


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mahu menjernihkan semula hubungan Malaysia-Indonesia yang renggang kebelakangan ini, jika Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa peringkat kerajaan pusat.
Malah, beliau mahu suasana hubungan kedua-dua negara terjalin erat kerana percaya ‘progres Malaysia mahupun Indonesia banyak bergantung kepada kekuatan hubungan bersama.’
Anwar berkata laporan berkaitan tenaga kerja Indonesia yang disebut masyarakat negara jiran itu sebagai TKI, juga meminggirkan kepentingan mereka dengan hanya menonjolkan hal negatif.
"Media Malaysia hanya memberitakan kes yang dilakukan oleh TKI, padahal kejahatan yang dilakukan TKI sangat sedikit. Lebih banyak dilakukan masyarakat, bukan pekerja asing," katanya.
Sumber: TV Selangor
Malah, beliau mahu suasana hubungan kedua-dua negara terjalin erat kerana percaya ‘progres Malaysia mahupun Indonesia banyak bergantung kepada kekuatan hubungan bersama.’
- Menyatakan Indonesia dan Malaysia tidak dapat dipisahkan berdasarkan sejarah kedua-dua negara yang berasal dari rumpun sama, Anwar berkata, pihaknya kerap mengetengah isu hubungan Malaysia-Indonesia di Parlimen.
Memetik laporan Kompas.Com, beliau tekad untuk menyelesaikan pelbagai masalah melibatkan kedua-dua negara termasuk membanteras kezaliman terhadap warga Indonesia di Malaysia, jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di peringkat pusat.- Anwar bertekad untuk menyelesai masalah sedemikian mengikut Perlembagaan walaupun mengakui tidak mungkin semua masalah membabitkan kedua-dua negara, dapat diatasi sepenuhnya.
- "Kita tidak jamin kekerasan itu dihentikan sama sekali, yang boleh kita jamin we will take action (tindakan tegas), keras," ucapnya ketika menjawab pertanyaan seusai kuliah umum di Sekolah Pemerintahan Soegeng Sarjadi, Minggu di sini, hari ini.
- Mengikut Detik News pula, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilapor mahu mewujudkan media Malaysia yang bebas berikutan kecewa kerana pengamal media di Malaysia kerap menyiar laporan tidak seimbang dalam hal berkaitan Indonesia.
- "Di Malaysia, tidak ada liputan yang berimbang soal Indonesia," katanya pada forum berjudul 'Reformasi Politik dan Demokrasi di Malaysia, Menuju Persahabatan Setara Indonesia-Malaysia' di Hotel Four Seasons, Setiabudi, Jakarta Selatan hari ini.
- Malah, beliau berkata, media Malaysia tidak pernah menyiarkan laporan berkaitan usaha memerangi memerangi korupsi di Indonesia, sehingga seolah-olah memberi gambaran semua orang Indonesia melakukan rasuah.
- "Padahal Malaysia juga korupsi, tapi korupsinya lebih canggih karena pakai cara Inggeris, kalau Indonesia masih pakai cara Belanda," terangnya.
Anwar berkata laporan berkaitan tenaga kerja Indonesia yang disebut masyarakat negara jiran itu sebagai TKI, juga meminggirkan kepentingan mereka dengan hanya menonjolkan hal negatif."Media Malaysia hanya memberitakan kes yang dilakukan oleh TKI, padahal kejahatan yang dilakukan TKI sangat sedikit. Lebih banyak dilakukan masyarakat, bukan pekerja asing," katanya.



September 27, 2010 9:02 AM
Peperangan tidak membawa manfaat kepada mana-mana pihak. Kita perlu menjaga hubungan baik dengan semua negara terutamanya negara jiran.
September 27, 2010 9:22 AM
rasanya hubungan Malaysia-Indonesia sentiasa berada dalam keadaan baik di bawah kerajaan sekarang. walau pun kadang-kadang terdapat isu yang timbul namun secara keseluruhannya hubungan kedua-dua negara adalah baik.
September 27, 2010 9:52 AM
hubungan antara Malaysia dan Indonesia tetap dalam keadaan baik walaupun wujud beberapa masalah.
September 27, 2010 9:54 AM
‘progres Malaysia mahupun Indonesia banyak bergantung kepada kekuatan hubungan bersama.’- Anwar
Saya setuju dengan kenyataan Anwar. Oleh itu, diharapkan kerajaan akan berbuat yang terbaik untuk menyelesaikan masalah2x yang menyebabkan keretakan hubungan Malaysia-Indonesia.
September 27, 2010 12:01 PM
hubungan baik Malaysia-Indonesia telah lama wujud walaupun terdapat isu-isu tertentu yang berlaku. jika terdapat isu yang timbul ia pasti dapat ditangani oleh kedua-dua negara.
September 27, 2010 1:25 PM
malaysia dan indonesia mempunyai bahasa dan budaya yang hampir sama, kedua negara ini harus menjalinkan hubungan dengan baik.
September 27, 2010 1:39 PM
Janganlah hanya menunggu apabila PR memerintah kerajaan pusat, barulah hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia jadi baik. Indonesia juga perlu bersikap terbuka dan rasional, kenapa balik2 ingin mengambil tindakan keras terhadap Malaysia. Tidak pula saya lihat media2 Msia menjahanamkan Indonesia, malah tidak henti2 menyiarkan sinetron2 mereka.
September 27, 2010 11:50 PM
Bukan saja Anwar bah, saya yakin PM kita pun mahu selesaikan isu ni juga.
September 27, 2010 11:52 PM
Tak dinafikan timbul ketidakpuasan hati dikalangan segelintir warga Indonesia terhadap negara kita sehingga berlakunya tunjuk perasaan. Namun ia tak bermakna hub. Indonesia-Malaysia tak akrab.
September 27, 2010 11:54 PM
So Anwar tak payahlah nak jadi hero pula. Better fokus kepada perpaduan dalam parti mereka sendiri dan hentikanlah menabur janji manis.
September 27, 2010 11:55 PM
Bagi saya paling penting ialah kesedaran individu itu sendiri utk berfikir secara matang dan cari jalan yang terbaik utk menyelesaikan sesuatu masalah dan bukannya asyik buat demo saja.
September 27, 2010 11:57 PM
Semoga kerajaan Indonesia dapat mengawal penunjuk perasaan itu dan pastikan hal ni diselesaikan secepat mungkin. Rakyat Malaysia pun kenalah berpada-pada supaya tak menimbulkan ketegangan.
September 28, 2010 9:21 AM
Diharapkan perkara ini boleh diselesaikan secepat mungkin. Kerajaan daripada kedua-dua negara perlu bertemu untuk membincangkan perkara ini serta mendapatkan cara yang baik untuk menangani perkara ini.
September 30, 2010 10:41 AM
ramai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Anwar memburukkan Malaysia ketika membuat kenyataan di Indonesia. walau apapun pandangan rakyat malaysia berkenaan dengan kenyataan beliau, yang pasti kenyataan itu bukan sahaja memberi kesan kepada kerajaan malah negara.
October 1, 2010 10:27 AM
Pihak berkuasa perlu menjelaskan perkara ini kepada rakyat.
Post a Comment