SUARA BEBAS TUARAN

2 Pemimpin KDM Berbeza Pendapat Tentang Siapa Yang Layak Menjadi TKM

Presiden Parti Bersatu Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mencadangkan agar jawatan Timbalan Ketua Menteri diberikan kepada parti yang berpusat di Sabah, bukan dari Semenanjung Malaysia.
Manakala Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, merasakan kedudukan separuh anggota Kabinet Sabah akan terjejas jika hanya pemimpin atau wakil rakyat yang dilantik daripada parti di Sabah sahaja dibenarkan sertai Kabinet. Ini, kata beliau berkemungkinan menimbulkan satu masalah.
Namun, Dompok berkata perlu ada satu perbincangan lanjut di kalangan para pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN), daripada segi kemungkinan pelantikan wakil rakyat dilantik daripada parti yang berpusat di Semenanjung sebagai seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah.
"Saya akan mengemukakan pandangan kami kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengenai perkara ini sedikit masa lagi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan UPKO Bahagian Kota Kinabalu, Sabtu ini.
Isu ini timbul berikutan peletakkan jawatan Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Belia dan Sukan Peter Pang En Yin daripada Parti Liberal Demokratik pada 1 September.
Namun, hingga kini Ketua Menteri masih mengekalkan sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Kabinet sehingga perbincangan diadakan dengan para pemimpin parti komponen BN.
Sumber: Bernama, mStar
26 comments:

apa pun keputusannya nanti, diharap ianya membawa kebaikan kepada semua. siapa pun yang menjadi TKM perlulah menunjukan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab.


Yang penting adalah calon yang dilantik itu berkebolehan dan sudi berjuang untuk kebaikan rakyat Sabah.


jika sukar untuk membuat keputusan, pilihan yang terbaik adalah berdasarkan suara majoriti.. yang pasti mereka mempunyai alasan mereka sendiri dan alasan itu wajar dipertimbangkan untuk membuat keputusan.


sebaiknya sesiapa yamg menjadi pemimpin Sabah haruslah rakyat sabah sendiri. ia biarlah berkebolehan.


tidak kira sesiapa pun yang jadi TKM yang penting mestilah berkebolehan dan mampu menjalankan tugas dengan baik.


tak kisah dari parti mana, yang penting ia rakyat sabah dan layak serta berkebolehan menjawat jawatan TKM.


Saya lebih menyokong jika rakyat Sabah sendiri yang mengambil tugas memimpin rakyat Sabah. Namun, ia perlulah memenuhi ciri2 seorang pemimpin.


Apa masalah akan timbul jika semua ahli kabinet berasal dari parti di Sabah?
Cadangan ini cuma melibatkan mereka yang keluar parti seperti Peter Pang.


Jika kita mengamalkan konsep jawatan menteri mesti disandang oleh YB dari parti tempatan, apa akan terjadi pada ahli kabinet yang berasal dari UMNO?


Apa pun perbincangan dan cadangan yang dilakukan, ada baiknya sekiranya ianya mendapat persetujuan daripada semua pihak.


Biasalah tu kalau berbeza pendapat. Jangan saja bergaduh dah la. hehe


Saya tak kisah, siapaun yang dipilih nanti. Yang penting beliau layak jadi TKM :)


Setuju mai. Pemimpin yang terpilih tu harus jalankan t/jawab sebaik mungkin dan pastikan semua pihak puas hati dengan pilihan tersebut:)


Ya Jonny. Yang bakal dipilih tu harus sudi berjuang utk kebaikan Sabahan kan... dan bukannya utk kepentingan diri semata-mata:P hehe


Apapun, saya sokong apa yang terbaik untuk Sabah!


pendapat kedua pemimpin ini ada asasnya..perlu diteliti dan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama dengan parti2 komponen BN sabah yang lain..


siapa pun yang akan dilantik diharap dapat memberikan komitmen serta tanggungjawab sepenuhnya..


diharap agar kemelut politik di sabah akan diselesaikan segera..


Apa-apa pun, diharapakan keputusan yang terbaik akan diambil untuk kebaikan rakyat Sabah.


Saya sangat setu untuk memberikan jawatan itu kepada hanya dari komponen parti di Sabah sahaja... Sudah2 la orang dari luar mencorakkan politik di Sabah ini... Biarkan Sabah cuba dahulu untuk mentadbir negeri sendiri.


Kedua pemimpin wibawa KDM masing-masing ada pendirian dan sebab tertentu untuk menyokong kenyataan mereka.
Perbincangan harus diadakan supaya semangat kerjasama antara komponen BN tidak terjejas.


Pendapat berbeza tetapi tujuan sama untuk menyelesaikan kontrovesi ini.


Perbezaan pendapat adalah pekara biasa dan tidak perlu dihebohkan.
Segala perbedaan oleh diselesaikan melalui perundingan.


Asalkan calon yang dilantik itu adalah orang yang berkelayakan dan juga ada hati untuk menjaga hak rakyat. Kita serahkan saja keputusan kepada PM dan KM kita.


Pandangan mereka akan dipertimbangkan oleh KM sebelum membuat keputusan sama ada mengekalkan kedudukan Dt Peter atau memilih orang lain.


Baik kita tunggu dan lihat bagaimana perkembangannya nanti.


Peta Lokasi Pelawat Online

Ruang Hiburan - Lagu-Lagu Sensasi

Hati KuKekal Kepada Mu-Mus

Stacy- Konsert mania



BLOG ANTARA BENUA SAYA - DALAM VERSI BAHASA INGGERIS

************************************

************************************
BLOG SENSASI BULAN INI

........................................................................

........................................................................
BLOG PAUTAN

LAWATAN SEJAK 17/09/2009

free counters

BERSEH 2.0 - FINAL COUNTDOWN

Muzik - Kitaro

Blog Archive

GLOBE _LOKASI

JUMLAH LAWATAN TERKINI SEJAK 30 HARI YANG LALU

NEGARA DAN BILANGAN PELAWAT

DETAIL KEHADIRAN PELAWAT

PELAWAT DARI AHLI MYBLOG

Related Posts with Thumbnails