SUARA BEBAS TUARAN

NAJIB YAKIN SABAH MASIH KEKAL SIMPANAN TETAP KERAJAAN BN

Najib mengulangi keyakinannya bahawa Sabah masih berupakan simpanan tetap kerajaan BN kerana sokongan rakyat tetap kuat terhadap kerajaan BN.
Najib berkata berdasarkan kepada kehadiran antara 40 ribu hingga 50 ribu rakyat pada Program Juara Rakyat di Sandakan yang dianggapnya sebagai satu rekod yang dicipta Sabah kerana lebih besar berbanding di Hulu Selangor dan ia bukti sokongan akar umbi kepada kerajaan.
  • Mengenai signifikan sambutan Hari Malaysia, Najib berkata: Hari Kemerdekaan telah tetapkan pada 31 Ogos tetapi hari ini ialah hari istimewa untuk rakyat Sabah dan Sarawak sebab mereka rasa bahawa inilah tarikh keramatnya kerana menyertai Malaysia.
  • "Tidak menjadi sesuatu percanggahan sama sekali. Kita boleh sambut kedua-dua hari. Hari Malaysia pun kita boleh sambut. Jadi saya tidak anggap ini sebagai satu percanggahan tetapi ini merupakan legasi pembentukan negara Malaysia.
  • Mengenai kefahaman generasi muda berkaitan Hari Malaysia, Najib berkata mereka perlu diberi pendidikan formal dan tidak formal agar mereka dapat menghayati signifikan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan negara.
  • Katanya peranan berkenaan bukan sahaja boleh dimainkan pihak sekolah melalui pengajaran subjek sejarah tetapi boleh diwar-warkan oleh media massa.
  • “Keputusan Membentuk Malaysia Bantu Sabah Dan Sarawak Melihat Perubahan,” kata Najib
Sumber: BERNAMA
26 comments:

mmg sokongan rkyat sabah terhadap BN masih lagi kukuh sehingga kini, namun BN tak harus leka, BN harus lebih berusaha untuk mendapatkan lebih ramai sokonngan rkyat sabah.


Rakyat akan mengundi calon yang berkelakayan dan berkebolehan bila PRU-13. Tunggulah dan lihat.


sememangnya BN mendapat sokongan yang kuat dari rakyat Sabah. namun BN perlu sentiasa bekerja keras dan jangan leka.


jika BN nk terus menjadikan sabah sebagai simpanan tetap, BN perlu sentiasa mendekati rkyat, menjaga hal ehwal rkyat dan peka dgn masalah rkyat. dgn ini sokongan rkyat akan semakin kuat.


Fikir2 balik, bersyukur la kita join Malaysia dari join Filipina. Sendiri pun pandai tengok juga kan. Sampai orang Filipina pun tidak mau berputus asa masuk Sabah secara sah atau tidak sah.


BN harus memperbaiki dan meningkatkan mutu serta kualiti perkhidmatan mereka kepada negeri Sabah untuk terus meraih sokongan rakyat kepada BN yang seterusnya menjadikan sabah terus menjadi kubu kuat BN..


mungkin ini merupakan satu perkembangan yang baik dikala pihak pembangkang bertungkus lumus menjatuhkan BN di Sabah. walau bagaimanapun, BN perlu berhati2 dan teruskan membela nasib rakyat di negeri ini kerana rakyat Sabah berpengalaman menjatuhkan kerajaan yang disifatkan tidak lagi releven. jangan terlalu yakin kerana PR juga tidak kurang juga penyokongnya di Sabah.. teruskan usaha dan bersainglah dengan cara yang bersih..


