SUARA BEBAS TUARAN

Negeri Sarawak Di Anaktirikan?

Labels:

Sarawak sepatutnya tidak ‘dianaktirikan’ oleh kerajaan pusat dalam pembahagian jawatan penting termasuk jawatan menteri di dalam kementerian persekutuan.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata sementara Sabah kelihatan lantang melaungkan hak mereka sebagai sebuah wilayah dalam penubuhan Malaysia, Sarawak sepatutnya tidak disisihkan walaupun kelihatan berdiam diri.
  • “Sekarang Sabah sudah diberi hak kesamarataan di mana ramai rakyatnya dilantik jawatan yang penting di Semenanjung Malaysia.., tetapi tidak untuk Sarawak.
  • “Saya berharap Sarawak tidak disisihkan walaupun kita berdiam diri,” katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru Samariang semalam.
  • Beliau mengulas kenyataan tersebut ketika ditanya pemberita mengenai 20 perjanjian Sabah dan 18 untuk Sarawak yang hangat dibincangkan sekarang.
  • Wan Junaidi turut menambah, walaupun beliau berterima kasih dengan pihak persekutuan dalam menyediakan peruntukkan berbilion ringgit untuk negeri ini, namun beliau tidak berpuas kerana tidak ramai yang mewakil negeri ini dalam kementerian kerajaan pusat.
  • “Jangan hanya memandang Sabah (dari aspek kesamarataan), kita juga mempunyai 30 (kerusi Parlimen) di Sarawak,” katanya sambil menambah ramai rakyat di negeri ini layak untuk menjawat jawatan tinggi di peringkat kementerian persekutuan. Wan Junaidi turut menegaskan agar kerajaan pusat menyediakan kuota untuk pembahagian jawatan penting untuk Sabah dan Sarawak bagi memastikan pengagihan jawatan yang adil.
  • “Kita mempunyai ramai rakyat Sarawak yang cerdik.., bahkan dari segi bertutur dalam bahasa Inggeris, kita adalah lebih baik. Jadi mengapa tidak memilih orang Sarawak untuk perkhidmatan luar negeri,” katanya.
Sumber: BP
12 comments:

Diharapkan negeri Sarawak juga diberikan hak dan peluang yang sama seperti negeri-negeri lain.


saranan ini jangan hanya berhenti diperingkat pertimbangan, tetapi realisasikannya sebagaimana yang sepatutnya. pembahagian jawatan penting antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung perlu dilakukan dengan adil.


sarawak juga tidak harus disisihkan dari kesamarataan jawatan penting di peringkat kerajaan pusat..sarawak juga merupakan sebahagian daripada malaysia..


sarawak mempunyai kira2 30& kerusi parlimen..BN harus mengambil kira hal ini..jika tidak sudah pasti sarawak akan berpaling arah..


diharapkan pengagihan jawatan yang lebih adil akan dapat dilaksanakan..


Selepas Sabah, Sarawak la pula.. hhmm ada2 ja isu timbul. Apapun saya harap semuanya berjalan dengan baik.


Apapun sama kita harap agar keluhan ini dapat dipertimbangkan. Saya yakin jika memang layak, dapat juga ba tu :)


Kebaikan Sabah dan Sarawak perlu dijaga. Kita semua rakyat Malaysia dan berhak mendapati layanan yang setaraf dengan rakyat di semenanjung Malaysia.


Jawatan menteri tidak cukup untuk dibahagikan untuk parti-parti dari semenanjung, mana sampai untuk Sarawak.


Kita pilih menteri mengikut kredibilitinya bukan asal unsul menteri berkenaan.
Ini bukan soal dianak tirikan. Bayangkan kalau semua negeri sama-sama mahu ada wakil dari negeri mereka dalam kabinet, apa akan terjadi.


tiada negeri akan dianaktirikan bawah semangat 1 Malaysia.


Apa-apa pun, semoga tiada negeri yang dianaktirikan lagi.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails