
foto illustrasi 'casino'

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan pada Sabtu berkata spekulasi bahawa kerajaan telah membenarkan pembinaan kasino di negeri ini merupakan satu pembohongan dan tuduhan yang melulu.
Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi media portal itu adalah berdasarkan spekulasi dan berbahaya kerana turut memanipulasi turun naik saham sesebuah syarikat.
Karambunai Corp merupakan antara peserta utama pelancongan di Sabah dan pengurus besar Nexus Karambunai Hotel telah dijemput sebagai anggota Makmal Pelancongan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), bersama dengan anggota sektor swasta dan awam lain, untuk membantu usaha kerajaan mengenal pasti potensi pelancongan pertumbuhan tinggi bagi menggerakkan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
Sumber: BERNAMA
Abdul Rahman berkata laporan yang dikeluarkan oleh sebuah organisasi media portal itu adalah berdasarkan spekulasi dan berbahaya kerana turut memanipulasi turun naik saham sesebuah syarikat.
- "Itu adalah satu pembohongan dan tuduhan yang melulu sebab saya berada di sana (sewaktu penerangan kerajaan pada hari terbuka Program Transformasi Ekonomi). Dalam penerangan yang terperinci tu, tidak pernah pun disebut tentang penubuhan kasino di Sabah. Tiada sepatah perkataanpun disebut.
- "Saya merasa hairan kenapa The Malaysian Insider membuat laporan bahawa mungkin kasino akan dibuat di Sabah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor di sini, Sabtu.
- Abdul Rahman dengan itu menggesa supaya siasatan dijalankan ke atas organisasi media tersebut untuk melihat sama ada terdapat unsur-unsur memanipulasi saham.
"Ini sangat berbahaya, ia seperti satu kes manipulasi saham. Sebab apabila cerita kasino yang dibuat ini dikeluarkan, saham Karambunai Corp Bhd naik. Jadi kita mahu The Malaysian Insider disiasat.- "Kita minta supaya Suruhanjaya Sekuriti siasat bagaimana sebuah portal yang dianggap sebagai berpengaruh di negara kita boleh membuat satu spekulasi yang begitu besar yang menyebabkan harga saham sebuah syarikat di Bursa Saham melonjak naik.
- "Kalau didapati mengeluarkan kenyataan sebegitu yang boleh mempengaruhi perjalanan Bursa Saham dalam satu keadaan yang mana maklumat tidak sahih yang tidak dapat dikesan, maka Suruhanjaya Sekuriti perlu mengambil tindakan," tegas beliau.
- Ditanya sama ada isu kasino itu memang pernah dibincangkan oleh kerajaan, Abdul Rahman berkata adalah menjadi kebiasaan mana-mana isu, perkara atau permohonan yang dibuat oleh mana-mana pihak akan dibawa dalam perbincangan.
- Bagaimanapun, katanya, beliau tidak tahu mengenai sebarang permohonan sedemikian buat masa ini.
- Saham Karambunai Corp melonjak naik selepas media portal itu melaporkan cadangan resort bersepadu di Karambunai, mungkin melibatkan sebuah kasino.
- Karambunai Corp telah membuat kenyataan di Bursa Malaysia, Jumaat, menafikan pernah menghantar cadangan rasmi kepada kerajaan Malaysia mahupun menulis dokumen bertulis dengan mana-mana pihak ketiga lain berkaitan dengan rancangan untuk membina kasino di Karambunai.
Karambunai Corp merupakan antara peserta utama pelancongan di Sabah dan pengurus besar Nexus Karambunai Hotel telah dijemput sebagai anggota Makmal Pelancongan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), bersama dengan anggota sektor swasta dan awam lain, untuk membantu usaha kerajaan mengenal pasti potensi pelancongan pertumbuhan tinggi bagi menggerakkan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.


September 27, 2010 9:00 AM
Sebenarnya masih tiada apa-apa kepastian mengenai hal ini. Karambunai menafikan bahawa sebuah Kasino akan dibina dan kerajaan pusat dan Sabah belum memutuskan apa-apa.
September 27, 2010 9:28 AM
pihak yang menimbulkan spekulasi tentang pembinaan kasino di Sabah adalah amat tidak bertanggungjawab. sebarang isu yang tidak mempunyai fakta rasmi tidak patut ditimbulkan oleh mana-mana pihak.
September 27, 2010 9:49 AM
nampaknya berita pembinaan kasino di Sabah adalah tidak benar, ia sengaja ditimbulkan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan mereka.
September 27, 2010 9:51 AM
Salam sejahtera semua,
Saya pun tidak pasti lagi dengan semua sebelum ini, adakah kebenaran atau cuma khabar angin. Setelah mendengar dari kerejaan dan kerambuani mereka menafikan semua ini. Mereka tidak pernah memberikan kata apa-apa tentang semua ini. Mereka tidak pernah pun merancang untuk membuka kasino tersebut. Maka ini hanyalah khabar angin dari satu pihak yang melakukan dengan cara kotor.
September 27, 2010 9:56 AM
SPRM memang perlu untuk menyiasat semua ini. Adakah tujuan manipulasi saham dalam penyebaran khabar angin mengenai kasino akan dibuat di Karambunai. Harap Malaysian Insider akan memberikan penjelasan yang tepat mengenai khabar ini.
September 27, 2010 10:08 AM
Dari mana pula Malaysian Insider mendapat tahu bahawa kerajaan akan membina kasino jikalau tidak pernah pun disebut tentang penubuhan kasino di Sabah sewaktu penerangan kerjaan pada hari terbuka Program Transformasi Ekonomi.
September 27, 2010 10:09 AM
Siasatan harus dibuat ke atas Malaysian Insider kerana membuat laporan tersebut.
September 27, 2010 11:56 AM
isu pembinaan kasino tidak sepatutnya ditimbulkan. ini kerana ianya boleh mengelirukan masyarakat sedangkan maklumat tersebut rupanya hanya kahbar angin.
September 27, 2010 12:38 PM
maknanya isu ini tidak benar dan kerajaan tidak pernah mengambil langkah kebelakang dengan mewujudkan kasino di Sabah. mungkin saranan DARD wajar diambil perhatian iaitu menjalankan siasatan supaya isunya lebih jelas.
September 27, 2010 1:22 PM
telah diketahui bahwa tiada kasini akan dibina di sabah. menyebarkan berita seperti ini adalah satu fitnah kepada kerajaan dan pihak Karambunai, pihak yang menimbulkan berita ini harus disiasat.
September 27, 2010 1:46 PM
Aduh, pihak yang menyebarkan spekulasi ini harus diambil tindakan kerana membuatkan Sabah menjadi kecoh!
September 28, 2010 12:05 AM
Curiga aku, belum pun ada pengesahan da heboh seluruh negara..
September 28, 2010 12:07 AM
Bagi saya hal ni sengaja dihebohkan utk mencemarkan nama baik BN. Mentang2 lah dekat PRU13 da.. ada sudah yang berani buat hal. hehe
September 28, 2010 12:08 AM
Kalau hal ni dah dinafikan, so janganlah perbesarkan lagi. Hentikan ja gosip ni dan fokus pada hal yang lebih penting.
September 28, 2010 12:10 AM
Setuju ali asgar. Siasat hal ni dan dedahkan dalang yang menyebar gosip ni. Saya yakin pasti ada muslihat disebalik perkara ni.
September 28, 2010 12:11 AM
Ya Fiona. Harus diberi hukuman yang kaw, kaw supaya dia sedar akan kesilapannya. hihihi
September 28, 2010 9:16 AM
Janganlah kita fikir yang bukan-bukan buat masa ini. Semua berita yang berkaitan dengan Kasino Sabah hanya meminta kerajaan membuat penjelasan, tapi tiada maklumat ataupun bukti yang menunjukkan bahawa projek itu telah diluluskan. Perkara ini seolah-olahnya disensasikan walaupun tiada kepastian.
Post a Comment