Yang penting tunaikan segala janji, beri lebih banyak peruntukan untuk sabah....


kita bertuah kerana memiliki sejarah yang unik berkenaan dengan kemerdekaan dan pembentukan malaysia..kedua-dua tarikh tersebut merupakan hari bersejarah dan istimewa bagi rakyat malaysia..penghayatan sejarah harus diperkasakan di sekolah2 melalui subjek sejarah agar generasi muda tidak lupa akan sejarah negara..


pembangunan di kedua-dua negeri terutama di kawasan pedalaman harus dirancakkan lagi dalam RMK-10..ini bagi mengimbangi jurang pencapaian pembangunan di antara bandar dan luar bandar/pedalaman..


isu2 yang membelenggu sabah sekian lama seperti kemudahan prasarana di kawasan pedalaman serta PATI harus diselesaikan..kebanjiran PATI di sabah semakin teruk dan kerajaan pusat dan negeri haruslah lebih tekun dalam usaha menyelesaikan isu ini..sudah banyak kajian yang telah dilakukan dan seharusnya kajian2 ini digunakan dalam pembentukkan formula penyelesaian yang benar2 berkesan..


parti2 komponen Bn negeri harus sentiasa bersikap terbuka dan bersedia menerima sebarang kritikan dari mana2 pihak dengan positif..namun begitu, imej BN harus dijaga dan sebarang masalah yang timbul harus diselesaikan melalui prinsip BN iaitu perundingan dalam keluarga BN seperti apa yang dikatakan oleh PM..


apa2 pun, selamat maju jaya diucapkan kepada BN negeri...


Jangan terlampau yakin! Pastikan tanggungjawab terhadap rakyat sentiasa dilaksanakan.


Ia terpulang kepada rakyat Sabah jika mereka masih yakin dengan kepimpinan kerajaan BN. Oleh itu, diharapkan kerajaan BN teruskan usaha untuk membangunkan Sabah. Segala janji2x yang diberikan kepada rakyat harus ditunaikan!


Jika BN sentiasa buat yang terbaik, saya yakin rakyat pasti akan bagi sokongan padu :)


Walaupun ramai komplen BN itu ini, namun apa yang pasti BN tetap juga jadi pilihan. Jadi saya harap BN jangna leka tetapi akan berusaha sebaik mungkin bagi mengukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap mereka.


Pembangunan di Sabah & Sarawak harus diberi perhatian. Walaupun Sabah & Sarawak memang membangun, namun ia masih dalam kadar yang perlahan. Jadi tidak mustahil keadaan ini kana dijadikan bahan utk pihak2 tertentu memburukkan BN. Jadi berilah perhatian yang sewajarnya!


Apapun, kita tunggu ja next GE nanti. Saya yakin rakyat pasti tahu membuat pilihan yang terbaik utk masa depan negara :)


Semoga BN dapat membuktikan keprihatinan mereka terhadap kebajikan rakyat tidak berbelah bagi. Setiap janji harus ditunaikan, dan dekatilah rakyat seadanya.


janganlah memutar belitkan kenyataan Najib tentang keyakinanya mendapat sokongan penuh undi di Sabah sebagai 'simpanan tetap BN'. sesiapa yang memutarbelitkan kenyataan tersebut bermakna dia menyinggung perasaan rakyat Sabah yang menyokong BN kerana rakyat Sabah mengundi BN bukan paksaan atau dipengaruhi oleh sesiapapun!


sokongan rakyat Sabah terhadap BN kerana mereka ingin suatu perubahan kekal terhadap taraf hidup mereka!


BN kena terus memastikan semua jentera-jenteranya melakukan kerja dengan telus, jujur dan ikhlas. Segala pertelagahan sesama parti harus dihentikan kerana rakyat Sabah melihat mereka itu sebagai contoh dan pemimpin mereka. jika para pemimpin sering lompat-melompat dan sering bertelagah maka, mereka itu memberi contoh yang kurang baik dan tidak matang dalam kepimpinan kerana sikit-sikit sudah melenting!


Ini membuktikan keyakinan rakyat sabah terhadap kepimpinan kerajaan BN adalah yang terbaik.


Harapan rakyat sabah agar dapat membangunkan negeri ini dan tidak hanya untuk mendapatkan pelbagai pembangunan kemajuan, infrastruktur, menaik taraf ekonomi rakyat, membasmi kemiskinan dan sebagainya tetapi juga harus membasmi PATI yang berada di negeri ini secara haram.


Tiada apa-apa yang kekal selama-lamanya dalam dunia ini. Jika BN mahu terus mendapatkan sokongan rakyat, mereka perlu berusaha lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails