
Menurut Liew, LDP yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.- “Kami cuma berasakan sokongan terhadap BN semakin kurang di Sabah dan kami cuba memberitahu kerajaan, khususnya BN, agar berbuat sesuatu mengenainya.
- “Apa yang kami mahu lakukan sekarang ialah cuba memenangi semula keyakinan rakyat di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan biskut raya kepada Kontinjen Polis Sabah,baru-baru ini.
- Liew yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau telah menemui Perdana Menteri semalam dan berbincang mengenai beberapa isu melibatkan rakyat Sabah.
Ditanya mengenai kawajaran bekas Naib Presiden Datuk Peter Pang En Yin yang mengumumkan keluar daripada LDP pada Rabu lepas, kekal sebagai anggota Kabinet negeri, Liew berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada budi bicara Perdana Menteri.
Beliau juga menghantar peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Sabah, tetapi Musa dan kerajaan negeri memutuskan untuk mengekalkan beliau dalam Kabinet negeri buat masa ini.



September 6, 2010 9:44 AM
semoga sebarang perselisihan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik. kerjasama yang erat penting dalam berkhidmat kepada rakyat.
September 6, 2010 9:52 AM
Perkara ini pasti akan selesai sekiranya Timbalan Presiden LDP berbincang semula dengan Pengerusi BN dengan kenyataan LDP sebelum ini. Sebagai Komponen BN sabah haruslah hormat dengan Ketua Menteri dan bukan memberikan kenyataan yang tidak sepatutnya.
September 6, 2010 9:55 AM
Harap Politik sabah ini akan selesai, berkerjasama dan bersatu untuk BN. Sekiranya ada perselisihan cubalah untuk memyelesaikan dengan perbincangan dan idak perlu memberikan kata-kata yang tidak patut. Seperti LDP baru-baru ini, menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkerjasama dengan Datuk Musa Aman. Sepatutnya LDP tidak boleh berkata sedemikian kerana ini akan menimbulkan masalah selepas itu.
September 6, 2010 9:58 AM
BN pasti boleh menyelesaikan semua ini. Bukan Parti BN saja yang ada masalah, tapi pembangkang sendiri jangan mahu memburukkan orang sekiranya sendiri tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri. BN, rakyat akan menyokong dengan sepenuhnya, Berikanlah yang terbaik untuk rakyat, bersatulah dan berkerjasama.
September 6, 2010 9:58 AM
Walaupun LDP tidak keluar dari BN, tapi tidak dapat bekerjasama dengan kerajaan Sabah.
September 6, 2010 10:22 AM
masalah dalam LDP ini kerana pendirian pemimpinannya yang enggan bekerjasama dgn Musa Aman, LDP seharusnya menjalinkan semula kerjasama dgn KM. ketepikan masalah peribadi, utamakan perjuangan parti dan negeri Sabah.
September 6, 2010 10:51 AM
yang penting sekarang, jangan biarkan konflik ini berterusan. teruskan usaha memenangi semula keyakinan rakyat dan elakkan sebarang konflik yang boleh menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN di Sabah. good luck..
September 6, 2010 11:21 AM
Untuk memenangi semula keyakinan rakyat di Sabah, kerjasama antara semua BN komponent perlu ada walaupun. Semua BN komponent harus menumpu perhatian untuk memajukan sabah dan menyelesaikan semua isu2x di sabah.
September 6, 2010 12:54 PM
Saya percaya masaalah dalam BN Sabah akan selesai sepenuh nya sekira nya Musa sanggup mengundur diri dari jawatan KM untuk memberi peluang kepada muka baru.
sapertimana yang dilakukan oleh Pak Mantan PM Malaysia sebelum ini.
Demi untuk memperkuatkan lagi menyatupadukan lagi BN beliau dengan rela hati mengundur diri tanpa syarat dan seterus nya memberi peluang kepada Najib untuk meneruskan pentadbiran dan perjuangan BN Malaysia sehingga kini..Case closed.
September 6, 2010 1:39 PM
benarkah ada lagi naib presiden LDP nak keluar? nampaknya masalah dalam LDP semakin serius, LDP sebaiknya terus bekerjasama dgn KM bukannya Musa Aman perlu mengundurkan diri. LDP perlu berfikiran rasional, jgn pecahkan parti kerana kepentingan diri.
