SUARA BEBAS TUARAN

Nurul Izzah Pertikai Perlembagaan 'Hak Keistimewaan Orang Melayu'


Nurul Izzah dalam artikel yang disiarkan dalam portal 'Malaysian Insider' Selasa lepas antara lain mendakwa, 'hak keistimewaan' orang Melayu tidak disebut sebaliknya Perkara 153 hanya menjelaskan mengenai 'kedudukan istimewa' masyarakat Bumiputera.
Kata Nurul Izzah lagi, “Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideology dan bukannya sebuah undang-undang atau perlembagaan. Istilah Hak Melayu hanya wujud selepas berlakunya persetujuan mengenai kontrak sosial yang menyaksikan definisi agenda Melayu diperluas merangkumi hak Melayu.”
Semantara itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, l berkata Nurul Izzah tidak perlu memberikan interpretasi yang baru tentang hak orang Melayu kerana pelembagaan pada hari ini telah pun menentukan bahawa negara Malaysia selamat, aman dan makmur.
"Jikalau ada pelbagai cubaan untuk menodai perlembagaan yang sedia ada pada hari ini, maka risikonya terlalu tinggi," kata beliau selepas melancarkan 'Skuad Sayang' Wilayah Persekutuan di Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur kelmarin.
Selanjutnya menurut Shahrizat, cubaan oleh piohak pembangkang itu akan hanya menimbulkan keresahan bukan sahaja kepada orang Melayu malah kaum lain di negara ini.

Sumber: mStar, BERNAMA, MKS
5 comments:

pekara seperti ini tidak patut dipersoalkan oleh pembangkang. pekara seperti ini jika dipolitikkan akan memberi kesan yang tidak baik.


hak orang2 melayu tak perlulah nak dipertikaikan. ia hnya merumitkan keadaan.


Lebih baik jika isu ini tidak dipertikaikan, masalah akan menjadi rumit nanti.


Salam kalian,
Dalam dunia politik, apa-apa pun layak dipertikaikan dengan syarat ia nya berlandaskan undang-undang.

Penubuhan perlembagaan ini ( termasuk perkara 153) ujud kerana memenuhi kehendak pejuang politik semasa.

Sama ada isu yang dibangkitkan itu releven atau pun tidak , terpulang lah kepada pengubal undang-undang masing-masing untuk mempertimbangkan.

Selaku seorang Melayu, YB Nurul Izzah pasti nya mempunyai logik yang rasional untuk mempertikaikan perkara ini.

Soal sensitif? agak nya kita telah begitu matang dan telah lebih 50 tahun merdeka. Bukan mudah untuk dipengaruhi oleh elemen yang boleh mengucar- kacir kan masyarakat kita.terutama sekali masyarakat di Malaysia Timor (Sabah dan Sarawak).

Apa-apa pun semuga kalian sukses dan terus menulis


Saya tidak mempunyai masalah dengan pertikaian isu yang berkaitan dengan perkauman. Tapi selepas banyak kali kita nampak, sesetengah pihak pasti akan menggunakan isu perkauman untuk mencetus kemarahan rakyat. Saya rasa tak baik menimbulkan ketegangan antara kaum.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails