan tetapi sudah mula nampak kesannya yang tidak menguntungkan BN.
Kaum bukan bumi menganggap segala isu yang ditimbulkan Perkasa direstui UMNO.
September 13, 2010 10:23 AM
BN telahpun mengasingkan hubungan Perkasa dengan BN-UMNO. Nampaknya mereka juga sedar dengan kesan negatif yand dibawa oleh Perkasa.
September 13, 2010 11:56 AM
Ramai pemimpin UMNO seperti Tengku Anan, Nazri dan Khairy sudah buat kenyataan jelas bahawa UMNO tidak berkompromi dengan Perkasa, ini adalah langkah bijak bagi UMNO.
September 13, 2010 5:43 PM
Perjuangan UMNO perlu berubah mengikut zaman dan keadaan dunia.
Jika pemikiran lama yang ketinggalan zaman tidak berubah, rakyat akan meninggalkan atau mengalih sokongan kepada pihak yang lebih sesuai.
September 13, 2010 10:33 PM
Perkasa mungkin tidak menyebabkan UMNO kehilangan sokong dari Melayu tetapi sudah pasti memudaratkan keadaan kehilangan sokongan bukan Melayu terhadap Barisan Nasional.
September 14, 2010 8:45 AM
Apa-apa pun, diharapkan kerajaan sendiri tahu apa yang perlu dilakukan.
September 14, 2010 1:11 PM
Sebelum mengukuhkan kedudukan dalam UMNO, Khairy juga selalu mengeluarkan kenyataan yang berunsur rasis. Kini pendiriannya berubah setelah mendapat tempat dalam UMNO.
September 14, 2010 3:10 PM
Jangkaan Khairy tepat kerana kesannya jelas dengan reaksi dari pemimpin buka Melayu serta masyarakat bukan Melayu yang agak panas setelah beberapa kenyataan yang dibuat YDP Perkasa.
September 14, 2010 5:17 PM
Perbalahan antara Khairy dengan Perkasa makin hangat.
Paparan dalam utusan malaysia yang berat sebelah dan menyebelahi Perkasa telah memudaratkan keadaan.
September 15, 2010 9:36 AM
Sesiapa yang mengeluarkan kenyataan racis sepatutnya diambil tindakan yang tegas. Jika tidak, bagaimana kita hendak mencapai 1 Malaysia seperti apa yang diilhamkan oleh PM Najib.
September 15, 2010 12:05 PM
Apa yang dijangka oleh Khairy juga adalah pengetahuan umum oleh ramai pemerhati politik mahupun rakyat yang mengambil berat terhadap aliran politik semasa.
September 17, 2010 10:13 AM
Ya, setuju dengan ggmama, ini memang sudah dijangka kerana tindakan Perkasa melampau itu telah mencetus kecewaan daripada banyak rakyat.
Post a Comment