SUARA BEBAS TUARAN

Naikkan Had Umur Untuk Khidmat Dalam Sektor Kerajaan Sehingga Usia 60 Tahun?

Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.
Presiden Cuepacs , Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.
  • Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.
  • “Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.
  • “Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual.
  • Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.
  • Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun. Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.
  • Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.
  • “Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib,” katanya.
  • Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.
  • “Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin,” katanya.
Sumber: NST
23 comments:

mmm...buat masa ni sy kekal pilih 56thn..


cadangan ini mempunyai pro dan kontranya. jika cadangan ini dipertimbangkan, kajian perlu dilakukan terlebih dahulu.


Why the need to follow our neighbor country? Malaysia is not a follower.


I don't think it be such a good idea to raise the retirement age. 56 should be the right time to retire. Who would want to work till 60? People also want to rest mah and go traveling. Unless those who have nothing better to do can just apply to extend their service.


perkara ini perlu dipertimbangkan, lagipun, ia adalah pilihan penjawat awam itu sendiri untuk melanjutkan perkidmatan ataupun bersara pada usia 56 tahun.


"Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun."


Hah??? How's that suppose to make Malaysia far behind from other countries just because of the different in the age limit for service in government sector???


Kajian harus dibuat sebelum melaksanakan cadangan ini. Pastikan majoriti atau kesemua pekerja sektor kerajaan bersetuju dengan cadangan tersebut.


Terpulanglah dengan kerajaan juga keputusan terakhir.


kerajaan perlu mencuba cadangan ini memandangkan negara2 jiran telahpun mengamalkannya. bagi saya cadangan ini tidak akan menimbulkan masalah kerana had umur 60 tahun itu bukan sesuatu yang wajib, tetapi terpulang kepada penjawat itu sendiri untuk membuat pilihan.


cadangan ini boleh dipertimbangkan, tp bagaimanapun, kerajaan kena meneliti perkara ini. harap kerajaan membuat keputusan yang baik.


Satu cadangan yang baik. Umur 58 tidak menghalang upaya untuk berkhidmat malah dengan pengalaman yang lama itu kerja boleh disiapkan dengan lebih baik.


Besara pada umur 58 boleh dianggap membazirkan tenaga manusia yang berpengalaman.
Bagi seseorang yang sihat tetapi terpaksa bersara, merugikan negara mahupun pesara tersebut.


Perkara ini perlu dipertimbangkan untuk kebaikan semua.


Saya berpendapat bahawa jika status had umur penjawat dinaikkan sehingga 60 tahun, golongan muda susah atau tidak langsung mendapat tempat di dalam sektor kerajaan. Adalah lebih bernas jika mereka bersara awal untuk diganti dengan tenaga baru, segar dan kuat. Tidak dinafikan golongan veteran ini mempunyai pengalaman yang tinggi di dalam suatu pengkhususan, tetapi saya fikir pengetahuan yang mereka ada seharusnya disalurkan kepada golongan muda sebelum mengambil tempat.


Sebelum perlaksanaan, kajian terperinci perlu supaya kakitangan kerajaan dan rakyat dimanfaatkan sepenuhnya.


cadangan untuk menaikkan had umur 60 tahun adalah baik..cuma, ada kebaikan dan keburukan. kebaikan, ia memberi peluang kepada ramai kakitangan kerajaan untuk berkhidmat lebih lama di samping dapat menyalurkan kepakaran melalui pengalaman. namun keburukan pula, adalah dijangka 1 daripada 10 kakitangan awam adalah mereka yang sudah berada di zon selesa selalunya tidak effisyen lagi untuk melaksanakan tugas dan mereka sukar disingkirkan jika had umur ditambah...


tidak semua yang dilaksanakan di luar negara harus dicontohi oleh negara kita. Malaysia harus mempunyai pendirian sendiri tentang had umur persaraan ini dan hanya melaksanakannya jika ia adalah releven dengan keperluan negara


Ada baik dan buruk menaikkan had umur bersara. Pertimbangan yang baik diperlukan sebelum rancangan ini diluluskan.


Segala perubahan harus ambil kira keadaan di negara kita.


Harap perlaksanaan polisi ini tidak menjejaskan peluang golongan muda dalam menceburi sektor awam.


Pengalaman mereka dapat membantu kakitangan baru menaikan mutu perkhidmatan. Cadangan ini wajar dipertimbangkan.


Apa-apa pun, diharapkan keputusan yang terbaik akan diambil.


mmm.. peningkatan had umur pesara..
Cuepacs seharusnya menilai sejauhmana kadar pertumbuhan ekonomi negara dan juga kadar pengangguran di Malaysia.. Semakin hari semakin banyak graduan yang dilahirkan ..

Masih ramai mereka di luar sana yang ingin berkhidmat di dalam agensi Kerajaan..


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails