
gambar illustrasi

Nampak nya kes buang bayi dikalangan anak-anak gadis melayu ini bertambah kronik, bilamana seorang lagi pelajar perempuan melayu (gambar illustrasi) baru-baru ini ditahan reman kerana dipercayai membuang bayi.
pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang yang berumur 20 tahun ditahan kerana dipercayai membuang bayi di belakang rumahnya di Taman Rasa Sayang di Jitra.
Sumber: BERNAMA
pelajar perempuan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Lembah Klang yang berumur 20 tahun ditahan kerana dipercayai membuang bayi di belakang rumahnya di Taman Rasa Sayang di Jitra.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu DSP Ibrahim Mohd Yusoff berkata pelajar itu ditahan kira-kira 8.30 malam selepas polis membuat siasatan setelah menerima maklumat orang awam berhubung penemuan bayi di belakang rumah tersebut pada sebelah petang.- "Kita menerima maklumat daripada orang awam tentang penemuan bayi tersebut kira-kira 5.30 petang semalam dan apabila kita ke tempat kejadian, bayi seberat 2.8kg yang masih bertali pusat itu telah dibawa ke Hospital Jitra untuk menerima rawatan," katanya ketika ditemui pemberita di sini, Ahad.
- Beliau berkata selepas membuat siasatan, pihaknya menemui uri bayi tersebut dalam longkang di belakang rumah suspek.
- Katanya berdasarkan siasatan lanjut, polis berjaya mengesan pelajar yang dipercayai ibu kepada bayi tersebut dan menghantarnya ke Hospital Jitra untuk rawatan.
- "Suspek direman selama empat hari bermula hari ini dan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.
- Berdasarkan maklumat, suspek pulang ke kampung sempena hari raya dan ibu bapanya tidak mengetahui suspek mengandung.
- "Bayi itu dipercayai dilahirkan di bilik air rumah suspek sebelum diletakkan di belakang rumah suspek," katanya.



September 20, 2010 10:17 AM
Lagi kes buang bayi, masalah ini semakin hari, semakin melarat.
September 20, 2010 10:50 AM
golongan remaja perlulah menjauhi sebarang kegiatan tidak bermoral bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah sosial seperti buang bayi dan sebagainya.
September 20, 2010 10:56 AM
Jangan saja pandai buat tapi tak pandai nak tanggung. Kesian bayi2x yang dibuang.
September 20, 2010 10:58 AM
Diharapkan tindakan tegas akan dibuat kepada mereka yang sengaja membuang bayi.
September 20, 2010 3:13 PM
semakin giat kerajaan dan badan2 NGO menangani masalah ini, semakin menjadi2 pula kes pembuangan bayi ini berlaku. saya harap bapa kepada bayi berkenaan juga tidak terlepas dari undang2..
September 20, 2010 11:31 PM
Kadang2 saya terfikir bah, tidakkah individu yang buang bayi ni rasa bersalah? Nyawa ba tu.. alahai..
September 20, 2010 11:32 PM
Semoga semua pihak terutamanya golongan yang bekecenderungan membuang bayi, tolonglah bagi kerjasama supaya hal ni dapat dihentikan.
September 21, 2010 9:53 AM
Sesuatu perlu dibuat untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku dan juga cara baik untuk menyelesaikan masalah bayi terbuang. Kaunseling untuk remaja-remaja ini juga diperlukan.
Post a Comment