September 6, 2010 1:55 PM
Somehow i agree with your comment SOLYMONE, but who would be the best person to replace him? And how sure are we that he would be a much better cm than Musa?
September 6, 2010 6:39 PM
Thanks for the understanding, pertaining to my point, Mr. Raven.
People say, ‘only mountain, sky and Ocean cannot be replaced ‘. In our Sabah CM case, no one is politically indispensable.
Any Sabah BN leaders (present cabinet ministers) have the humanly potential to replace Musa as CM. Among reliable candidates are Masidi Manjun, Yahya Hussein, Hajji Hajj Nor (UMNO members) etc.
Given a chance, I believe they can perform as well….. I guess.
You don’t have to be filthy rich to be a CM, isn’t? What is needed is brain, heart and leadership capability to be able to manage and control the country.. So to speak.
September 7, 2010 1:24 AM
bagaimana pula dengan penjelasan dari pihak LDP- di mana Datuk Chin mengatakan bahawa LDP menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Musa selaku KM? apakah sebenarnya sebab Datuk Chin berkata sedemikian?
September 7, 2010 1:28 AM
baguslah sekiranya LDP masih setia bersama dengan BN.namun, sebagai parti komponen dalam BN maka haruslah LDP memberikan kerjasama dan sokongan kepada pengerusi BN negeri.
September 7, 2010 1:34 AM
saya setuju dengan ulasan sdr.mantra..jika benar LDP berjuang untuk rakyat dan negeri maka LDP harus fokus kepada usaha penyelesaian isu2 rakyat dan bukannya masalah individu..menyatakan bahawa LDP enggan untuk bekerjasama dengan KM dalam sebarang bentuk menunjukkan bahawa LDP mementingkan diri.lagipun bukan semua ahli LDP setuju dengan pendirian pucuk pimpinan parti.
September 7, 2010 1:40 AM
bagi saya biar pun Musa mengundur diri sebagai KM, belum tentu lagi kemelut politik BN sabah akan selesai..kerana isu2 sekarang akan dibawa ke hadapan..lebih2 lagi jika isu2 tersebut berbentuk individu dimana disebabkan oleh perbezaan pendapat dan sebagainya.selagi adanya ahli dalam mana2 komponen parti BN yang bersikap egois, angkuh dan pentingkan diri selagi itulah isu seperti ini akan berlaku.
September 7, 2010 1:47 AM
parti2 komponen BN di sabah harus bersatu serta mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara satu dengan lain agar dapat bertapak dengan lebih kukuh.
September 7, 2010 8:53 AM
Apa-apa pun, Musa Aman adalah KM kita buat masa ini. Walaupun ada calon lain yang boleh menggantikannya, tapi itu kenalah tunggu masa yang sesuai. Selagi Musa Aman adalah KM Sabah, semua pihak haruslah memberi kerjasama dengan beliau.
September 7, 2010 11:32 AM
selagi Musa Aman menjadi KM Sabah dan Ketua BN Sabah, kita hendaklah memberi sokongan terhadapnya. semua komponen BN trmasuk LDP seharusnya memberikan kerjasama. sikap LDP hnya memecah belahkan parti.
September 8, 2010 10:05 AM
Diharapkan semua ini akan selesai dengan sebaik mungkin. Diharapkan juga LDP akan diberikan peluang untuk memperbaiki hubungan mereka dengan kerajaan Sabah.
September 9, 2010 4:58 PM
Kemelut politik BN belum lagi selesai. Selagi isu mazu tidak memenuhi kehendak LDP, pertikaian masih berlanjutan.
September 11, 2010 7:04 PM
Dalam politik semuanya berkemungkinan. Buat masa ini LDP tidak keluar BN.
Lain kalau LDP rasa mereka terus dipinggirkan. Keadaan mungkin berubah.
September 13, 2010 10:07 AM
Perkara Mazu itu telahpun diselesaikan. KM dah meluluskan pembinaan Patung Mazu itu di Pantai Bak-bak, Kudat dan persekutuan persatuan Hainan juga menerima cadangan ini.
September 13, 2010 12:03 PM
LDP masih keneratan keluar dari BN sebab masih menyandang jawatan dalam kabinet .
Post a Comment