SUARA BEBAS TUARAN

Paderi Di Sarawak Hina Islam ?

Semalam, seorang penulis blog yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) Zainol Abideen (foto) mendedahkan tindakan seorang paderi, Benjamin Stephen (foto di atas) yang didakwa menghina agama Islam dan Rasulullah.
Paderi tersebut dilaporkan menghina Islam ketika menyampaikan ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak baru-baru ini.
  • Dalam pada itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya membuat siasatan serta merta terhadap klip video dalam laman YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.
  • Rais berkata, beliau telah mengarahkan SKMM supaya merekodkan perkara-perkara yang perlu seperti masa penyiaran, kandungan suara dan simbol yang dikeluarkan oleh paderi tersebut dalam klip video itu.
  • "Kita akan buat siasatan secepat mungkin di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, saya sendiri akan tentukan supaya kes ini dibawa ke perhatian pihak berkuasa secepat mungkin," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur selasa.
    Sumber: mStar
10 comments:

Perkara ini harus disiasat. Ada kemungkinan ceramah dalam You-tube itu diubahkan. Tapi apa-apa pun, diharapkan perkara ini disiasat secara mendalam.


pekara ini perlu disiasat. jika benar seperti dikatakan, tindakan perlu diambil. kita seharusnya hormat-menghormati antara satu dengan yang lain.


tindakan menghina agama islam ini boleh menaikkan kemarahan umat islam.jgnlah kita menghina agama lain, kita haruslah saling hormat menghormati.


Betul ke nie? Diharapkan pihak berkuasa akan menyiasatkan kes.


Adalah penting untuk kita menghormati agama lain. Tindakan paderi tersebut hanya akan menimbulkan pelbagai masalah. Kemungkinan nanti, ada lagi kes bakar gereja selepas ini. Berfikir sebelum bercakap untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


lakukan lah apa yang sepatutnya dan pastikan kes seperti ini tidak berulang, bukan sahaja dikalangan penganut Kristian malahan juga dikalangan penganut Islam.


Mana2 agama pun jika didapati menghina agama lain, adalah salah. Agama merupakan satu isu yang satu2 nya sangat sensitif pada setiap manusia. Setiap manusia mempunyai kepercayaan masing2 namun untuk memburukkan agama lain adalah tindakan tidak bermoral.


siasatan dan tindakan sewajarnya perlu dilakukan. tidak kira agama apa pun kita hendaklah saling menghormati agar kita semua berada dalam keadaan yang harmoni.


tak kira siapa sahaja, menghina agama lain ada perbuatan yang tidak baik, ia boleh menjejaskan perpaduan dalam masyarakat. hormatilah agama lain.


Diharapkan penyiasatan dibuat secara teliti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Juara Realiti TV3 - Vocal



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive


BLOG PILIHAN YANG PALING AKTIF MINGGU INI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

BLOG HIBURAN DAN SERBA SERBI

.......................................................................

.......................................................................
BLOG TETAMU SEMASA

.....................................................................

.....................................................................
BLOG RUJUKAN

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails