SUARA BEBAS TUARAN

Najib Mahu Bina Kasino Di Sabah?

Labels:

foto illustrasi (1)kasino di Karambunai- (2)resort di karambunai masa kini
Pada suatu ketika kita pernah mendengar ura-ura untuk membina sebuah kasino di kawasan Kundasang, Sabah. Namun hingga kini, cadangan ini telah reda begitu sahaja.
Walau macam mana pun buaru-baru ini timbul pula satu lagi berita yang menyatakan bahawa sebuah Kasino akan di bina di Karambunai sebagi sebahagian projek pelancongan hijau yang turut membabitkan pembinaan pusat rekreasi air atas tapak 500 ekar, menurut portal Malaysian Insider.
Projek itu dicadangkan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri.
  • Dalam pada itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sama ada kerajaan Umno-BN akan membina sebuah kasino di Sabah sebagai sebahagian daripada ETP (Program Transformasi Ekonomi).
  • "Kami mahukan pentadbiran Najib untuk bersikap telus dan menyatakan samada ia memang bercadang atau telah pun memberikan kelulusan untuk membina sebuah kasino di Sabah," Anwar dipetik sebagai berkata.
  • "Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan. Perdana Menteri harus memberi pengesahan atau penafian yang tegas atas isu ini," tambah Anwar.
Cadangan pembinaan kasino itu didedahkan setelah kerajaan Umno-Barisan Nasional meluluskan lesen judi sukan kepada sebuah syarikat milik jutawan Vincent Tan. Namun setelah dikritik oleh Pakatan Rakyat dan orang ramai, termasuk masyarakat bukan Islam, Najib menarik balik kelulusan itu.
  • Tidak dapat dipastikan sama ada pembinaan kasino baru di Sabah, jika diluluskan, akan membabitkan syarikat milik Vincent Tan sebagai 'pampasan' kepada ahli perniagaan itu atas kehilangan lesen judi sukan berkenaan.
  • "Baru dua bulan isu lesen judi sukan reda, muncul pula berita mengatakan kerajaan mahu membina sebuah kasino. Bagaimanakah ia akan menguntungkan pembayar cukai?," kata Anwar.
  • "Rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara ini di bawah pimpinan Najib. Nampaknya apa yang sedang dilakukan oleh pentadbiran Najib ialah untuk mempopularkan judi," kata Anwar.
Sumber: Malaysian Insider
26 comments:

Buat masa ini, belum ada kepastian dalam perkara ini, baik kita tunggu dahulu perkembangan lanjut sebelum membuat pendebatan.


pembinaan kasina ini hanyalah kabar angin dan belum tentu lagi benar, kerajaan perlu meneliti hal ini dgn mendalam jika benar nak membina kasino kerana penduduk Sabah takkan setuju.


Satu cadangan yang baik juga, walaupun turut membawa keburukan, namun sampai bila kita mahu menerima kemajuan? perubahan?


masih tidak pasti lagi pekara ini. mungkin juga ianya khabar angin sahaja.


Perkara ini belum dipastikan lagi.


Anwar memang tidak sedar diri mahu membangkang tentang JUDI/KASINO. Anwar ingat lagi siapa yanfg telah memberikan sokongan yang padu terhadap MAGNUM 4D kalau bukan anwar sendiri semasa menjadi menteri kewangan. Mungkin dia hilang ingatan sudah pasal semua itu. Kalau dia buat tidak salah, tapi bila orang lain yang mahu buat keluar pelbagai khabar dan bantahan.


Memang rakyat berhak untuk mengetahui hala tuju negara. Kerajaan akan umumkan juga kebenarannya. Tapi PR seperti Anwar tidak payahklah risau, kerajaan tahu apa yang mereka lakukan untuk kebaikan semua. Yang penting sekarang, rakyat tidak perlu mempercayai mana-mana berita yang tidak tahu faktanya lagi.


anwar hanya menyatakan pendapat beliau sendiri berhubung dengan isu ini di mana beliau mengatakan "Ada tanda-tanda bahawa kelulusan untuk membina kasino akan diberikan atas alasan untuk memastikan projek hijau itu berwibawa dan menguntungkan..."


pasti ada kebaikan dan keburukan dalam isu ini..pertimbangan yang rasional harus diambil dan meneliti semua perkara yang berkaitan atau akan berkaitan..


rakyat sememangnya berhak untuk mengetahui apa yang berlaku..namun, biarlah isu yang diketengahkan sesuatu isu yang fakta dan bukannya sesuatu yang belum ada kebenarannya..entah mengapa terdapat segelintir pihak yang suka memanipulasikan sesuatu perkara yang belum dipastikan kebenarannya hanya kerana kepentingan politik..


tidak semestinya kasino turut dibina dalam projek perlancongan hijau yang dicadangkan di karambunai..ianya hanya antara pilihan yang dicadangkan bagi meningkatkan publisti projek perlancongan itu nanti..yang pasti, belum ada sebarang keputusan yang jitu telah diambil..


kita tunggu apa perkembangan isu ini nanti dari kerajaan..


berita mengenai pembinaan kasino di Sabah ini dibangkitkan oleh pembangkang, sedangkan PM tak ada pun menyatakan bahawa mereka akan membina kasino, perkara ini hanyalah kabar angin, selagi belum dipastikan maka tak perlulah nak membuat sebarang spekulasi.


TO WHO IT MAY CONCERNED,
Both Najib and Anwar are coming from peninsular. Therefore whatever the wrath from the consequences of a planned Development here will be burdened by the locals or their next generation. Obviously not Najib nor Anwar.

So I strongly felt, the local (whoever you are) should take care of your own homeland credibility and integrity through mutual or political opinion. Or amicable protest for that matter.

In other words; If it is not you, who else your country will depend on? Take this as a food for thought. Otherwise, then it will be a Que Sera-Sera situation.


sebelum ini kita pernah didedahkan dengan isu risalah di Sabah yang kononnya kerajaan telah meluluskan lesen judi bolasepak. tapi semua itu telah dinafikan oleh pihak kerajaan dan dipercayai ada pihak yang sengaja menggunakan risalah itu untuk menjatuhkan kerajaan.. adakah dakwaan pembinaan kasino ini juga sebahagian dari usaha pihak tersebut untuk mencemarkan imej kerajaan? jika benar, pihak kerajaan wajar tampil dengan penjelasan terperinci bagi memberikan gambaran sebenar berhubung dengan isu ini.


Apa-apa pun, diharapkan kerajaan pusat akan membuat keputusan yang terbaik mengenai perkara ini.


Ini baru di peringkat cadangan, ramai sudah menampil membantah.


Membina kasino ada kebaikan juga ada keburukan.
Selidik dengan teliti dan terbuka. Jangan terlalu mudah membuat keputusan.


Cadangan membina kasino sudah lama dibuat. YB PBS pernah bercadang.


Kerajaan membuat cadangan, tetapi rakyat masih berpeluang membantah jika tidak menerima cadangan ini.


Macam khabar angin ja ba ni. Takda pun pengesahan dibuat oleh kerajaan.. hhmm


Jadi ada baikknya kita tunggu perkembangan selanjutnya. Tak perlu peningkan kepala utuk perkara yang belum pasti.


Bagi saya jika betul kasino dibina di Sabah, mmg ada perubahan berlaku. Perubahan yg +ve dan juga -ve. Semoga kerajaan akan buat keputusan yang terbaik.


Saya pernah tanya kawan saya tentang hal ni, kawan saya tu kaki jackpot..
Dia cakap, berdasarkan kedudukan geografi mmg pilihan yang tepat, tapi kenalah fikir kesan jangka panjang juga. Bila dengar dia cakap mcm tu, baru saya tahu kaki judi pun cintakan alam semulajadi juga. hahhahaha


Apapun, saya harap kajian mendalam dilakukan bagi memastikan pilihan yang bakal dibuat mengembirakan hati semua pihak :)


Pihak karambunai menafikan bahawa kasino akan dibina dan kerajaan belum lagi meluluskan ataupun memutuskan apa-apa. Kemungkinan besar ini hanya khabar angin dan kekal khabar angin selagi belum dibuktikan.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails